Bab 40

2.3K 94 4
                                    

Setiba ku di flat, aku memakir kereta ku di tempat asal. Tapi tak nampak pula kereta Faqeh. Agaknya dia keluar kut. Buat apa aku nak risau? Tempat letak kereta Faqeh ku pandang sekejap dan sempat ku jeling sebelum ku menuju ke lobi. Sakit hati.

Kunci rumah pula ku keluarkan dari tas tangan ku untuk membuka pintu rumah, tapi terhenti disebabkan ada sekeping kertas kecil terselit di tepi pintu. Lalu ku ambil dan ku baca, call me when you are home, Abang.

Patut aku call ke tak?

Memandangkan aku ada masa lebih kurang 45 minit dari sekarang, why not aku pergi rumah sebelah? Nak cari bahan bukti. Manalah tahu ada benda lain lagi yang dia sorokkan.

Aku pandang keliling flat, mencari suspek yang boleh membongkarkan rahsia ku pecah masuk rumah Faqeh. Well, flat ni ada ramai kawan sepejabatnya. Nanti, kantoi pula kalau aku masuk rumah nya, nahas aku.

Tapi bukannya dia marah pun kalau aku masuk rumah dia, sedangkan dia sendiri lagi pecah masuk rumah aku sesuka hati. Nasib baik aku sentiasa pakai tudung dan berbaju lengan panjang. Masa ni tak dapatlah lagi aku nak free hair, kecuali malam masa aku nak masuk tidur. Dia tu lah! Suka hati je masuk rumah orang tetiba.

Aku tahu lah dia ada kunci pendua rumah aku, kekadang nak buatkan surprise pun tak menjadi, sebab aku lah yang surprised sendiri. Nasib baik tak sakit jantung. Memandangkan kami sesama ada kunci pendua masing-masing, aku pula mengambil langkah untuk pecah masuk rumahnya.

Aku belum call dia, mana tahu dia datang tetiba sewaktu aku pecah masuk then nampak apa yang aku buat. Tak patut...

Setelah ku membuka kunci pintu rumah Faqeh, cepat-cepat ku masuk dan mengunci semula dari dalam. Supaya tak ketara yang rumah nya di huni sekarang ni. Tujuan utama ku adalah bilik Faqeh.

Aku nak cari balik biodata semalam, aku nak check isi kandungan keduanya, yang lebih penting minah gedik tu. Tak tahu lah dia tu gedik ke tak, yang penting ada gelaran.

Masuk sahaja ku ke bilik nya, terus ku mencari biodata tersebut, malangnya tiada. Semalam kalau tak silap ada kat atas meja ni, but now, meja yang ku harapkan terdapat kertas semalam diganti dengan kotak kecil berwarna merah, lalu ku capai.

Gelang emas putih.

Gelang... Cantik. Terdapat 3 biji permata tersusun rapi dan ku pakai di pergelangan tangan ku. Malangnya, ianya bukan untuk aku. Tapi kalau bukan aku siapa? Aku tak pasti dengan perasaan aku sekarang ni.

Gelang tadi ku lepaskan dan ku simpan balik ke dalam kotak nya. Ku letak di tempat yang asal tanpa meninggalkan jejak yang telah ku pegang. Almari kecil yang terletak disebelah katil ku hampiri. Ku buka setiap laci untuk mencari biodata tersebut, apa yang ku jumpa ialah sekeping file jernih yang terdapat didalam nya surat nikah...

Surat nikah?

Kenapa aku terasa senak di dada tetiba? Satu persatu kertas ku buka dan dua keping kertas terakhir adalah biodata kami. Kami? Wafa dan aku.

Siapa Wafa sebenarnya?

Kenapa dari semalam asyik nama dia yang terlekat di dalam fikiran ku? Aku mula benci dengan nama ni! Selama ni aku percaya yang Faqeh takkan curang dengan ku. Aku percaya yang dia takkan layan mana-mana perempuan lain selain aku. Kenapa aku percaya kan dia?

Makin lama ku tenung surat nikah tersebut, aku semakin takut. Siapa sebenar nya pasangan hidup nya? Aku pasti dan tak silap yang Dia telah memberi ku petunjuk bahawa Faqeh adalah jodoh ku, pasangan hidup ku. Tapi, kenapa ada orang lain yang menjadi penghalang kami?

Seriously? Boyfriend contract! ✅1️⃣Where stories live. Discover now