Bab 60

4.9K 92 4
                                    

Last. Bismillah.
***************

"Sayang! Aku kau lupa! Aku kau luka! Tanpa kau sedar, Sayang!"

Ya ampun, siapa lah memekak malam-malam ni. Dengus ku. Malam? Eh dah malam ke? Kenapa takde sorang pun yang bangun kan aku.

Terlepas lagi satu kewajipan ku. Haih, keluh ku berat. Pantas ku bangun dari baringan ku.

Aku tak mandi lagi, baju yang ku pakai pun masih baju kurung tadi petang. Gosh. Aku berlari keluar menuju ke bilik air sambil tangan membawa jubah hitam panjang dan shawal instant ungu.

Selesai mandi dan bersolat, aku segera menuju ke bawah. Melihat apa yang ada dikelilingku. Kaum keluarga ku semua masih disini, karoeke band diluar terpasang, makanan terhidang, begitu juga bekas pelamin abang Iz yang kini diduduki ramai oleh sepupu-sepupu ku. Ada juga yang sibuk mengambil gambar bersama.

"Honey, baru bangun?" Tegur suara dibelakangku. Aku angguk. "Orang ramai dari tadi tunggu tau. Jom"

Tangan ku dipimpin oleh Airil masuk ke ruang tamu. Sebahagian sepupu ku sedang meletak inai di jari begitu juga aku yang kini mendudukkan diri kerana dipaksa untuk berinai sama.

"Airil, kenapa tak balik lagi? Majlis abang Iz kan dah habis" soal ku kepada nya yang setia duduk disebelah ku sambil tangan memegang telefon Samsung nya.

"Tak boleh ke abang datang sini?" Wow, impressive punya soalan. "Besok kan cuti awam, boleh lah tinggal sini dulu" jawabnya.

Okay...

"Honey" panggil nya lagi. "Abang dengar sepupu sayang kata, sayang akan terima sesiapa saja yang masuk meminang lepas ni"

"I see..." nak cuba lagi ke ni?

"If abang bawa sayang kahwin terus nak?" Sambung Airil.

"Kahwin express?" Angguknya. Aku fikir dulu. Kahwin express maksudnya.. "kahwin lari ke kahwin apa ni?!"

"Nak ke kahwin lari?" Pfff. "Abang okay jee, malam ni pun boleh sayang.." brrrrr.

"No! Buat cara yang elok takde ke?" Opps! Cuba ulang balik, 'cara yang elok'.

AKU TERIMA KE??

"Abang, bagilah Zura ni tenang dulu. Masalah lepas pun tak hilang lagi. Abang sanggup ke tengok Zura menangis waktu kahwin nanti tanpa rela hati?" Soalku sambil menggeleng kepala. "Taknak kan?"

"Taknak. Tapi kahwin nak kan?" Angguk ku lagi dan tangan kanannya mengusap lembut pipi ku dan cepat ku menepis.

"Apa pegang-pegang ni! Batal air wudhu tau"

"Oh yeke? Bukan tadi dah batal eh.." Gelaknya. Terus ku menghempaskan lembut dada nya. "Sorry, it's my last"

"Hm. Sibuk je dia nak usik-usik" jeling ku pula. Hm.. aku sendiri yang lupa dah awal dah batal air wudhu.

Inai ukiran bunga yang terukir di kedua tangan dan jari ku begitu cantik. Begitu juga yang terpasang di tangan dan jari sepupu-sepupu ku.

Aku tak tahulah apa motif malam ni ramai sangat orang yang datang. Mungkin sebab makan free kut? Atau ada band karoeke kat luar? Atau atau? Atau.. atau lah.

Seriously? Boyfriend contract! ✅1️⃣Where stories live. Discover now