Bab 45

2.3K 80 3
                                    

Aku perlu mencari ketenangan. Dengan hari yang membosankan, aku kembali bekerja di hari Isnin. Hidup tinggal menumpang di rumah Erin juga panggilan masuk dari keluarga ku abaikan dan membiarkan Erin sahaja yang memberi khabar pada mereka.

Faqeh?

Malangnya tiada balasan. Dia betul-betul lari dari hidup ku. Sejak hari ku menghilangkan diri, tiada langsung berita yang mengambarkan dari Faqeh. Dia benci kan aku ke? Dia memang betul ada hubungan sulit dengan Wafa ke? Asal sebut nama Wafa, memang aku tak senang duduk. Hati ku gusar tak tentu pasal. Benci rasa nya bila kebahagian ku dirampas.

Langkah ku ambil masuk kedalam pejabat bos ku untuk menghantar fail. Setelah salam ku beri kemudian ku mendudukkan diri berdepanan dengan ketua pejabat ku. "Bos.." Panggil ku yang kini memandangnya tanpa respon yang di beri. "Ada kerja luar tak?" Soal ku kemudian.

"Meaning?" Soalnya balik. Bos aku ni, tiap masa sibuk dengan hal wang. Wang keluar, wang masuk, wang negara, wang luar negara, dan segala wang-wang yang ada. Pangkat ku di pejabat ni hampir setaraf dengan nya, dia bos, aku pegawai tertinggi dibawah nya.

"Ada kerja luar negeri tak?" Straight to the point, itu yang aku nak. Mencari ketenangan di negara orang, hilangkan perasaan ku yang kusut dan gusar. Membina jiwa yang baru dan melupakan segala kisah silam termasuk Faqeh. Lupakan dia...

"Nak kursus luar atau buat kerja?" Soalnya lagi sambil mata masih terancap di screen laptop.

"Terserah, yang penting kerja luar" aku tak nak berdalih, lebih baik aku direct daripada aku main tarik tali.

"Good! Memandangkan dah ada orang yang volunteer.." Jawab nya kini sambil kedua tangan disilang ke dada dan menghadap ku. "Aku nak kau terbang ke Singapore uruskan masalah ni.." Fail tebal yang terisi kandungan pengurusan wang mata bagi negara Singapore dan Brunei diserahkan kepada ku.

"Bila boleh pergi?" Soal ku, bererti aku bersetuju. Biarlah aku pergi dahulu mencari ketenteraman.

"Setelah kesemua dokumen yang ni selesai, dan kau boleh hantar ke bank sana. Buat apa yang patut, sama macam yang kau buat di tahun lalu.." Jawabnya. Ya, tiap-tiap tahun aku pergi ke Singapore untuk uruskan hal yang sama. Selain orang lain, memang aku seorang sahaja yang di boleh percayakan seratus peratus.

"Baik.." Jawab ku. Memandangkan dokumen yang ku periksa sebentar tadi hampir siap keseluruhan nya, jadi apa salahnya kalau nak terbang awal? Walaupun dalam keadaan ku sedang berpuasa dan lebaran hampir menjelang tiba.

"Aku nak semuanya berjalan dengan lancar. Tempat tinggal apa semua kat sana, aku uruskan. Sama tempat juga seperti di tahun yang lepas, elaun untuk kerja ni tak payah risau, semuanya beres..." Oh yeah! Tak sabar nak larikan diri jauh-jauh! Bagi surprise kat semua orang tahun ni, aku akan menyambut lebaran kat negeri orang. Bukan nya sekejap kerja aku, mahunya hingga 3 minggu baru selesai urusan ku kat sana nanti.

"Erm.. Ada apa-apa lagi?" Soalku kembali. Dah excited sebenarnya nak lari. Tapi perkara ni bukan boleh dibawa main, aku perlu bagi tahu kat mama papa, diorang perlu tahu. Mungkin inilah masa ku untuk balik ke rumah utama dan mengambil kesemua keperluan ku semula, termasuk keretaku. Harini masuk pejabat tumpang kereta Erin je, nasib baik sama pejabat. Huh!

"Nope. Kau dah volunteer sendiri pun dah cukup. Tak payah lagi aku nak cari orang yang sanggup. Kalau nak terbang sekarang pun boleh, yang penting semua kerja kau buat dengan lancar"

"Great! Nanti aku uruskan tiket penerbangan semua" dengan itu aku berlalu keluar dari pejabat besar bos ku, kembali semula ke tempat asal ku dengan senyuman. Tak tahu senyum apa sebenarnya. Maklum lah, tiket, tempat tinggal, elaun, teksi, semua dah ditetapkan oleh bos aku, biar nak tinggal lancarkan penyelesaian dokumen ni bersama agensi pihak negera sebelah sahaja.

Seriously? Boyfriend contract! ✅1️⃣Where stories live. Discover now