Argh! Bising nya bunyi lonceng tu!
"Sayang bangun, jom solat"
"Pergilah sorang..." kata ku sambil mata masih tertutup. Selimut ku tarik lagi menutupi keseluruh badan ku.
"Aish pemalas nya! Nak abang tarik selimut ni ke apa?!" Ku lihat Faqeh yang kini duduk di tepi katil melalui celah selimut ku membuatkan ku separuh sedar.
"Cuti. Pergi lah sorang" jawab ku lagi dan tangan kiri ku memegang perut ku. Sakit betul kalau first day ni!
"Hm. Period lah tu" cebik nya. Mendengar bunyi pintu bilik dibuka bermakna dia sudah pun keluar.
iPhone ku ambil dari meja kecil di sebelah ku. Jam menunjukkan hampir masuk pukul 6 pagi. Lewat bangun kali ni.
Semalam setelah kami bermain sakan di Universal Studio terus kami sambung berjalan-jalan di sekitar bandar. Hampir jam 12 malam lah juga kami balik.
Kalau nak diikutkan, memang nak sambung berjalan memandangkan kedai mall di sini buka sepanjang masa. Perarakan persembahan dari jalanan juga mengagumkan.
Lantas ku bangun dari baring ku pabila Faqeh masuk semula ke dalam bilik dan mengorak tikar sejadah menghadap kiblat untuknya.
Seluar jeans hitam, baju lengan panjang berwarna cream, shawl instant hitam dan pakaian dalam ku bawa bersama ku ke bilik mandi.
Setelah selesai, aku keluar menuju ke dapur kecil ku untuk memasak air panas dan merebus telur untuk sarapan pagi.
Seperti biasa, first day ni memang sakit kuat, tak dapat nak berjalan. Tapi memandangkan aku yang uruskan makan minum kat sini, terpaksa lah juga aku bangun untuk membuat sarapan pagi.
Aku duduk bersandar di sofa sambil lutut ku angkat kemuka, tangan pula ku pegang perut ku. Sakit yang teramat memang pedih di hujung perut. Dah namanya perempuan, memang semua pernah merasa, kan?
Sementara menunggu Faqeh selesai solat dan membersihkan diri, aku pula melelapkan mata sekejap. Masih awal lagi. Tak planning pun nak buat apa harini.
"Good morning" Terserlah riak ceria disebalik sapaannya.
"Hm.." jawab ku separuh sedar masih di posisi yang sama.
"Kenapa ni? Sakit ke?" Katanya yang kini duduk disebelah ku, tangan dililit di atas kedua bahuku. "Abang bukan boleh urutkan perut sayang, kalau halal kan bagus" aku sedar memang jelas terpanar senyuman di bibirnya, walaupun aku tak nampak.
"Harini kita dating kat rumah jelah, tengok tv, makan. Sayang rest je, biar abang yang buat kerja rumah"
"So sweet..." gumam ku perlahan. "Thank you"
"Dah makan?" Ku geleng kepala menandakan jawapan ku.
Pantasnya berdiri dan kembali semula ke ruang tamu dengan membawa dulang yang terisi teko teh kosong, 2 cawan dan telur rebus tadi, diletakkan diatas meja dihadapanku.
"Minum" arahnya sambil menghulur secawan teh kepada ku. Dia juga turut minum teh di cawannya.
Telur rebus tadi di kopek kulitnya dan diserahkan kepada ku, namun aku menolak. Tiada selera untuk ku makan di waktu begini.
"Makanlah, nanti sakit susah pula kita nak jalan-jalan"
"Takde selera" balas ku. Perut ku pula makin memulas secara tak langsung ku tekan kuat perutku. "Sakit.." erang ku.
"Jangan gerak" arahnya. Tangan nya pula merangkul bawah badan dan kaki ku. "Abang angkat masuk bilik" di baringkannya aku di katil ku semula. "Kalau ada apa-apa panggil abang. Rehat je okay" angguk ku perlahan mengiyakan.
YOU ARE READING
Seriously? Boyfriend contract! ✅1️⃣
Teen FictionNama : Nur Zura Arisha bte Hj Zulkarnain Umur : 26 tahun Status: Bujang Kes : "Aku nak cari juga lelaki yang sanggup jadi boyfriend aku! Suka tak suka, aku tetap paksa, sebagai bukti yang aku mahu menolak pinangan terakhir mama!" - Zura Arisha. A...