Bab 48

2.4K 82 0
                                    

Selesai ku bersahur, terus ku mandi, solat dan bersiap untuk berjalan ke rumah utama. Pagi-pagi buta dah jalan awal. Maklumlah rumah utama jauh, padahal tempat kerja ku disini. Barang ku semua tinggal disana. Tulah pasal, merajuk lagi. Akhirnya menyusahkan diri.

Lagi lima hari sambutan raya akan tiba, walhal aku buat masalah untuk lari jauh keluar negeri. Awal-awal planning nak raya kat sini, tapi dah terdesak haritu, aku nak taknak kena juga pergi.

Masalah ku dengan Faqeh dah selesai ke? Aku tahu semuanya ni cuma salah faham yang melampau. Tapi Wafa? Dia macam tak main-main dengan semua ni. Aku dapat rasakan yang dia pun sukakan Faqeh. Aku tahu naluri perempuan macam mana. Tapi aku juga tak boleh mengalah, aku kena rebut semula hak aku.

"Hoi! Termenung lagi!" Sentakku dari lamunan dengan suara mamat pondan yang menegurku. Pandangan maut ku hantar kepadanya.

"Mak nak apa? Cari pasal je kerjanya.." Mak, semua orang panggil dia nama mak, hot mama bagi ku.

"Tengoklah customer datang. Jangan asyik nak angan-angan jer.."

"Mulut kau!!" Aku tengah buat kerja lah ni.

"Buat kerja ke ingatkan laki.. Opps! Tunang"

"Kita mana ada ikatan lagi.." Alaa.. Sedihnya.

"Nak menipu tu agak-agaklah! Mak tahu okay apa yang kau rasa. Mak ni walaupun macam ni, mak tak suka tau tengok kau bersedih.." Wuishh dramatik sungguh. "Dah lah, layan customer kau tu"

"Okay..." Mata ku jeling, nasihat entah apa-apa yang dia kasi tadi aku pun tak tahu.

"Kita mana ada ikatan lagi?" What?! Pandangan ku alih terus ke depan. Faqeh...

Buat apa dia kat sini? Sekarang ni waktu kerja. Jam tangan ku kerling menunjukkan pukul 10 pagi lebih. Dia tak kerja ke?

"Buat apa datang sini?" Soal ku kembali tapi mata ku tak memandangnya, sebaliknya aku melihat semula kertas kerja ku.

"Tak boleh ke abang datang sini?" Soalnya.

"Sorry, bukan abang lagi okay. Pergi lah kerja" halau ku.

Adoii kejam nya aku, aku tahu lah semua perkara ni, tapi aku masih sakit hati dengan si Wafa tu. Benci rasa nya. Tapi kalau aku tak mahu kebahagian ku dirampas, takkan aku nak biarkan si Wafa tu menang dari aku.

"Mana cincin?" Soalnya terus mengabaikan halauan ku.

"Entah" Sejak hari ku masuk rumah sakit haritu, aku langsung tak pakai cincin. Hilang agaknya.

"Kenapa tak pakai?" Soal siasat pula. Aku tahu lah dia tu polis. Cis, menyampah.

"Hilang"

"Minta tangan"

"Buat apa?"

"Minta jelah!"

"Itu pun nak marah. Nah!" Tangan kanan ku serahkan kepadanya. Lantas dipegang dan dimasukkan cincin.. Cincin? Ini cincin tunang... Omg dia simpan selama ni..

"Lain kali jangan hilangkan.." Mata ku jeling. "Mahal cincin ni. Kita tak pernah pun putus tunang..." Berdrama pula dia. "Abang nak kita sambung balik pertunangan ni. Habis kerja nanti, balik flat. Abang nak bincang sesuatu" lantasnya berdiri tapi sempat ku menarik tangannya semula.

"Abang nak bincang apa?"tanya ku, nampaknya aku terima lah. Abang.

"Balik jelah flat. Nanti petang abang bagi tahu" akhir katanya dan terus keluar ke pintu depan.

Cincin yang disarung kembali ke jari ku lihat. Kali terakhir ku membuka kembali cincin ni sewaktu di klinik. Aku rasa mungkin dia masuk balik ke wad aku, padahal aku dah dipindahkan ke rumah sakit besar.

Seriously? Boyfriend contract! ✅1️⃣Where stories live. Discover now