Bab 5

5.4K 184 5
                                    

Awal aku bangun harini. Tetiba semalam aku susah nak dapat tidur yang nyenyak. Asyik terfikir tentang rumah baru yang ku beli je. Betul ke apa yang aku buat ni? Selalu aku hidup bertemankan keluarga, ini kan pula aku memilih jalan ku untuk hidup berdikari. Tak sangka misi yang bermain difikiran ku ternyata telah terjadi tanpa ku sedar. 'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'

Aku menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Mata pun masih mamai lagi. Baru pukul 7:30 pagi. (a/n : aik! macam pantun laa pulak😅) bau masakan mama belum ada, jadi pagi ni aku akan mengambil alih memasak sarapan pagi. Aku mula membuat air panas, dituang ke 3 jenis minuman, teh kosong, teh susu dan kopi. Wajib ada ketiga-tiga jenis minuman.

Ku buka peti ais dan mengeluarkan semangkuk nasi lebihan semalam yang belum disentuh, ku keluarkan untuk membuat nasi goreng. Masak simple je, nasi goreng berintikan telur dan pusu kering. Setelah siap masakan yang ku buat ku letak ke dalam mangkuk yang baru dan dihidangkan di atas meja. Nampaknya ahli keluargaku masih belum keluar dari bilik lagi.

Lantas aku menaiki anak tangga menuju ke bilik ku. Lalu, mengambil kesempatan untuk mandi dan menukar pakaian ku sekali gus untuk berjalan nanti ke seluar jean berwarna putih dan blaus pendek ala pinggang berwarna hitam mengikut saiz badan ku tapi tak terlalu ketat, sebab aku menjaga bentuk tubuh ku dengan ke-tidak-keterlaluan berfesyen ala hijabista. Tudung shawl berwarna putih, kemudian ku pakai sebelum hendak berjalan nanti. Kesimpulannya, aku berfesyen harini bertemakan hitam-putih.

Apabila ku turun, mama dan papa sudah berada di tempat duduk nya. Abang Iz, mungkin sudah menjamah sarapan pagi ku tadi. Agaknya sudah pergi bekerja. Lalu, aku menyenduk makanan ke pinggan ku dan ku makan. Begitu juga dengan mama dan papa.

"Sedap kamu masak Zura...", puji mama.

"Thanks ma.."

"Dah boleh jadi isteri orang ni.."

"Ma! Pagi-pagi ni dah mula nak cakap benda tu. Rimas lah ma, Zura tak jadi bawa mama karang, baru tahu", aku pula yang naik emosi tetiba.

"Baru acah sedikit dah melenting. Mama pinangkan kamu awal ni juga baru tahu"

"Dah-dah, naik pening otak abang duk dengar kamu berdua macam ni. Tak baik bising-bising depan rezeki, jom makan", hm.. Setiap kali berlaku macam ni, memang papa lah yang jadi tuan pengadil tengah.

Selesai sesi bersarapan pagi. Aku pergi bersiap dibilikku untuk bersolek dan memakai shawl yang telah ku sediakan tadi. Begitu juga dengan mama dan papa. Abang Iz tak ikut, dia kerja, nanti-nanti dia tahu juga dengan rumah baru aku tuu.

Melihat jam ditangan sudah menunjukkan angka 9 pagi. Lalu aku menuruni tangga dan menuju ke pintu rumah, sempat ku mengambil wedges ku berwarna hitam tinggi 4inch, sama seperti kasut-kasut ku yang lain, semua ketinggiannya yang sama. Kemudian aku memanaskan enjin kereta terlebih dahulu, sebaik sahaja menunggu mama dan papa bersiap.

"Ma.. Pa.. Dah siap?", jerit ku dari luar. Makin lama disini, makin lama lah nak sampai ke rumah ku nanti.

"Ya-ya dah, tunggu kejap".

Mama dah sedia masuk ke dalam keretaku, manakala papa tengah mengunci pintu rumah. Aku menunggu papa, kemudian baru ku masuk ke tempat kereta pemandu ku. Biar aku yang bawa kereta, sebab ni jalan nak ke rumahku. Dibiarkan papa yang pandu, mana papa tahu. Mama duduk didepan, manakala papa duduk dibelakang, macam big boss. Waktu nak jalan ni lah, ada panggilan telefon masuk. Faqeh.

"Assalamualaikum, ye nape?"

"Waalaikumsalam. Ni nak bagi tahu, perabot dah sampai. Biar saya yang buka kan pintu rumah dulu ye. Awak kat mana sekarang ni?"

Seriously? Boyfriend contract! ✅1️⃣Where stories live. Discover now