Hurm...
Penat sangat ke dia ni? Asyik tidur je kerjanya. Well, bukan nya aku marah kalau dia ni asyik nak tidur je kerjanya, tapi membazir masa aku. Aku cadang nak dating, tapi dia yang buat perangai dulu. Kalau macam ni selalu, rosak lah rancangan ku. Tengok muka tenang nya ni, why not aku kacau.
Phone yang ku pegang ku buka camera dan merakam pemandangan keliling, akhir sekali aku rakam muka dia yang tengah tidur. Huk huk huk! Kalau tak cantik video aku, aku buat lagi lah. Dah lama aku tunggu dia ni nak bangun, tak juga bangun-bangun dari tadi. Lengan aku dah penat ni nak tampung badannya. Hampir sejam lebih, aku tunggu juga lagi, masih sama. Okay... Aku nak mulakan serangan, aku nak bangunkan dia. Video sudah ku pasang, tunggu dia nak bangun lagi. Phone ku pengang dari jauh dan mula membangunkannya.
"Sayang... Bangun" bisikku di telinganya. Masih tiada respon, ku cuba lagi.
"Sayang..." Kini ku menggerakkan sedikit badanku supaya dia tersasar sedikit.
"Hurm..." Kini dia memberi respon sedikit walaupun mata masih lagi tertutup.
"Sayang, anak kita nangis, pergi lah bilik sebelah" kata ku lagi. Prank!
"Anak?" Masih mamai dan mata masih tertutup.
"Anak kita, dia nangis. Pergilah abang tak larat nak bangun" konon nya lah.
"Anak? Anak siapa?!" Kini dia dah bangun, terkejut agaknya. Sorry laa... Aku masih menahan dari ketawa, nak tengok respon nya.
"Anak kita" kata ku lagi.
"Ish! You tipu lagi! Tak baik kacau orang" kena laa juga aku dengan tumbukan kecilnya. Lah, comel betul dia ni. Dah sedar agaknya. Tadi bukan main lena nya tidur.
"Sorry" lantas ku menutup rakaman ku. Tak tahu dia nampak ke tak? Dah pergi jauh dia ke persisiran pantai. Merajuk agaknya, duduk main pasir aku tengok. Minta pujuk lah nampak nya.
"Sorry..." Kata ku lagi apabila tiba duduk mencangkung di sebelahnya. Tapi maaf ku di abaikan. Aku tahu, kalau aku cuba cakap pasal keluarga ke arahnya, memang dia marah. Hurm... Sampai bila dia nak macam ni?
"Merajuk eh?" Tiada respon langsung, jari telunjuknya pula sibuk nak main pasir. Apa yang di lukis pun aku tak tahu.
Pasir yang kini di kacau nya, ku ratakan sambil jariku menulis 'I Love You'. Well, dia padam balik sambil menulis 'I HATE you!' Ee. Garangnya! Nak cuba memujuk pun susah.
"Jangan benci sangat, lama-lama suka nanti" kata ku. Tapi dibalas dengan jelingan.
"Jangan cari pasal boleh tak?!" Tengking nya. Aku pula yang terkejut. Muka nya diletakkan diantara lutut nya. Tunduk diam tanpa memberi sebarang respon. Aku beralih pula duduk didepan nya. Ambil gambar dia merajuk dulu, tanpa pengetahuan nya kemudian baru aku pujuk. Haih! Perangai ku pun tak ubah-ubah. Pujuk punya pujuk, harapan palsu. Masih juga dengan ego nya. Ini last, kalau tak dengar juga cakap aku, biarkan dia.
"Sayang, I dah penat pujuk you dari tadi. I bawa you sini bukannya nak cari gaduh. Hari dah lewat petang, I nak balik. Kalau you masih juga macam ni, I tinggalkan. Biar you kat sini, jalan balik rumah sorang-sorang, jalan tu keras. Kalau berani, cubalah"
Lantas ku berdiri dan meninggalkannya seorang. Beg yang ku tinggalkan di pondok tadi cepat ku ambil, tengok dia dari jauh pun dah berdiri, takut balik sorang agaknya. Lalu, aku masuk kembali ke jalan tadi nak balik kerumah. Risha? Dia ikut juga, tapi jauh kat belakang.
Aku tak berani nak tinggalkan dia sorang-sorang, nanti apa-apa jadi aku juga yang susah. Sekejap-sekejap aku pusing juga tengok dia di belakang. Entah dia jalan pun tunduk ke lantai, tak tengok depan langsung, kiri kanan pun tak. Perlahan ku berjalan sehingga menyebabkan dia sendiri yang melanggar belakang badan ku. Tu lah, jalan tak tengok depan, kan dah terlanggar. Hm.. Aku juga yang nak tunggu dia kan. Memang sengaja pun aku nak buat macam tu.
"Merajuk lagi? Kenapa tak tinggal kat pantai tu sorang-sorang? Takut ke?" Tanya ku pula sedikit menyindir. Masih juga dengan aksinya, aku jalan di sebelahnya bukannya dia nak pandang pun. Biarkan, sampai bila dia nak bertahan macam ni.
Sampai sahaja kami dirumah, dia terus pergi ke bilik. Aku pula mencari ibu dan abah di belakang rumah, dengan atok nenek agaknya. Badan ku pun dah berpeluh, nak mandi. Tapi jalan ku dihalang oleh Risha. Dia nak pergi tandas mandi juga. Well.. Dah dia pegang tuala mandi dan bajunya, memang lah nak mandi. Terpaksa lah juga ku mengalah, tak pasal-pasal karang dia dah tak nak layan aku lagi. Asyik merajuk je kerja dia. Tak faham aku.
************
Ish! Cuba bagi tahu, siapa dulu yang mulakan? Dia kan! Dah banyak kali dia mainkan aku dengan perkara macam ni. Ingat aku ni apa nak buat macam tu! Aku tahu lah yang aku ni pantang dengar sebab kahwin, apa lagi dengan lawak tak menjadi nya tu, kes anak pula yang dibawa.
Takpe, malam ni aku takkan layan juga budak ni. Kalau boleh besok aku nak juga dia hantar aku balik ke flat. Tak kisah apa yang jadi, biarkan. Dia nak terus berbalik tinggal di sini, aku tak kisah langsung. Memang bosan tahap melampau dah ku rasa. Satu apa benda pun aku tak dapat tengok. Buat apa-apa pun semua tak dapat.
Baik aku cuti tinggal di hotel sorang. Pagi-pagi boleh aku pergi spa, makan restoran, duduk tepi pantai (bukan pantai yang tadi), mandi swimming pool, tengok TV, layan WiFi. Tak lah aku rasa bosan sangat. Entah macam mana orang zaman lama boleh hidup dalam keadaan ni? Aku pun pelik. Bukan pelik sebenarnya, tapi tak biasa.
Selesai ku mandi dan berpakaian, terus ku masuk ke bilik. Lepastu keluar semula pergi ke dapur, nak sediakan makan malam. Kena berlakon baiklah lepas ni. Ni kalau ketara sangat muka marah aku, tak tahu apa yang jadi karang. Entah-entah masakan pun tak sedap agaknya.
"Ibu, malam ni nak makan apa?" Tanya ku. Wah! Pandai nya berlakon.
"Entahlah nak, kita masak apa yang ada jelah", jawab ibu.
Kita pun masak masakan biasa jelah. Ikan rebus, telur dadar, ayam goreng. Makan biasa-biasa je... Atok nenek pun makan bubur je sebab senang nak telan. Makan malam kami pun macam biasa. Aku dengan aksi lakonan ku, walaupun dah banyak kali perbualan mengenai status ku dengan Faqeh di ulang alik. Aku buat derr je, malas nak layan sebenarnya.
*****************
A/n: Hi readers! Sebenarnya kan, I dah kehilangan idea😂 the next 2 days nya tinggal kat rmh ni pun I tak tahu lagi mcm mana. Boleh tak I minta tolong dri readers?👉🏻👈🏻 tolong carikan ideas, myb you guys nak cerita ni sweet ke dramatic ke, so bgi points2 yg korang terfikir. Next i'll do that. #helpmethought!
P.s : Abaikan typo, I sedar tu. Tpi faham2 laa noh mcm mna ngan ayat nya.. Ok.Votes
Read
Comments
YOU ARE READING
Seriously? Boyfriend contract! ✅1️⃣
Novela JuvenilNama : Nur Zura Arisha bte Hj Zulkarnain Umur : 26 tahun Status: Bujang Kes : "Aku nak cari juga lelaki yang sanggup jadi boyfriend aku! Suka tak suka, aku tetap paksa, sebagai bukti yang aku mahu menolak pinangan terakhir mama!" - Zura Arisha. A...