Both pov.
"Ya, maa. Zura nak jalan lah ni, kejap lagi" sambil tangan ku mengunci pintu pagar rumah ku.
"A'ah nanti Zura singgah kedai lah kejap beli makanan dapur" kunci ku masukkan ke dalam beg.
"Eh.." Telefon ku ditarik atau terjatuh? Ok, ditarik oleh hamba yang tak reti nak tegur dulu.
"Ma, Faqeh ni. Faqeh ikut sekali boleh?" Aku tengok Risha ni macam nak bergegas je. Nak jalan lah tu. Nak pergi jalan tak ajak orang.
"Bak sini phone tu" rengekku pula. Dah lah main rampas telefon orang, aku nak bercakap dengan mama pun tak habis lagi. Dia ni!
"Shh.." Telefon masih ku pegang.
"Ok fine, ambil lah telefon tu" lantas ku berjalan keluar dan menuju ke basement park. Telefon tu, biarkan. Pandai lah dia nak bagi aku balik. Kalau hilang aku suruh dia ganti lah. Apalah sangat dengan harga iPhone tu dibandingkan dengan duit gaji dia. Kata kerja polis pangkat tinggi. Ni nak ambil peluanglah.
"Risha..." Dah lari budak ni. Asal merajuk, lari. Tak ubah perangai tu. Siapalah yang sanggup nak ada isteri macam ni. Kena banyak bersabar ni. Entah dah jauh turun bawah agaknya. Baik aku kejar.
Tangan ku ditarik sebelum sempat aku mengeluarkan kunci keretaku. Tak kisah lah siapa yang tarik. Memang aku tahu pun orang nya. Ni nak berlawan balik rumah ke apa ni? Sorang-sorang lari macam nak berlumba, siapa cepat sampai ke rumah utama, dia menang. Dah! Kau menang lah sorang-sorang, aku tak ikut main.
"Apa ni main tarik-tarik" tengking ku.
"Naik kereta I"
"Buat apa? I nak cepat lah..."
"Ya, I tahu. Kita naik sekereta jelah"
"Mana boleh! Baju kurung I ada kat dalam kereta lah"
"Dah, keluarkan cepat. Pindah masuk kereta I. Sekarang"
Ish mengarah je kerja nya. Tetiba je nak ikut orang balik rumah utama. Bukan tahu pun ada acara apa-apa kat sana.
"Nah, baju kurung I, buka kereta sekarang, nak pergi sangkutkan. Lenguh tangan kalau nak pegang sampai ke rumah utama nanti"
"Cepat-cepat. Beg pakaian dah?"
"Tu dalam kereta lagi"
"Ok, bak sini kunci, I ambilkan dan terus kunci kereta"
"Now, go"
Betul ke mamat ni? Dia siap sediakan beg pakaian dan baju cara melayu lagi. Tahu ke dia acara kat sana tu?
"Sayang, buat apa lagi berdiri kat sini, pergi duduk depan. Tepi, I nak letak beg you" aish. Dia ni bawa beg besar buat apa? Tinggal semalam je kot kat rumah sana tu. Bukan lama berbulan pun.
"Now, kita gerak. Pergi kedai dulu beli barang"
"Ok"
Lantas ku memandu keluar perkarangan flat. Menuju ke emporium nak beli makanan. Makin lama makin cantik dia ni aku tengok. Serupa macam anak dara muda. Err... Dia belum kahwin lagi dikira anak dara lah tu.
"You! Dah setengah hari dah ni. Cepat lah"
"Ei. I tengah pandu lah ni, sabarlah. Yang nak bertunang tu abang you, bukannya you"
"I tahulah. Nanti mama tu bising lagi"
"Tahu pun. Kita nak pergi kedai ni beli apa?"
"Beli makanan untuk nanti malam. Singgah kat HuaHo Sengkurong tu dulu. I sempat order ayam panggang tadi. Ni nak kena ambil lah ni"
YOU ARE READING
Seriously? Boyfriend contract! ✅1️⃣
Teen FictionNama : Nur Zura Arisha bte Hj Zulkarnain Umur : 26 tahun Status: Bujang Kes : "Aku nak cari juga lelaki yang sanggup jadi boyfriend aku! Suka tak suka, aku tetap paksa, sebagai bukti yang aku mahu menolak pinangan terakhir mama!" - Zura Arisha. A...