Bab 2

6.2K 223 5
                                    

Aku memarkir kereta ku setibanya aku di alamat yang betul. Jadi inilah flat yang akan ku duduki. Dengan ucapan Bismillah, semoga semuanya dipermudahkan, Amin.

Aku melangkah keluar kereta dan membawa iPhone dan duit bayaran rumah sewa di tanganku, beg aku letak je kat dalam kereta, dan terus ku meluru ke kaunter atau lebih difahami lagi, tuan punya pejabat.

Setelah selesai membuat borang sewa, kunci juga telah diserahkan. Jadi nak tunggu apa lagi, jomlah. Yuhu! Sebelum aku sampai tadi, tuan flat ni dah hantar pekerjanya untuk membersihkan rumah baru aku tu. Jadi tak payahlah aku risau nak kemas-kemas rumah lagi.

Kata dia juga, rumah tu dah bersih, bekalan elektrik dan bekalan air juga sudah dia disambung semuanya. Jadi semua beres. Itupun aku yang minta sebenarnya, walaupun di kenakan bayaran lebih untuk pekerja, tapi aku tak kesah. Duit ada... Nak risau apa.

Ini first time aku guna duit-duit aku berbelanja berhabis-habisan. Untung wehh. Dapat kerja jadi Pengerusi Tertinggi Jawatan Syarikat Kewangan selama 4 tahun. Gaji bonus aku tak pernah guna lagi, harunya... Dah jadi orang kaya aku, berlagak macam ni.

Setibanya aku di tingkat 5, kunci rumah nombor 45. Aku buka dengan bacaan Bismillah dan melangkah masuk menggunakan kaki kanan. Salam ku tujukan ke seisi rumah bagi menjemput malaikat untuk turut menjaga keselamatan rumah baru ku ini.

Semuanya indah belaka. Walaupun rumah ku terlampau kosong hanya bertemankan dinding dan lantai yang bersih. Terasa nyaman rasa hatiku bila berada disegenap ruangan. Bilik tamu yang sederhana besar, sebuah bilik master room berserta bilik tandas kecil didalamnya, dua buah bilik kosong, tandas diluar berhampiran ruang tamu dan sebuah bilik dapur. Walaupun belum terisi dengan barang perhiasan rumah, tapi otak kecilku dah membayangkan keadaan rumah yang ku inginkan.

Satu lagi yang aku lupa, aku lupa nak tengok pemandangan luar. Tadi tergesa-gesa aku naik kesini sampai tak sempat nak tengok pemandangan. Pintu hadapan kembali ku buka, melihat apa yang ada. Sungguh aku tak percaya! Tapi hakikatnya memang cantik bila dilihat dari bangunan atas dari rumah aku. Terdapat banyak bangunan yang tinggi-tinggi disekelilingi berhampiran dengan flat aku. Nampak juga aku dengan sebuah bangunan besar bernamakan 'Bank BIBD'. Fuh! Tempat kerja aku tu beb! Dekat jee dari sini.

Ini kalau waktu kerja, waktu tengah hari boleh aku balik ke rumah sekejap. Nak solat, rehatkan badan dan makan tengah hari. Pagi-pagi pun tak susah aku nak bergegas. Tempat kerja dah dekat, tak risau pun.

"Hai, Assalamualaikum",

"Hai, Waalaikumsalam..",

Aik? Ada orang bagi salam ke? Dengan posisi aku sekarang sedang menghadap kehadapan sambil tangan ku pegang ke besi beranda depan, takut juga aku sebenarnya nak berpusing mencari sesiapakah orang yang telah menegur aku.

Mana tahu kut-kut lembaga penghuni rumah ni ke apa. Astagfirullahalazim. Apa yang aku merepek ni, baru dua jam lebih je aku disini dah fikir yang bukan-bukan. Tapi, lembaga mana yang bagi salam kan? Semoga rumah baru aku ni menjadi rumah yang selamat.

"Hai cik adik, pandanglah sini, sebelah kanan", oh~ suara lelaki rupanya. Aku mesti positif, ini mesti manusia bukan makhluk lain.

Perlahan aku memusingkan badanku menghala ke sebelah kanan. Pemuda yang berdiri dihadapan ku sedang ralit membuka kunci pagar rumahnya disertakan pintu rumahnya.

Pemuda yang segak, beruniform kan pengawai polis, rupa paras yang rupawan, tinggi 5 kaki lebih. Berkulitkan putih kekuningan langsat. Serupa dengan kulit nya. Wajah yang handsome, alamak cair lah aku. Pipi aku dah mula menampakkan kemerah-merahan.

"Cik, jiran baru?", ditanya pula dengan mat handsome ni. Hati aku kena kawal ni.

"Ah? Ah ye, jiran baru", sambil mengukir senyuman dibibirku.

"Dah makan? Kalau belum jemput lah masuk rumah saya dulu, kita makan sekali"

"Belum. Eh? Takpelah menyusahkan jee..."

"Takpe, saya beli lauk lebih tadi, nasi pun saya beli lebih, dua kotak. Rezeki jangan ditolak. Dah tengah hari ni, awak tak lapar ke?"

Tengah hari? Aku menekan punat telefon ku melihat jam, ya, dah tengah hari pun. Tak sedar pun aku dari tadi.

"Tapi, kita tak kenal dan tak baik kalau kita berduaan didalam rumah. Bukan muhrim"

"Takpe, saya boleh biarkan pintu rumah ni berbuka, biar tiada salah faham antara jiran-jiran lain. Jemput lah masuk"

Beriya-iya dia mempelawa aku makan sekali dengannya. Nak ditolak kesian pula. Dia dah tunjukkan yang dia bukan nak apa-apakan aku. Akhirnya aku terima juga ajakannya.

Lantas tangan ku mengunci kembali pintu pagar rumah ku dan meluru ke rumah jiran sebelah.

"Assalamualaikum" beserta ketukan di pintu.

"Waalaikumsalam, ye jemput masuk"

Baru beberapa jam, aku dah dapat kenal dengan jiran baru. Macam ni ke perasaan hidup berjiran dekat flat? Tak sangka, peradaban seseorang itu mesti dijaga.

"Awak, siapa nama?", ditanya setelah pemuda itu keluar daripada biliknya.

Dia menukar baju beruniform nya tadi ke seluar jeans hitam dan bert-shirtkan warna hitam plan biasa juga. Memang kena dengan tubuh badan nya yang tinggi dan segak mengenakan pakaian itu.

"Ai. Kenapa tenung saya macam tu? Suka eh.. Sekali lagi, nama awak siapa?"

Mak-ai terkantoi pulak aku tengah pandang sambil mendescribe perlakuannya. Malu laa aku, selama ni tak pernah aku buat macam ni. Ya Allah, kau hindari lah mata aku ini dari berlaku perkara yang tidak diingini.

"Err... Zura. Nur Zura Arisha. Awak?" Alamak... Dah ber'awak-saya' pulak.

"Faqehnuddin Akmal. Panggil Faqeh je. Salam perkenalan", dengan itu, dia menghadiahkan senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Menawan. Opps!

"Oh, salam perkenalan juga"

"Saya nak ke dapur ni, nak sediakan makan tengah hari kita sekejap lagi. Ada apa-apa lagi?"

"Err.. Boleh saya tolong? Tak selesa rasanya kalau macam ni", harunya...

"Boleh. Jomlah..."

Ok. Set. Dengan itu, aku berlalu mengikutinya ke dapur. Bantu apa yang patut. Dia kata, taknak makan kat ruang dapur ni, rasa macam terperap. Nanti, lain pula jiran sebelah-sebelah fikir. Dia nak makan kat ruang tamu, ruang terdedah sikit, pintu rumah pun terbuka, jadi selamatlah. Aku pun terima cadangan dia.

Nanti, kalau ada jiran fikir yang bukan-bukan. Tak ke naya nya tu, kena kahwin free. Tapi bagus apa... Cop! Jangan nak melalut. Muka dia je handsome, mana kau tahu isi hati luaran dalam dia, kot-kot dah kahwin anak lima. Taknak lah aku. Oh please laa.

************

Votes
Read
Comments

Seriously? Boyfriend contract! ✅1️⃣Where stories live. Discover now