Bab 21

3.2K 111 0
                                    

"Kamu tahu tak perbuatan kamu tu salah" marah ibu.

"Tahu" jawab ku.

"Habis kenapa kamu terpeluk-peluk dia?!" Tengking ibu.

"Maaf bu. Faqeh tak tahu macam mana lagi nak mendiamkan nya dari menangis. Hanya itu yang mampu Faqeh buat"

"Habis tadi pagi kamu peluk dia tu kenapa?!" Marah ibu lagi.

"Er..." Aku termati kata buat seketika. Memang betul aku yang peluk Risha tadi. Tapi, bukan aku tak tahu hukum-hakam. Aku sengaja berbuat demikian tadi mahu mengusik nya. Bukannya nak berpelukan.

"Nasib baik ni ibu yang nampak. Kalau atok nenek yang nampak, habis kamu kena ceramah!" Aku masih tunduk ke lantai. Tiada respon yang ingin ku beri.

"Lagi satu, ibu dengar tadi dia kata 'sewaktu dia bangun awal dan duduk di luar' apa maksud dia? Kamu tinggal serumah ke?" Bagus. Aku suka pertanyaan ni!

"Bukan bu. Kami mana tinggal serumah. Risha tinggal sebelah rumah Faqeh. Sejak dia pindah tinggal di sana lah, Faqeh cuba ambil hatinya" kata ku. Tak tahulah ibu akan percaya ke tak, terserah.

"Ibu nampak kamu sayang kan dia. Kalau sayang, jangan lama-lama. Ibu dengar tadi apa yang dia ceritakan"

"Ibu tak marahkan Risha?" Tanya ku pula.

"Tak. Bukan salah nya. Kamu yang perlu jaga diri. Ibu nampak yang dia tu tahu menjaga badannya. Ibu izinkan kamu peluknya, tapi sesudah berkahwin"

"Ibu terima dia jadi menantu ibu ke?" Ada harapan nampaknya. Masa depan aku cerah. Marah ibu tadi ku abaikan, apa yang akan ku dengar nanti, akan menjadikan ku bersemangat hendak menawan hati Risha lagi.

"Entah. Ibu belum test lagi, tengok lah macam mana" Ibu berdiri dari duduk nya dan terus keluar dari bilikku. Apa yang ku rasa sekarang memang tak terungkap. Risha, orang pertama yang ku bawa pergi berjumpa dengan orang tua ku, kini telah menambat hati ibu. Aku pada awalnya gementar sekiranya ibu tak suka dengan Risha, tapi dilihat dari cara ibu bercakap, ibu suka.

Dah tengah hari, ibu dan nenek juga sudah siap memasak di dapur untuk makanan tengah hari kami. Tapi Risha belum juga bangun dari tadi. Aku agak memang matanya akan bangkung akibat menangis kuat tadi.

"Ibu.." Panggil ku apabila ibu sedang menyenduk nasi ke dalam mangkuk.

"Ya?" Line clear. Di dapur cuma kami sahaja yang ada.

"Risha belum bangun lagi. Dah tengah hari ni, tak ajak sekali makan ke?"

"Pergi bangun kan dia. Bawa dia keluar dan makan sekali"

"Okay bu" terus ku meluru ke bilik Risha. Perlahan ku membuka tombol pintu dan menghendap sedikit ke dalam. Nampak nya dia masih tidur lagi. Ku hampiri ke katilnya, damai rasanya melihat tidurnya yang lena. Tak sampai hati pula nak kacau. Tapi, ibu yang suruh bangunkan, terpaksalah juga. Aku yang mahukan awalnya.

"Risha bangun..." Aku menepuk perlahan lengannya. Ku cuba lagi sekali, masih tiada respon.

"Sayang, dah tengah harini, ibu ajak sekali makan tengah hari" akhirnya kedua kelopak matanya dibuka perlahan. Di pandang nya ku lama mencuba untuk memahami keadaan. Selalu kalau orang lepas menangis, mata akan membengkak. Tapi dia tak, berbalik macam biasa, bagai tiada apa yang berlaku. Magic.

"Ah?" Respon nya.

"Jom bangun, kita pergi keluar. Ibu ajak makan tengah hari" dia mula bangun dan duduk seketika di atas katil.

"Kenapa tak kejutkan tadi. Rasa bersalah pula tak temankan memasak di dapur..." Katanya seakan merajuk.

"Mana I tahu. Dah you lena tidur, mana sanggup I kacau"

Seriously? Boyfriend contract! ✅1️⃣Where stories live. Discover now