BAB 22 - PELUANG

67 4 0
                                    

"Reena Katrina Binti Ryan Abdullah, aku ceraikan kau dengan talak satu." Katrina hanya memandang Afiq yang kelihatan begitu sugul sekali. 5 tahun perkahwinan yang tidak mempunyai apa-apa makna. Katrina redha kerana dia sendiri tidak sanggup hidup dalam hubungan yang tergantung. Dia sedar ini mungkin balasan terhadap dirinya atas kesilapannya yang lalu.

Setelah mengesahkan penceraian mereka di pejabat agama Islam, Afiq terus mengemas barang-barangnya dan pulang ke rumah Ammar. Ammar telah mengajaknya tinggal bersama memandangkan dia tinggal seorang diri.

...

"Ammar, along minta maaf atas apa yang along dah buat kat Ammar", Afiq memulakan bicara.

"Dahlah along. Benda dah lepas. Ammar dah lupakan dah pun. Yang penting sekarang along dah lepas daripada tanggungjawab yang berat tu", jawab Ammar.

"Along nak minta maaf juga sebab tak datang majlis pertunangan Ammar. Sebab..."

"Sebab along sibuk kan, kerja. Takpe, kitorang faham", sambung Ammar. Walhal dia sudah tahu punca sebenar ketidakhadiran Afiq.

Afiq hanya diam kerana dia merasa amat bersalah. Dia ingin berterus-terang dengan Ammar, tetapi memandangkan Ammar sudahpun ingin berumah tangga dengan Hanim, dia tidak mahu menjadi penghalang kepada mereka berdua. Memang silapnya kerana menerima Katrina dan melepaskan Hanim. Afiq menyangka bahawa dia mungkin boleh bahagia bersama Katrina, namun tidak. Dia menyesal, membazirkan sepanjang 5 tahun hidupnya, meratapi cintanya yang tidak kesampaian.

"Along, Ammar nak pergi bengkel dah ni."

"Kenapa Ammar tak ambil pekerja? Awal lagi ni, tak penat ke?" Afiq hairan, kerana sebelum ini Ammar sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. Nampaknya, Ammar sudahpun berubah. Dia bangga akan perubahan adiknya itu.

...

"Ehh, along. Banyak sangat ke kerja sampai kena bawak fail balik rumah? Kalau setakat satu dua takpe jugak, ni sampai satu kotak. Nak pindah ke?" tanya Ammar yang baru sahaja pulang dari bengkel.

"Kotornya kau Ammar. Sampai kat muka ada minyak hitam. Kau main minyak ke apa", Afiq berseloroh. Ammar hanya tergelak kecil.

"Ye, Ammar je kotor. Along kan pakai kot. Pejabat pulak ada air-cond, bersih."

"Eleh, bengkel Ammar pun besar kan. Tipulah kalau pejabat takde air-cond. Tipu... Tipu..."

"Hahaha..ye ade. Tapi, kereta banyak hari ni. Faris cuti sebab nak buat preparation. Dia nak kawin dah kan, dengan best friend Hanim.", jelas Ammar. "Jawablah along, nak pindah ke ni?"

"Haah, pindah pejabat. Naik big boss, ayah nak berhenti dah kan",beritahu Afiq.

"Owh...ingat nak pindah tempat kerja", kata Ammar meluahkan keraguannya.

Abang Ke Adik???Where stories live. Discover now