Bab 57

2.3K 64 6
                                    

Pintu rumah utama ku ketuk. Jam 9 lebih malam, aku keluar bersama beg pakaian penting untuk ku pakai malam ni dan esok, selebihnya ku tinggalkan dahulu di kereta, cuma kotak makanan sahaja ku bawa keluar.

"Assalamualaikum, Ma? Pa?" Panggil ku lagi dari luar. Mungkin diorang dah masuk tidur.

Pintu berbuka menampakkan abang Iz, terus ku peluk nya. Tangisan yang ku tahan kini ku luahkan ke ahli keluarga ku.

Aku tahu ini bukan masanya untuk ku menyusahkan mereka, apa kan daya, takdir tidak menyebelahi ku.

"Dik, kenapa ni?" Soal abang Iz ku abaikan sebaliknya pelukan ku eratkan lagi dan menggenggam belakang bajunya.

"Abang, adik j-janji lepas ni si-siapa sahaja yang masuk meminang adik, adik terima dan terus kahwin. A-adik cuba untuk beri sepenuh kasih sayang, adik janji" Tangis ku lagi semakin kuat di ambang pintu rumah.

"Ya Allah, Zura kenapa ni?!" Terus ku beralih dipelukan mama.

"Maa.." lirih hati mama yang mendengar akan esakan tangisan ku. "Bukan Zura yang salah ma, bukan Zura yang curang... maafkan Zura maa..."

"Kamu tak salah Zura, bukan kamu..." usapan tangan mama singgah di kepala dan belakang badan ku.

Aku tak tahu spa yang jadi sekarang ni. Semua nya jadi secara tetiba. Mengapa di saat aku ingin mencapai kebahagiaan, ada sahaja halangan?

Aku membawa beg pakaian ku masuk ke bilik dan terus merebahkan diri ku dikatil. Perit. Memang sepatutnya dari dahulu aku tak terima pinangan nya. Menyesal.

"KENAPA KAU BUAT SEMUA NI?!" Sentakku dengan jeritan abang Iz dari bilik sebelah. Aku pasti mereka sedang berbual.

"Apa motif kau buat semua ni?! Adik aku menangis sampai balik sini kau punya pasal!! Aku ingat kau ni.. sampai hati kau kan..."

Ya sampai hati!!

"Aku nak kau minta maaf!" Ada maaf kah lagi buat nya? Aku dah banyak kali bagi peluang, tapi lihat apa yang jadi. Mana janji nya dahulu??

"APA?!" Tengking abang Iz lagi, terus ku keluar dari bilik dan menuju ke biliknya. Semakin lama ku biarkan, memang tak tenteram hidupnya. Lagi-lagi besok lusa dia akan melangsungkan perkahwinan, tak mungkin terjadi.

"A-abang... biarkan dia" kata ku sambil menangis teresak di pelukannya. "Tiada maaf lagi untuk nya" kecewa, itulah perasaanku.

"Kau dengar adik aku cakap kan?" Soal abang Iz masih di panggilan telefon. "So, nanti kalau kau datang sini, jangan dekat dengan dia. Ini amaran aku!" Terus talian telefon dimatikan.

"Dah.. jangan nangis lagi tau" pinta abang Iz sambil menghantar ku ke bilik. "Alaa adik abang ni, manja laa.." terus dicubit hidung ku.

"Abang, Zura ni tak berhak untuk bahagia ke? Kenapa Zura selalu dapat macam ni? Apa kurang nya Zura dibanding Wafa tu?!!"

"Siapa Wafa?" Soal nya. Pastinya Erin tak pernah buka cerita. Memang abang tak pernah dengar nama ni. Aku yakin.

"Dia datang pejabat tadi, terus tunjuk gambar..." patut ke aku cerita semua ni?

"Lagi?"

"Dia kata... dia... faqeh.. nak kahwin" serius kali ni aku tahan air mata aku. Tak perlu kut untuk aku tumpahkan lagi air mata ku demi jantan tak guna!

"Besok abang jumpa dia, abang pukul muka dia, biar dia rasa sikit..." ugut nya. "Kesian tau adik abang ni, selalu kena tinggalkan hmm.." dicubit-cubit lagi hidung ku.

"Biarkan lah dia tu. Adik taknak fikir lagi. Yang penting adik dah pindah balik tinggal sini, habis dah kontrak kat sana. Puas hati dah"

"Okay. Okay. Tahu lah dia puas hati. Jangan nangis lagi tau. Nanti kita buat surprise untuk adik ramai-ramai" jawab nya.

"Tak payah lah. Menyusahkan jee.." dah reda agaknya jiwa ku. Tapi pening pula rasa.

"Ehh! No! Kita buat surprise nanti, lepas abang kahwin, Okay"

Hmm... ikut jelah.

"Thanks tau"

**********

Setelah solat subuh, aku menyandarkan diri ku di hujung katil. Pening. Itu yang aku rasakan. Tekak ku berasa pedih, mata ku sembab dan hidung ku berhingus. Setiap kali patah hati, memang ini akan terjadi.

Jam di dinding menunjukkan hampir 6 pagi. Telefon ku ambil dan mendail nombor ketua aku, bos.

"Assalamualaikum, bos..." panggil ku didalam talian.

"Waalaikumussalam, awal telefon kenapa?"

"Nak minta mc harini.." tekak ku berasa pedih. Tak bermaya untuk bercakap panjang.

"Kenapa? Demam? Ambil lah sebanyak mana mc kau nak. Aku tolak dari jumlah cuti kau yang tinggal je. Makan ubat, jangan lupa. Pastikan kau sihat minggu ni, nak ada majlis kan? Jangan pula kau yang sakit, menyusahkan orang je..."

"Amboi, pagi-pagi dah kata macam-macam. Thanks bos, nanti dah sihat aku datang kerja. Assalamualaikum"

Salam ku dijawab dan terus ku menutup talian. Telkong yang terpasang kini ku buka dan ku lipat. Habis mandi dan berpakaian terus ku turun ke dapur. Perut aku terasa kosong, mungkin sebab terlalu lemah, air dalam badan berkurangan.

Ubat panadol ku dua biji ku telan dan ku minum bersama air. Buah epal yang berada didalam bekas ku ambil dan ku potong untuk ku bersarapan pagi.

Air panas semua sudah ku buat di salam teko dan ku letak di atas meja. Masih awal pagi lagi untuk kaum keluarga ku bangun. Aku juga tak larat untuk memasak sarapan, hanya ini yang mampu ku buat dengan tenaga ku.

Sekembali ku di ruang tamu besar melihat pelamin putih yang dipasang, cantik. Setitik demi setitik air mata membasahi pipi ku. Tak layakkah aku mendapat kebahagian hidup?

Aku membaringkan diri ku di atas lantai sambil kepala ku letak di atas pentas pelamin. Terimbas kembali perbualan Wafa diminda ku;

"Kau tahu kan yang dia tu cuma nak raih simpati kau. Tapi apa yang kau buat ni? Kau hancurkan hati sendiri! Tak nampak lagi ke yang dia memang cintakan aku.

"Aku tahulah yang kau ni cantik. Tapi secantik kau tak sebanding dengan pemikiran kau. Naive sangat! So, to tell you the truth, dalam tempoh sebulan yang lepas, kami dah rancang semua ni, semua nya berhasil tanpa kau sedar.

"Jadi, kalau kau nak bermadu dengan aku pun aku tak kisah, cause I got him first. First wife, first him, and first for everything. Itu pun kalau kau sanggup nak jadi madu kedua aku lah..

"Hari Sabtu minggu ini akan menjadi hari bersejarah. Dimana majlis perkahwinan akan berlangsung, aku nak kau datang dan hadir pada waktu tu, aku nak tengok muka kau depan mata aku.

"Tapi, kalau kau langsung tak datang, peluang kau tipis. Aku dah bagi warning, kau nak datang, datang. Tak datang, sudah. Jangan menyesal.

"Aku balik dulu, nak ambil baju kahwin, banyak kerja lagi nak dibuat kat rumah. Segala hantaran apa semua lagi tak siap, kecoh aa. Bye assalamualaikum"

"Zura Arisha..."

Sayup-sayup bunyi kedengaran di telinga ku,malangnya ku abaikan. Akhirnya aku tertidur di atas pelamin abang Iz.

*************
A/n: Maaf, boring betul!! Gaduh lagi! Wafa lah gedik sangat! 😤

Votes
Read
Comments
Follow and Shares!

Seriously? Boyfriend contract! ✅1️⃣Where stories live. Discover now