Bab 29

2.6K 91 0
                                    

Segala penat lelah aku menghempaskan badan ku di katil Iz, abang Iz. Kepala ku berdenyut sakit dan pening selepas kejadian tadi. Lalu, aku mengambil masa ku untuk berehat dan memejamkan mata ku tidur buat seketika.

Aku tahu Risha bukan orang yang sempurna. Dia juga ada perasaan dan hati nya tersendiri. Selama ni, aku memang tahu yang di bertunang di tahun lepas dan telah putus. Semua info ni aku dapat dari hasil Iz, merangkap kawan baik ku juga. Dia yang bagi tahu aku mengenai pertunangan nya.

Dan semestinya aku bersyukur di tahun yang lalu sebab mereka dah tiada perhubungan lagi. Sejak hari perpisahan mereka, aku mengambil langkah untuk mendapatkannya, tapi aku tak tahu bagaimana. Sehinggalah tiga bulan yang lalu, Risha berpindah ke flat ku, kebetulan tinggal di sebelah rumah ku. Memang tuah menyebelahi ku sejak hari tu.

Muka ku nampak berseri apabila dia melayan ku baik, bukan macam perempuan lain yang pernah ku jumpa untuk mendapatkan ku. Dia mempengaruhi diri nya dengan sikap tegas nya. Dia juga menunjukkan sikap keibuan nya, apabila di minggu yang lalu kami menjaga anak buahnya. Dia juga bersikap keperempuanan tapi bukan gedik. Dia cuma seakan bersikap manja seperti mana yang dibuatnya kepada ibunya, tiap kali ku melihat mereka bersama. Walaupun diselang selikan dengan pergaduhan, tapi itu tak menjadi halangan untuknya bermesra dengan orang tuanya.

Kesemua ciri-ciri yang ada pada Risha menepati cita rasa ku. Semakin lama aku menaruh harapan, aku semakin takut dia lari dari ku. Aku tak sanggup melihatnya bersama orang lain. Aku tak pernah terfikir bila hidup ku keseorang tanpa cinta yang ku bina. Aku tak kisah kalau dia akan mencintai aku pada waktu ini ataupun selepas kahwin, sebab cinta boleh disemai jika kena dengan bajanya.

Aku bertekad untuk menjadikannya sebagai isteri ku. Aku ingin hidup bahagia bersama orang yang ku cintai dan dicintai. Aku harap semua nya berjalan dengan lancar. Semoga kami mencapai apa yang kami inginkan, Amin...

**************

Zura Arisha pov.

Aku menangis teresak-esak pabila terkenangkan kembali kisah setahun yang lalu. Aku malu, teramat malu! Aku tak sanggup ingat balik kejadian tu. Kalau boleh aku nak hancurkan minda ku, segala memori tentang nya terhadapku. Astagfirullahalazim, aku tak patut cakap macam ni.

Tetiba ku bangun, kepala ku terasa berdenyut pening, tudung ku pula kini telah dialihkan dan sehelai kain tuala kecil berada di atas dahiku. Kali terakhir ku ingat adalah aku berada di depan tangga dan semua nya gelap.

Lalu, aku bangun dan mendudukkan badan ku di hujung katil. Iphone ku yang terletak di atas meja sebelah ku ambil, dan jam menunjukkan 5:47 petang. Nasib ku bangun sebelum pukul 6 petang.

Aku kemudian bangun lantas mengambil tuala dan ku sarung ke kepala ku, bagi mengelakkan terbukanya aurat ku. Sebab aku ingat lagi, Faqeh juga bermalam disini. Pakaian malam ku ambil keluar dari beg ku, mungkin Faqeh yang bawakan ke sini. Dan seterusnya nya ku keluar dari bilik menuju ke kamar mandi, tapi terserempak dengan nya sewaktu ku melintasi bilik abang Iz.

"Risha..." Panggil nya dari dalam, pintu bilik Abang Iz terbuka sedikit sebab tu dia boleh nampak aku diluar. Lalu, aku berhenti seketika apabila di panggil. Nasib baik rambut ku tertutup.

"Ya" sahut ku. Dan kini dia menuju ke muka depan pintu. Abang Iz pula berada didalam, tak tahu dia sembang apa tadi dengan Faqeh ni.

"Dah sihat?" Soalnya.

"Tak tahu. Pening lagi ni..." Jawab ku pula. Cuma itu sahaja yang ku terasa buat ketika ini.

"Agak nya panas sayang dah berkurangan kut" teka nya sewaktu tangan nya menyentuh dahi ku.

"Erm.. Maybe" jawab ku dan mengalihkan tangan nya semula.

"Sorry, dah, pergi mandi. Nanti malam kita semua turun bawah, mama papa ada nak bincangkan hal ni"

"Hm... Okay. Bye" kata ku lemah. Malas aku nak banyak fikir tentang ni. Mahu nya berbalik demam aku.

Selesai ku solat maghrib, aku pun turun kebawah dengan berhati-hati. Badan ku pun bukan nya kuat mana, lemah lagi ni, kalau orang tolak kedepan mahunya jatuh aku dari atas tangga.

Mencari kelibat mama di bawah, rupanya ada di dalam dapur, sibuk memasak untuk makan malam. Dan lagi sekali, aku telah menyusahkan orang tua ku, asal jatuh sakit, tak dapat nak bantu apa-apa.

"Ma.." Panggil ku apabila ku masuk ke dalam dapur dan duduk di meja makan. Aku tak dapat nak berdiri lama-lama, pening kepala ku masih menguasai.

"Ya? Zura nak apa?" Sahut mama ketika menyenduk nasi kedalam mangkuk untuk dihidangkan nanti. Kesian tengok mama buat sorang-sorang.

"Ada ubat panadol lagi tak?" Tanya ku, kerana pening masih lagi terasa.

"Ada. Kejap mama ambilkan.." Selesai menyenduk nasi, mama berlalu ke peti rawatan untuk mengambil ubat yang ku minta.

"Thanks maa" kata ku.

"Ni macam mana, dah sihat ke apa?" Soal mama pula.

"Tak tahu laa maa, tapi rasa pening jelah. Faqeh kata tadi rasa panas ni dah berkurangan agaknya" jawab ku.

"Faqeh... Mana dia tu?" Aik! Asal tanya?

"Entah. Mana Zura tahu, orang baru je turun dari atas terus ke sini"

"Hm... Nanti lah kita bincang lepas makan nanti. Panggil semua masuk dapur, makan sekali" arah mama.

Mama ni lupa ke aku sakit? Mana boleh gerak, nanti pening semula. Orang yang pernah sakit tentu faham kan. Tentulah semua orang pernah sakit! Bukannya kau tu perfect. Faham?

"Ma, Zura call diorang turun jelah. Tak larat nak bangun.." Keluh ku.

"Yelah. Cepat! Telefon sekarang"

iPhone yang ku genggam kini ku buka dan mencari nombor telefon sesiapa saja yang ku jumpa dahulu, tak kisah mana-mana nama orang rumah ni, yang penting ada. Dan sudah semestinya nombor Faqeh yang banyak terletak didalam list talian ku, lalu ku tekan dan menunggu balasannya.

"Hm.. Abang, ibu suruh semua masuk dapur, makan malam" kata ku laju. Malas nak berbasi-basi lagi.

"Okay. Sayang kat mana ni?" Tanya nya dalam talian ku.

"Kat dapur. Cepat lah, panggil abang Iz dengan papa terus" arah ku dan mendapat sambutan tentangan mata yang tajam dari mama. Salah ke? Talian tadi terus ku matikan dan menutup kembali iPhone ku.

"Abang mana ni?" Mama nak tanya ke usik ni?

"Erm.. Faqeh" jawab ku jujur. Lambat laun diorang tahu jugak.

"Abang eh..." Usik mama sambil mengukir senyuman lebar.

"Mama ni.." Rungut ku pula.

Kesemua orang sudah berada di tempat masing-masing. Papa macam biasa duduk di tengah, di sebelah kanan pula mama dan diikuti aku. Di sebelah kiri pula berhadapan dengan ku adalah Faqeh dan di sebelahnya abang Iz yang duduk disebalik papa.

Main mata pula dia ni! Mama nampak nanti nahas. Orang demam pun nak usik. Selesai makan malam, kami semua berkumpul di ruang tamu. Papa akan mengadakan sesi persidangan mengejut untuk malam ni, bersedialah.

*************
Votes
Read
Comments

Seriously? Boyfriend contract! ✅1️⃣Where stories live. Discover now