Bab 32

2.5K 111 1
                                    

"Ishh! Berdebar nya. Mira aku takut laa... Please macam mana ni??" Kata ku kusut. Rombongan pertunangan lelaki baru tiba sebelum masuk nya waktu tengah hari. Kelam kabut aku jadi nya tak tentu arah.

"Cool. Just cool. Zura kau kena ingat, ini baru bertunang belum lagi berkahwin. Kalau kahwin nanti mesti kau lagi berdebar. Jadikan ini sebagai 'practice' or rehearsal. Okay, rehearsal jee. Cool down..." Balas Mira.

Nafas ku turun naik sebelum ku berhenti dari mengelabah. Sudah tiba masa nya untuk aku turun, sepupu ku yang lain pula mengiringi ku turun ke bawah. Baju kurung berwarna biru laut yang tersedia di badan ku serta shawl berwarna yang sama juga terhias cantik di kepala ku.

Satu persatu anak tangga ku turuni dengan aksi gadis ayu, taknak aku terjatuh gedebuk terus ke bawah, buat malu je. Sedikit-sedikit ku mengangkat kain ku dari terus menyapu lantai yang beranggapan bersih.

Kini aku pula menggenggam tangan mama, senyuman gementar pula terbit di bibir ku setelah ku duduk bersimpuh di pelamin kecil ku, di atas kusyen yang di sediakan. Kelihatan orang ramai pula sudah mengerumuni ruang tamu dari pihak keluargaku dan keluarga Faqeh.

Dari jauh aku melihat ibu yang menatap wajah ku. Senyuman ku balas, aku tak tahu apa yang patut ku buat. Bila terkenangkan balik, dulu aku pernah bertunang tapi perasaannya tak sama macam ni. Harini, tercipta kembali menjadi hari pertunangan ku dengan orang yang baru bernama Faqeh. Semoga persatuan kami berkekalan hingga ke alam perkahwinan nanti, Amin..

"Risha..." Panggil ibu setelah ku tersedar dari lamunan ku. Ibu Faqeh yang kini memandang ku dengan senyuman terus nya menarik tangan ku dan menyarung cincin permata yang dibelikan oleh Faqeh di jari manis ku. Cantik.

"Ibu, thanks.."balas ku. Aku tak tahu nak kata apa. Nanti kuasa panik ku mula lagi kalau aku ter-over menggelabah. Kedua belah pipi ku di cium lembut oleh ibu dan memeluk tubuh ku. Gembira rasa nya setelah direstui, tapi belum sampai lagi ke tahap pelaminan raja sehari, kena tunggu.

Walaupun kini aku bergelar sebagai tunang kepada Faqeh, bukan semuanya yang dia yang akan bertanggungjawab ke atas ku kerana dia belum menjadi suami ku. Segala undang-undang masih lagi sama, lain lah kalau dah berubah status nanti. Semuanya berubah.

Tiba lah seorang demi seorang dari ahli keluarga ku yang datang mengambil gambar dengan ku. Well, orang cantik harini. Maaf, terover sikit. Tapi aku rasa bersalah, aku tak sempat tegur Erin sedari tadi. Dia hanya menjadi pemerhati ku dari jauh, sekejap-sekejap sahaja kami berbalas senyuman. Kesian abang Iz terpaksa layan tunang dia juga, Erin.

"Zura..." Panggil Erin tiba gilirannya. Sebuah senyuman tak lekang dari bibir ku di serahkan.

"Erin sorry, aku tak berapa layan kau harini" ujar ku.

"Takpe, aku faham. Sama lah juga waktu aku bertunang dulu. Kita seri" katanya dan disambut dengan helaian tawa kami. "Dulu tak nak mengaku dia tu boyfriend, tetiba harini dah bertunang" usik nya.

"Ish.. Manada. Tak rancang pun jadi macam ni. Lain lah orang tu yang tak lama lagi nak kahwin" usik ku pula sekali gus membuatkan nya gusar.

"Hm.. Yelah. Macam lah orang tu tak kahwin juga tahun ni" ai? Berbalas sindiran nampak.

"Eh? Tak tahu lagi. Biar lah dulu macam mana" mengalah dah aku. Tak pasal-pasal nanti makin banyak soalan bernas pula keluar.

"Yelah.. Okay lah, aku nak keluar dulu. Bye.." Pamit Erin dan kini hanya aku dan sepupu ku yang lain sahaja yang tinggal di rumah tamu. Semua sibuk ambil gambar di pelamin ku. Nak upload kat ig laa tu. Ahaks!

Selesai jamuan tengah hari, rombongan tunang lelaki pula balik dan kini hanya keluarga terdekat ku sahaja yang tinggal. Masing-masing mengambil tugas untuk mengemas sekejap. Faqeh pula sedari tadi tak henti-henti nak hantar text, tapi langsung aku tak balas. Dah orang sibuk sangat, baik aku call terus. (Dalam talian)

Seriously? Boyfriend contract! ✅1️⃣Where stories live. Discover now