Huh. Jantung aku, tak reti nak duduk diam agaknya. Berombak betul gaya nya. Sekejap lagi aku nak masuk rumah memang kena bom! Aku kena cool down, buat muka macam biasa. First time aku keluar dengan jantan wehh!! Selalu keluar dengan Erin jee, tetiba harini entah makhluk apa yang dah pukau aku!
"Assalamualaikum... Ma, papa .."
"Waalaikumsalam... Zura, balik lambat buat apa?", mama.
"Ni lepas beli barang-barang dapur tadi. Zura penat lah, nak naik atas dulu, lepas tu Zura turun balik nak masak makan malam", barang yang ku beli sudah ku letak kat dalam peti ais.
"Zura.. Anak mama ni dah ada yang berkenan ke? Lelaki tadi tu siapa?", mama, sengaja lah tu nak korek cerita. Aku pun baru kenal lelaki tu, bukan nya ada apa-apa pun.
"Nanti malam lah Zura kasi tahu semua sekali waktu makan. Berita penting ma.."
Ok. Aku kena kuat. Aku mesti beritahu juga dengan rumah baru aku tu. Walau sekeras mana mama or papa nak membangkang, aku tetap nak pindah. Semua bayaran dah beres. Tinggal nak pindah je lagi. Aku mesti kumpul banyak-banyak alasan yang kukuh supaya mama percaya kenapa aku nak pindah.
Habis saja aku mandi, berpakaian, dan solat terus aku meluru ke bawah. Nak memasak, masak lauk simple je, sebab kita pun keluarga biasa, aku je terlebih duit. Tapi aku tak bongkak macam Hj Bakhil tu, kedekut tak sedarkan diri. Tiap-tiap bulan aku kasi sedikit duit gaji aku untuk mama papa.
Makanan sudah terhidang di atas meja. Semua ahli keluarga pun sudah duduk di tempat masing-masing. Mama, papa dan abang Iz semua dah ada. Waktu makan ni lah aku nak buat penerangan. Bismillah...
"Ma.. Pa.. Abang Iz.. Zura ada berita nak sampaikan", semua mata memandang aku, sambil menghabiskan makanan di atas pinggan masing-masing.
"Zura nak pindah rumah. Dah dapat rumah baru di flat Sengkurong", reaksi papa tenang je, mama? Tak tentu hala. Abang Iz, tak peduli langsung.
"Kenapa nak pindah? Rumah ni dah cukup selesa untuk kamu tinggal tau! Ke ada sesuatu yang kamu sorokkan. Cepat beritahu mama jujur, Zura nak pindah kenapa sebenarnya!", bom! Membangkang habis.
"Zura letih lah ma, tiap-tiap hari kerja nak bangun awal. Sengkurong tu bukannya dekat ma, jauh... Berpuluh kilometer ma. Mana lagi dengan trafik jam. Itu pun Zura dapat flat kat Sengkurong dah kira bagus, hampir dengan tempat kerja. Nak bangun pagi pun tak susah-susah macam disini. Tengah hari boleh balik rumah sekejap, rehatkan badan, solat, makan apa semua", bagus. Idea yang bernas. Logik-logik.
"Mama nak tengok dulu macam mana keadaan rumah kamu. Besok juga kita gerak, kalau tak mama takkan suruh kamu tinggal sana. Ikut cakap papa kamu juga, kalau papa kamu suruh baru boleh",
"Papa ok jer..", takde hal lah kalau nak bincang dengan papa, semua dia setuju.
"Ma, besok hari Isnin. Zura ada kerja"
"Tak kesah! Ambil cuti sehari. Besok juga kita kesana", hm.. Terpaksa lah, kalau tak, aku takkan dapat pindah. Kalau abang Iz nak ikut sekali besok pun aku tak kesah. Walaupun dia sibuk bekerja.
Selesai je makan malam, aku terus naik ke atas ke bilik ku. Taknak cari masalah kat bawah. Terpaksa aku menelefon bos ku nak minta cuti sehari besok sebab aku ada kes emergency nasib baik bos aku tu tak tanya lebih juga. Sebelum ni aku pun tak pernah ambil cuti, kerja pun dah lama siap. Cuti laa nampaknya.
Tapi kalau aku kesana besok, kunci rumah aku macam mana? (ㅎ.ㅎ) nak ketuk pintu rumah sebelah lah gaya nya. Nak telefon Faqeh malam-malam ni, aku takde nombor telefon dia. Aku biar tunggu jelah malam ni atau besok.
Siapa pula memalam telefon ni. Butang hijau ku tekan.
"Assalamualaikum, Zura? Its me Faqeh", alhamdulillah, panjang umur dia ni. Baru cakap sedikit dah muncul di balik telefon.
YOU ARE READING
Seriously? Boyfriend contract! ✅1️⃣
Novela JuvenilNama : Nur Zura Arisha bte Hj Zulkarnain Umur : 26 tahun Status: Bujang Kes : "Aku nak cari juga lelaki yang sanggup jadi boyfriend aku! Suka tak suka, aku tetap paksa, sebagai bukti yang aku mahu menolak pinangan terakhir mama!" - Zura Arisha. A...