"Hai sayang, jom pergi lunch. I laparlah", itulah rutin harian Katrina. Tidak pernah sekalipun dia terlupa untuk mengajak Afiq makan tengah hari bersamanya. "Okay, Trina. You nak makan kat mana?" Afiq bertanya kepada Katrina kerana dia malas untuk membuat keputusan. Dia teringat kepada perkara yang pernah diberitahu oleh Tengku Razak mengenai Katrina dan ayahnya. Oleh sebab itulah dia terpaksa menurut permintaan Tengku Razak kerana ayahnya telah banyak berkorban untuknya. Dia melakukannya hanyalah untuk menjaga hati tua ayahnya itu.
"Aku tak sukalah dengan kau ni! Selalu cari gaduh dengan aku. Dahlah playboy! Kau ingat aku boleh dengan lelaki tak guna macam kau?!" tengking Hanim sewaktu rancangan Ammar terbongkar hendak cuba mempermainkan perasaan Hanim. Ammar tergelak sendiri apabila dia teringat akan peristiwa itu. Hatinya sungguh terluka mendengar cacian daripada Hanim walaupun dia tahu itu salahnya sendiri.
Dalam diam, Ammar sebenarnya menyimpan sedikit perasaan terhadap Hanim. Tetapi, Ammar selalu menyembunyikan perasaannya dengan cara bergaduh dengan Hanim. Memanglah Hanim takkan pernah tahu yang Ammar sebenarnya suka pada Hanim. Perasaannya itu dipendam sejak kecil lagi. Dia amat merindui saat-saat bahagianya bersama Hanim sewaktu kecil. Alangkah baiknya jika dia dapat memutar kembali masa agar dia tidak perlu menghadapi kesukaran untuk bersama Hanim. Dia amat merindui Hanim. Terlalu rindu. Tetapi, dia terpaksa berjauhan daripada Hanim kerana dia tidak mempunyai kekuatan untuk berdepan kemenangan Afiq yang telah berjaya meraih cinta Hanim. Dia sungguh terluka tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa.
Seandainya Hanim tahu tentang cinta Ammar terhadapnya, entah apa yang akan terjadi. Sungguhpun dia amat merindui Ammar, namun perasaan kecewa terhadap Afiq lebih mendalam di hati Hanim. Sudah hampir tiga tahun Afiq menjalinkan hubungan bersama Katrina. Hanim tergamam sewaktu dia terserempak dengan Afiq dan Katrina di butiknya tiga tahun lalu. Dia sungguh terluka kerana perkara itu terjadi sebaik sahaja selepas mereka berdua telah sama-sama meluahkan perasaan. Dia kini merasakan Afiqlah yang sebenarnya telah mempermainkan perasaannya, bukanlah Ammar. Kini, dia sedar dirinya bukanlah yang terbaik untuk Afiq dan Ammar menyedari kenyataan tersebut.
Pelbagai cabaran telah dilalui oleh Hanim sejak tiga tahun yang lalu. Dia akan menangis pada setiap malam melepaskan kekecewaannya terhadap Afiq dan dia juga sebenarnya menangisi rindu pada Ammar.
'Ammar, baliklah...kau....tak rindu aku ke?'
YOU ARE READING
Abang Ke Adik???
Short Story"Hanim,awak buat apa tu? Chat dengan pakwe ke? - Afiq 'Kenapalah dia tak pernah tahu yang aku ni tak pernah ada pakwe.Aku simpan hati ni untuk kau sorang je.' - Isya "Bolehlah kita bincang pasal perkahwinan Hanim dengan Ammar." - Mak Lang "Aku...