BAB 6 - Splash Splash Wuu

119 6 0
                                    

Splash!
Habis basah lencun baju Hanim. Irma yang menyedari keseksian Hanim melalui bajunya yang basah itu, terus menerpa ke arah Hanim. Tercengang-cengang Hanim dibuatnya.

"Kenapa kak? Kakak buat apa ni?" Hanim tertawa kecil apabila melihat kakaknya seperti menutupi dirinya daripada melihat dunia yang serba indah ini. Dia masih tidak menyedari yang bajunya basah lencun sehinggakan boleh menarik perhatian sesiapa sahaja, tidak kira lelaki mahupun perempuan. "Baju adik basah teruk ni, nampak semua tahu", bisik Irma.

Mendengarkan itu, Hanim terus menjerit, malu. Nasib baik jeritannya kecil, tiada siapa yang mendengar jeritannya itu. "Nak buat macam mana ni, kakak? Hanim nak jalan macam mana? Dahlah dekat Gambang Waterpark, kalau dekat pantai Port Dickson takpe jugak!" leter Hanim.Baju yang dipakainya berwarna putih coklat. Oleh itu, keseksiannya akan terserlah sekiranya baju itu lencun. "Boleh pulak adik bezakan waterpark dengan pantai, sama je kan", sambil itu Irma cover si Hanim untuk pergi ke hotel. "Yelah kakak, waterpark ramai orang, susahlah, kalau pantai kan luas, tak ramai orang", Hanim memberikan alasan. Sebenarnya perasaan malu Hanim sudah mencapai tahap maksimum, tetapi dia cover wajahnya agar tidak nampak keterlaluan.

'Nasib baiklah Afiq takde. Kalau tak, mahunya malu aku ni sampai tahap nak masuk dalam tanah. Nasib baik Ammar mandi dengan awek cun dekat hujung kolam tadi, kalau tak naya aku kena ejek dengan dia. Dasar playboy." gumam Hanim,perlahan.

'Seksi jugak si Hanim tu ye. Siaplah kau Hanim. Aku akan malukan kau semalu-malunya yang kau boleh rasa', Ammar gelak jahat apabila memikirkan perancangannya untuk mengenakan Hanim. 'Rugi kau takde abang.Kalau tak kau dah dapat tengok free show.'

Seusai menyalin pakaian, Hanim keluar dari bilik persalinan. Sebaik sahaja keluar daripada bilik tersebut, dia melihat kakaknya sudah berdandan dengan cantik sekali. Di dalam hati, dia mengucap rasa syukur kepada Ilahi kerana kakaknya telah sembuh daripada kesengsaraannya. Walaupun tidak sembuh sepenuhnya, dia tetap bahagia kerana dapat melihat kakaknya mampu untuk bergelak ketawa seperti sedia kala.

"Kakak nak pergi mana tu? Cantiknya mengalahkan Hanim", tegur Hanim yang seronok melihat gelagat kakaknya yang sedang mengenakan shawl bubble di kepalanya. Walaupun mereka sekeluarga daripada golongan berada, namun mereka tidak pernah menunjuk-nunjuk kekayaan mereka.

"Kakak nak bawak adik pergi Starmall kat Mentakab. Adik kan pernah cakap yang adik jemu shopping kat KL", ujar Irma

Tapi, memang benar apa yang dikatakan oleh Irma itu. Dari kecil mereka dibesarkan di kota besar, Kuala Lumpur. Alang-alang dah bercuti di Pahang, memang Hanim ada berhajat ingin ke Starmall.Hanim akan memanfaatkan cuti penggal 1 ini.Sebelum otaknya pecah kerana study, lebih baik dia enjoy dulu menikmati saat-saat indah bersama keluarganya.

Kelihatan seperti ahli keluarganya yang lain dan beberapa orang saudaranya sudah bersiap sedia untuk ke pusat beli-belah tersebut. Tetapi, ada yang mengganggu pemikiran Hanim sejak dari tadi lagi, 'Apasal si Ammar ni pandang-pandang aku? Lain macam je budak ni.'

Abang Ke Adik???Where stories live. Discover now