Bab 28

2.5K 94 3
                                    

Zura Arisha pov.

"Kau diam!" Jerit ku seraya memeranjatkan orang ramai serta orang disebelah ku. Badan ku terus di pegang erat olehnya, Faqeh.

"Zura, dengar dulu apa yang aku nak cakap" kata nya kembali.

"Aku taknak dengar! Bawa aku naik atas" arah ku lagi kepada Faqeh dan mengabaikan orang dikeliling ku.

"Zura, mama minta maaf sebab tak bagi tahu ada orang yang datang. Dengar dulu perbincangan kami. Mari duduk sini" kata mama tapi ku abaikan.

"Bawa aku naik atas" arah ku lagi kepada Faqeh yang hanya menurut ku sahaja.

"Zura. Tunggu dulu..." Panggil nya lagi. Aku berhenti didepan tangga dan menoleh ke arahnya. Orang ramai hanya jadi pemerhati kami, sunyi sepi ku rasakan. Keadaan amatlah tegang.

"Kau nak apa?!" Kata ku naik seoktaf.

"Aku harap kau terima pinangan terakhir aku. Aku minta maaf pasal dulu, sekarang aku nak perbetulkan balik kesilapan aku.." Katanya perlahan.

"Ril, aku maafkan kau. Tapi tak bermaksud aku akan kembali pada kau macam dulu lagi" jawab ku kembali lembut.

Ril. Airil. Nama yang sering memberi kebahagian pada ku di tahun yang lalu. Sebelum aku menjadi lebih matang seperti sekarang. Nama yang merosakkan jiwa ku di akhir pertunangan kami di tahun lalu. Dan mungkin, nama yang menghantui hidup ku sekarang.

"Zura tunggu saya ya..." Ketawa sinis dilontarkannya. Ayat tu! Aku menoleh nya kembali dan mendapati tanganku lebih erat dikawal oleh Faqeh. Dia pun tahu dengan ayat tu. "Aku tunggu kau sejak tingkatan enam lagi. Aku datang di hari terakhir kau di Brunei sebelum kau menjejak kaki ke UK. 'Zura tunggu saya ya..' Kata-kata terakhir yang ku lontarkan sewaktu di lapangan terbang. Aku ingat lagi kau pandang aku. Aku fikir kau menganggukkan kepala tanda menerima ku. Aku tunggu bertahun-tahun sampai kau habis belajar disana. Tapi aku lost contact apabila kau tiba di Brunei. Aku tak tahu kau dimana. Masa tu aku belum tahu lagi dimana tempat tinggal kau. Aku cari kau di merata tempat, aku upah orang untuk cari tempat tinggal kau. Dan akhirnya, aku jumpa kau di tempat kerja, setahun yang lalu. Kau beri aku harapan untuk membuktikan yang aku boleh dapatkan kau. Dan aku telah buktikannya. Aku masuk meminang kau, dan memberi masa untuk kau fikirkan lagi. Kita telah bertunang setahun yang lalu, tapi... Akhir nya kita putus..."

"Itu semua kau punya pasal!" Marah ku apabila teringat balik kisah setahun yang lalu. Jadi semua petunjuk yang diberi kepada ku adalah mengenai dia. Aku tak dapat elak dari semua tu. Aku tahu, aku masih menyimpan rasa suka ku terhadapnya, tapi dia? Dia sakitkan hati aku!

"Aku datang nak perbetulkan balik hubungan kita..."

"Tak. Aku takkan terima semua ni. Aku minta maaf.."

"Zura. Tunggu..." Panggil nya lagi sebelum ku melangkah naik. Dia berdiri lalu menghadap ku dengan Faqeh.

"Zura, terima lah aku balik. Aku janji lepas ni takkan berlaku lagi perkara tu.. Janji" kini dia melutut didepan ku.

"Tak. Lepas kejadian dulu tu, aku tak dapat maafkan kau. Aku jadi ego terhadap diri ku, aku berasa marah sangat dengan apa yang kau buat. Sampai sekarang.. Aku tak boleh lupakan apa yang jadi.." Kata ku sehingga menyebabkan air mata ku mengalir deras.

"Zura, aku minta maaf..." Rayu nya.

"Ya. Tapi aku takkan kembali macam dulu.." Tangis ku lagi.

Seriously? Boyfriend contract! ✅1️⃣Where stories live. Discover now