"Zura... Muka monyok ni kenapa? Ada orang meminang lagi ehh?". Erin ni, kalau tak kacau aku sehari, tak sah!
"Entahlah! Kata tunggu call, takde pun, menyusahkan betul! Baik aku tidur semalam, tak lah kusut macam ni. Tak tenteram aku dibuatnya!" Terkumat-kamit mulut ku berkata.
Nasib baik dia kawan aku, kalau tak memang lebam laa juga mata dia aku tumbuk. Sorry.. Gurau je lah. Sempat juga aku bagi tahu Erin malam tu aku dapat rumah baru. Mulanya, memang lah dia terkejut, sebab bunyi aku macam nak lari rumah. Niat dalam hati, memang lari rumah pun. Sekurang-kurangnya mak bapak aku tahu, aku lari rumah bersebab. Sampai sanggup bawa kerumah baru lagi. Ini namanya, 'lari rumah beradap'.
"Siapa yang nak call?" Korek rahsia.
"Entah! mamat mana yang mengada nak call malam-malam" jawab ku acuh tak acuh. Harap kau bersabar lah Erin, dengar luahan hati ku.
"Mamat? Ada boyfriend ehh?" Hah! Mula lah tuu.
"Manada! Nak peras ugut nampak sampai nak kahwin-kahwin bagai!"
"Kau marah-marah ni kenapa? Biarlah dia nak ajak kau kahwin, kan bagus"
"Bagus. Cadangan yang bernas! Bertuah aku dapat kawan macam kau"
"Terima kasih. Kau melenting macam ni pun, aku sanggup dengar. Kalau nak cerita, cerita jelah. Aku dah anggap kau ni macam adik aku pun. Cepat, cerita awal ni"
"Nanti lah aku ceritakan. Rimas lah aku"
Sabar jelah Erin. Aku tengah marah ni. Sampai rumah baru pun aku taknak lawat. Biar tenteram sikit hati ku. Tak lama, ada call masuk... Belum sebut nama, dah terpacul kat dalam telefon. Malas lah aku nak jawab. Biar aku tunjuk aksi merajuk dulu. Balasan.
"Hei Zura. Kenapa tak jawab call tu?"
"Biarkan. Ini balasan!"
"Suka hati lah kau. Malas aku nak campur masalah kau ni. Ada pape cerita jee nanti. Aku sedia nak jadi pendengar. Cau!"
Aku biarkan telefon aku berdering. Lama laa juga sampai 15 minit macam tu. Tak kisah. Biar hati ku tenteram akibat semalam. Ya, semalam! Kata nak call aku, tunggu punya tunggu, takde juga. Daripada aku nak tunggu sampai lewat malam. Baik aku tidur, ada faedah nya. Mesej pun aku tak nak balas. Biarkan.
Ingat tengah hari ni nak singgah rumah. Tapi, bila difikirkan balik, mahu terserempak aku bila pergi sana nanti. Walaupun rumah aku tu dah siap sepenuhnya. Tinggal aku nak pindah je lagi, tapi hati ku berombak.
Kenapa aku perlu tunggu panggilan dia? Sedangkan kami baru je kenal dua hari. Tak, masuk harini tiga hari. Rimas laa, nanti boleh lain otak aku berfikir. Panangan cinta pula jadi nya karang. Taknak!
Abaikan sepenuhnya. Sampai balik ke rumah utama pun, aku taknak jawab panggilan dia. Tak rela diperlakukan macam tu.
*******************
Faqeh pov.Arisha ni kenapa tak jawab call? Entah dah kali ke berapa aku asyik call dia harini. Telefon tak angkat, mesej tak balas. Merajuk kes apa ni? Sorry laa Risha, bukan aku sengaja taknak telefon semalam, aku buat bersebab. Bukan aku lupa juga. Maaf. Selagi aku belum dapat dengar suara kau, selagi tu aku tetap tak henti nak telefon.
Takpe, kita tengok siapa lagi terror!
End, Faqeh pov.
********************
(Back to reality, Zura a.k.a Arisha pov)"Erinnnn.... Jom teman aku pergi makan tengah hari. Aku lapar ni..", rungutku sambil memusing-musingkan badan ku yang letih akibat terlalu lama duduk.
"Apa kes kau nak berlapar bagai ni. Diet ke? Kau ni dah cukup kurus, badan langsing. Apa yang kurang nya?", tak nak temankan aku sudah. Mulut tu diam jelah. Kan senang, tak sakit hati aku! Jangan sampai aku melenting lagi sudah.
"Wei, kau nak temankan aku makan ke tak ni? Tadi pagi aku takde selera nak makan. Sarapan pun aku jamah sedikit je. Kau jangan nak rosakkan mood aku"
"Bukan taknak. Nak sebenarnya. Tapi lebih baik kau keluar dengan dia" sambil tangan menunjukkan ke arah kerusi menunggu ruang depan. Siapa?
Tak tahu. Aku pandang ke depan lah juga. Buat apa dia nak datang sini? Menyemak je aku tengok. Ya, faham-faham jelah, Faqeh. Aku tak pernah bagi tahu dia pun aku kerja kat sini. Ni mesti kerja mama yang bagi tahu! Terkejut tu memang terkejut. Tapi ku sorokkan.
"Malas lah aku nak keluar dengan dia. Lebih rela aku makan sendiri"
"Zura, tak baik tau kau buat macam tu. Kesian aku tengok, dari tadi pagi dah dia duduk kat sana sambil pandang kau. Aku sendiri tengok pun rimas"
"Kalau kau nak, kau pergi lah dengan dia. Aku taknak!"
"Ish. Itu pun merajuk. First time beb aku tengok kau macam ni. Kemaruk bercinta agak nya kau ni"
"Diam. Aku melenting karang"
"Dia ni kalau marah, marah habis. Sampai kan bos pun takut nak berhadapan dengan dia. Sepatutnya, dia yang layak jadi bos. Garang.."
"Aku dengar tu..."
"Hm.. Sorry". Akhirnya mengalah juga si Erin.
Aku mula berdiri sambil barang-barang ku mula ku simpan ke dalam beg kerja ku. Lebih baik cepat sebelum aku terserempak dengan dia. Tapi, malangnya dia sendiri yang datang menghadap aku.
"Risha.. Kenapa call tak angkat?" Walaupun lembut bicaranya, hati ku tetap tergores. Masalah kecik pun di besar-besar kan. Tulah, aku kalau marah, jangan cabar. Faham.
Aku tetap berdiam buat macam angin saja percakapannya, sambil-sambil tangan ku sibuk mengemaskan barang-barang ku.
"Risha..."
- no respond.
"Arisha..."
- Jangan peduli! Ingat ini permainan kau. Mesti lawan.
"Sweety, please stop while I'm tryin to explain"
Ok, aku berhenti. Mata ku lihat tepat di matanya, sambil tangan ku peluk ke tubuh ku. Memang berapi sekarang seluruh badan ku. Nak panggil manja-manja ni buat apa? Aku tak kenal kau lah. Jiran je jiran. Bukan lebih. Kalau lebih pun perasaan kut.
"Ok, Sweety sorry. Look, bukan saya sengaja taknak call awak semalam. Saya ingat. Saya buat bersebab..."
"Sebab apa?" Terus aku memotong percakapannya. Hampir naik seoktaf suara ku. Nasib baik aku ingat, ini tempat kerja aku.
"Cuba ingat balik, apa saya kata kalau tak angkat telefon?"
Ya. Aku ingat!
"Sorry, I got to go" terus aku mengambil beg kerja dan menuju ke pintu hadapan. Nak melarikan diri. Balik lagi bagus.
Masalahnya, aku nak balik rumah mana? Rumah utama jauh berbatu, nak balik flat, memang mencari masalah. Masalah perut aku pun belum selesai lagi. Makin lama dibiarkan, sakit gastrik aku memang datang. Makin sakit. Tercucuk-cucuk rasa perut ku. Aku kena kuat, tahan selama mana yang aku mampu.
"Arisha, please.." Kini digenggam pula pergelangan tangan ku. Terasa sakit tangan yang digenggam, lagi sakit perut yang ku rasa masa ini. Sakit nya pula tak tertahan, aku mula memegang perut tu, akibat menahan sakit. Pening pula menguasai kepala ku.
"Sakit..." Hanya itu yang terluah dibibirku. Tangan ku pula mula memegang pergelangan tangannya, bertukar lepas. Hairan? Itu yang menghairankan Faqeh.
"Please... Sakit..." Akhirnya aku rebah di dakapan Faqeh tanpa ku sedar.
***************
Votes
Read
Comments
YOU ARE READING
Seriously? Boyfriend contract! ✅1️⃣
Teen FictionNama : Nur Zura Arisha bte Hj Zulkarnain Umur : 26 tahun Status: Bujang Kes : "Aku nak cari juga lelaki yang sanggup jadi boyfriend aku! Suka tak suka, aku tetap paksa, sebagai bukti yang aku mahu menolak pinangan terakhir mama!" - Zura Arisha. A...