"Erin..." Panggil ku lemah didalam talian. Aku terbangun didalam pukul 9 lebih pagi, aku dah terlewat nak masuk kerja sebenarnya. Dengan keadaan ku yang pening dan mataku yang sembab membuatkan ku tidak mahu menghadirkan diri di pejabat ku.
"Wei! Kau kat mana beb? Bos dah marah tu!" Jawabnya didalam talian.
"Cakap kat bos, aku ambil cuti emergency sehari. Aku rasa aku demam, aku pening sangat sekarang ni-"
"Kau demam? Nak aku lawat kau?"
"Tak payah... Aku kat rumah mama sekarang ni. Aku cuti harini, bagi tahu bos eh.. Aku demam"
"Lah.. Kenapa tetiba demam ni? Takpelah nanti aku bagi tahu. Kalau ada kerja untuk kau, nanti aku simpankan. Jaga diri tu elok-elok, nanti aku pergi lawat kat sana eh.."
"Ya, thanks.. Erin"
"Kakak. Kena panggil kaka tau" sempat lagi dia berlawak, sekurang-kurang nya terbit juga senyuman ku sedikit.
"Ya, thanks kaa. Adik nak off, pening ni"
"Pergi makan ubat. Bye, assalamualaikum"
"Ya.. Waalaikumsalam" dengan itu ku mematikan panggilan telefon.
Pandangan ku alihkan ke siling, mengenang kembali kisah subuh tadi. Biarlah aku mengalah untuk kali ni, mungkin. Membiarkan pergi semua kesalahan kami dan membuka buku baru. Betul katanya tadi, raya tak lama lagi. Bukan dia sahaja yang tak mahu raya tahun ni menjadi raya yang paling teruk, malah aku juga.
Tudung yang masih ku pakai ku lepaskan, aku tahu pagi macam ni hanya mama dan papa sahaja yang berada dirumah, abang Iz dan Faqeh... Kedua nya berkerja. Aku gagahkan diri ku untuk bangun dari baringan ku, terasa pening dan berat ku rasa. Mungkin aku tak patut berpuasa untuk harini, aku lemah.
Aku menuruni anak tangga berhati-hati dan mencari mama di keliling sudut. Aku masuk ke dapur untuk mengambil dua biji ubat panadol dan ku telan bersama air putih. Ku pergi ke ruang depan beranda, kereta papa tak kelihatan, mungkin mereka berjalan kut dan membiarkan ku seorang di rumah dahulu.
Siapa patut ku telefon dalam keadaan ku yang macam ni? Erin dah maklum dengan keadaan ku, mungkin dia ada bagi tahu abang Iz ke tak. Tak tahulah. Mama papa pula aku tak tahu diorang pergi mana, tiada khabar. Selalu pagi Sabtu macam ni, diorang akan pergi pasar di tamu Tutong. Abang Iz kerja kapal, tak patut aku ganggu dia kalau dia tengah sibuk masa ni. Faqeh... Cuma dia sahaja harapan yang tinggal.
Patut kah aku menelefon nya atau tidak? Dia kerja atau tidak pagi ni? Aku tak tahu apa jadual kerja nya masa ni. Tapi.. Marah ku?
Aku naik semula ke bilikku dan mencapai iPhone ku, nombor telefon Faqeh ku dail, malang tak berangkat. Ku cuba lagi kali kedua, masih juga tak berangkat. Dan ini kali terakhir, kalau betul dia tak mahu menjawab panggilan ku... Aku... Aku tak sanggup...
"Sayang?" Suaranya. Rasa bersyukur bila dia menjawab panggilan ku. Kenapa air mata ku mengalir lagi? Tapi aku tersenyum hambar.
"Abang.." Panggil ku lemah.
"Kenapa ni? Abang tahu, abang takkan paksa lagi... Jadi abang minta maaf.." Bukan itu yang aku mahu dengar sebenarnya.
"Sayang demam"
"Demam? See.. Abang dah-" Talian ku matikan. Kalau nak membebel lagi baik simpan, lagi pening aku adalah. Talian ku berdering kembali buat entah kali ke berapa nya. Malas aku nak dengar dia membebel, akhir ku jawab juga bagi menghentikannya dari berdering. "Tunggu kat sana, abang datang". Talian dimatikan semula.
YOU ARE READING
Seriously? Boyfriend contract! ✅1️⃣
Novela JuvenilNama : Nur Zura Arisha bte Hj Zulkarnain Umur : 26 tahun Status: Bujang Kes : "Aku nak cari juga lelaki yang sanggup jadi boyfriend aku! Suka tak suka, aku tetap paksa, sebagai bukti yang aku mahu menolak pinangan terakhir mama!" - Zura Arisha. A...