"Zura ni asal tinggal mana?", Faqeh memulakan bicaranya sebaik sahaja kami makan diruang tamu.
"Asal tinggal kat Kg Serasa. Duduk serumah dengan parent"
"Habis kenapa pindah sini?", macam nak interview pula lagak nya.
"Nak yang jujur ke tipu?", soalan ku balas dengan soalan.
"Nak yang jujur laa...kenapa? Gaduh ke?"
"Eh tak. Mana ada gaduh. Cuma terdetik kat hati ni nak lari dari rumah tu. Asyik nak kena suruh kahwin jee, habis yang nak kahwin tu nanti saya bukannya mama". Terasa ringan jee mulut aku ni nak buka cerita kat dia, sampai itu pun aku terbagitahu.
"Seriously? Pasal kahwin je awak lari... Lawak laa", sambil itu ketawa terbahak-babak dia dibuat, dahtu terbatuk-batuk, balasan. Aku hanya mempamer senyum hambar sehinggakan telefon ku berdering menandakan ada panggilan masuk.
"Awak. Kejap eh, mama call", tak payah pergi jauh, nak berahsia sangat bertelefon tu. Aku bukan macam dalam drama yang asal ada orang call mesti nak lari, supaya tak didengar oleh orang lain. Aku biarkan jee perbualanku didengar oleh si Faqeh ni.
"Waalaikumsalam, ye ma, kenapa?", aku menjawab sebaik sahaja panggilan ku terima.
"Kenapa kamu tanya? Dah tengah hari ni bila kamu nak balik? Kamu tak lapar ke?", oh risau rupanya. Ingatkan tetiba telefon ni nak kasi tahu ada orang hantar meminang. Hm.. Salah aku juga sebab tak kasi tahu mama tadi yang aku makan kat luar.
"Sorry ma, Zura makan kat luar dengan... Err... kawan" mulut, kenapa kau pecah rahsia ehh? Kesilapan besar ni, nahas-nahas.
Sambil tu aku memandang Faqeh. Muka yang tenang bagaikan takde apa-apa yang berlaku. Sedangkan aku? Dah berombak hati aku, tsunami kut, tahap kritikal. Aku melarikan telefon ku sambil menekan butang loudspeaker dan ku letak kat atas meja. Biar didengar sekali oleh Faqeh.
"Hah! Kawan mana tu? Tadi sebelum keluar rumah kamu sempat cakap nak pergi tengok rumah. Rumah mana? Kamu kahwin lari ke nak?" Alamak, mama aku ni dah melalut ni...
"Apa mama ni! Manada Zura kahwin lari. Mama ni...",
"Takpe, biar saya yang cakap dengan mama awak", Faqeh.
"Lelaki!!!", teriak mama disebalik telefon.
Dia pula yang berani nak berhadapan dengan mama, ni cari pasal ni si Faqeh ni. Baru je kenal, perangai dah berlagak berani. Terdiam terus aku nak berkata.
"Mama tak salah dengar kan. Suara lelaki kan tu? Zura, cuba jujur dengan mama, Zura dah kahwin ke?", wahh, bukan-bukan soalan yang mama tanya ni.
"Ye, suara lelaki. Dan Zura tak kahwin lari, dan tak pernah kahwin pun. Single is me!", naik seoktaf suara aku dibuatnya. Dah tahu situasi aku macam ni, si Faqeh ni main redah je, nak pecah rahsia.
"Er... Mama.. Err.. Makcik, maaf bukan salah Zura pun. Saya yang ajak dia makan sekali kat rumah saya. Takpe, jangan risau, kita tak buat apa-apa pun, pintu rumah pun terbuka besar, biar bagi jiran-jiran sebelah nampak juga, maaf ye"
"Betul ni, kamu tak buat apa-apa? Balik jangan akhir ye nak, mama risau. Kamu, kawan Zura, makcik percayakan kamu kali ni. Zura, jaga diri elok-elok, ingat"
"Ye ma.. Zura tahu. Tak balik akhir pun, lewat petang nanti Zura baliklah, nak beli barang lagi lepas ni. Assalamualaikum ma.."
Salam di jawab, lantas aku mematikan telefon. Soalan cepumas tu. Naik turun rasa jantung aku dibuatnya. Agak-agak apa lah yang mama fikirkan ye. Takpe, ingat Zura pesanan mama tadi.
Makanan ku habisankan diikuti juga dengan Faqeh. Berselera dia makan, mungkin terlalu lapar kot sebab baru balik kerja. Aku ni macam menyusahkan je sebab dah makan nasi dia. Tapi dia sendiri yang hulur kan? 'Rezeki jangan ditolak' hmm...
"So, lepas ni awak nak buat apa?", tanya Faqeh kembali.
"Er.. Beli barang rumah kot. Kosong lagi tu, macam mana aku nak tinggal rumah tu, kalau takde perabot di dalam nya.."
"Nak saya temankan pergi beli barang?"
"Eh! Tak payah lah. Menyusahkan awak je. Kan awak baru balik kerja, tentu letih awak tak reda lagi, berehat jelah kat rumah", sebenarnya aku malas nak menyusahkan dia lagi.
"Takpe lah. Perkara-perkara macam ni, memang perempuan yang suka shopping sakan. Tapi awak tahu ke nak pasang nya nanti?", sambil kirai di angkat, mengiyakannya.
"Hm.. Menyusahkan awak je. Maaflah",
"Tak menyusahkan pun. Start besok saya dah cuti seminggu, kalau tak keberatan, bolehlah saya tolong-tolong awak persiapkan barang-barang rumah"
Hanya dengusan kecil yang terbit di mulut ku. Mengalah akhirnya. Aku ajak juga dia pergi temankan aku beli perabot rumah. Tak lama kemudian, kami pergi ke beberapa kedai perabot dipandu oleh Faqeh, menggunakan keretanya.
Kata nya, biar jimat sedikit minyak kereta aku. Sebab jalan nak ke rumah utama aku tu jauh. Tapi dia? Aku yang bazirkan. Haih, baru kenal dah jadi macam ni. Memang dia ni pelik, sampai sanggup nak temankan aku pergi beli barang dapur untuk rumah utama ku yang asal. Macam suami dah lagak nya...
Kalau lah aku tahu perkara ni akan terjadi, confirm aku akan ajak Erin teman kan aku. Malangnya, Erin ni dah balik kampung dari semalam. Perasaanku mungkin selesa sedikit dengan dia, sebab selama dalam perjalanan kami berdua, dia memang seorang yang protective. Daa~ pegawai polis tu memang lah selamat aku rasa.
"Zura, Err... Dah sampai flat. Dah nak lewat petang ni, nanti mama awak bising pula sebab balik lambat", Faqeh, ada sedikit kerisauan terbit dibicara nya.
"Ah'Yelah kan. Thanks taw awak, sebab temankan. Walaupun dah banyak mengusahakan awak hari ni. Maaf ye.."
"Takpe lah. Perabot rumah tu nak dihantar besok kan? Tapi besok bukan nya awak ada kerja ke? Macam mana nak datang kalau perabot tu dah tiba lebih awal?"
"Em.. Macam ni jelah. Kunci rumah ni saya serahkan dekat awak. Kalau ada perabot tu awak bukakan lah pintu. Awak tak pergi mana-mana kan? Tapi, kalau awak balik kampung besok, tak jadilah. Biar saya sendiri je"
"Ye memang saya kat rumah besok, tak pergi mana-mana pun cuti ni. Cuti-cuti kat rumah je.. So, minta nombor telefon awak, maybe saya boleh call kalau ada apa-apa masalah besok.."
"Erm.. Ok", nombor telefon ku sudah ku beri. Nombor dia... Biar jelah tunggu dia call aku, kalau ada apa-apa.
Aku keluar dari kereta nya dan mengambil barang-barang dapur yang ku beli. Ku letakkan didalam botnet kereta ku. Dengan itu, aku terus memecut laju keluar dari perkarangan flat menuju ke rumah utama ku.
Ni balik rumah, memang jadi kes. Mungkin aku boleh predict kot soalan apa yang mama akan tanyakan kan nanti,
1. Nak tengok rumah.
2. Keluar dengan lelaki.
3. Kenapa balik lambat************
Votes
Read
Comments
YOU ARE READING
Seriously? Boyfriend contract! ✅1️⃣
Novela JuvenilNama : Nur Zura Arisha bte Hj Zulkarnain Umur : 26 tahun Status: Bujang Kes : "Aku nak cari juga lelaki yang sanggup jadi boyfriend aku! Suka tak suka, aku tetap paksa, sebagai bukti yang aku mahu menolak pinangan terakhir mama!" - Zura Arisha. A...