Dua minggu berlalu...
Besok akan jadi hari bersejarah ku. Aku akan bertunang dengan nama Faqeh. Bersediakah aku? Betulkah ini yang akan terjadi dan mengubah kehidupan ku di masa akan datang?
Bertunang belum berkahwin.
Beg kecil yang memuatkan pakaian rumah ku bawa ditangan. Pintu rumah ku kunci dan menyerahkan kunci pendua kepada Faqeh yang berdiri di sebelah ku.
"Betul ni tak ubah fikiran?" Tanya Faqeh bagi memastikan aku tidak mengubah fikiran. Dah dua minggu soalan ni berada di kepala ku. Naik rimas pun ada! Tak jadi bertunang kang!
"Yaa!! Kenapa? Ada perempuan lain ke? Macam taknak bertunang je dia ni!" Syak ku geram. Dah banyak kali aku bagi tahu tak ubah fikiran.
"Manada perempuan lain. Sayang ni kan..." Jawab nya sambil kami berjalan menuju ke arah lift untuk turun ke lobi. Dia temankan aku turun, tak kisah lah. Bukannya dia ikut sekali. Selalu orang bertunang, yang lelaki hantar wakil keluarga je, dia nya tak perlu ikut.
"Habis kenapa tanya balik-balik? Rimas tau tak? I merajuk tak jadi bertunang karang baru tahu!" Kata ku setiba di kereta ku.
"Sorry... Abang takkan tanya lagi lepas ni. Mana boleh abang ada perempuan lain kalau abang dah lam-" terhenti.
"Lam.. Apa?" Kirai kiri ku naikkan bertanya kan soalan. Kenapa berhenti? Something fishy about that.
"Takde pape. Sayang pergilah jalan cepat" jawab nya sambil menolak ku masuk kedalam kereta. Orang dah bergaya cantik-cantik, dah senget tudung ni. Geram aku! Cepat-cepat ku membetulkan tudung ku yang kemek.
"Abang dah lam- apa tadi?" Tanya ku lagi setelah cermin kereta ku turunkan.
"Takde pape. Dah. Ke nak abang hantarkan?" Dia cuba mengubah topik.
"Agaknya tak jadi kut. Takpe lah..." iPhone ku keluarkan dari tas tangan ku, lalu mencari nombor telefon mama.
"Nak buat apa tu?" Soalnya.
"Nak telefon mama, majlis ni cancel. Kita tak jadi bertunang" seraya itu iPhone ku di rampas. Perasaan geram mula menguasai ku. Macam-macam lah dia ni. Orang nak usik pun dia fikir betul-betul. Menyampah. Aku tanya je 'lam-' apa tu. Ish!
"Bagi baliklah..." Rungut ku. Tapi diabaikan.
"Tunggu sini kejap. Jangan dulu jalan" arahnya sebelum berlari masuk ke lift balik. iPhone ku?!! Ishh. Di bawa lari pula. Dah lah panas tunggu sini lama-lama.
10 minit kemudian...
"Lama nya!!" Marah ku apabila melihatnya membuka pintu kereta dibelakang. Lalu dikeluarkan beg pakaian ku. "Wei! Kau nak buat apa? Beg aku!!" Kan dah keluar balik ayat tu. Tak kisah. Nak perang juga petang ni. Lalu aku keluar dari kereta dan menahan didepan nya. "Nak buat apa?"
"Abang nak hantar sayang pergi rumah mama. Fullstop" katanya. What!!! Lantas dihumban nya masuk beg pakaian ku bersama beg nya kedalam kereta miliknya sendiri.
Aku pula ditolak nya masuk ke sisi duduk penumpang. Terpaksa. Bukan, DIPAKSA masuk. Safety belt ditarik dan tangan melingkar ke sebelah pinggang ku. Kedua tangan ku pula sempat manahan bahu Faqeh dari terus dekat menghadap ku. Hembusan nafas nya terasa hampir di muka ku sebelum sempat ku mengelak. Nasib baik. Kalau tak, nahas aku tercium tadi! Perbuatan ku mematikan pergerakan Faqeh dan terus membuatkan nya memandang ku, tapi aku pusing ke arah lain.
"Sorry..." Katanya dan menarik semula badannya jauh. Tangan kanan ku pula menyentuh dada ku. Hembusan nafas pula kini baru ku terasa, rupa nya aku menahan nafas tadi.
YOU ARE READING
Seriously? Boyfriend contract! ✅1️⃣
TienerfictieNama : Nur Zura Arisha bte Hj Zulkarnain Umur : 26 tahun Status: Bujang Kes : "Aku nak cari juga lelaki yang sanggup jadi boyfriend aku! Suka tak suka, aku tetap paksa, sebagai bukti yang aku mahu menolak pinangan terakhir mama!" - Zura Arisha. A...