Masuk hari ni juga aku diserang oleh bebelan mama. Mama... Mama... Kalau sehari tak dengar mama berleter, bukan mama lah namanya! Setiap hari nak dengar perkara yang sama, naik muntah aku, tapi apakan daya, dengar jelaa...
"Kamu ni Zura, umur dah tua, 26 tahun, bila lagi kamu nak cari calon? Dulu kata biar mama yang carikan, dahtu pinangan orang ditolak. Habis nak letak mana muka mama ni hah!", macam CD rosak dah aku dengar tiap-tiap hari mama ulang perkara yang sama.
"Takpe laa ma, Zura tunggu jodoh jatuh dari langit je. Macam kat cerita tv tu, Qushairy jatuh kat depan Nora Danish waktu dia tengah berdoa dalam sembahyang sebab nak jodoh jatuh dari langit..."
"Jangan nak mengada..."
"Kan bagus tuu, nanti malam Zura solat minta-minta jodoh Zura gugur terus terlantar kat depan mata. Elok laa tu, terus je kahwin, tak payah lagi nak dengar mama membebel"
"Hah! Melawan lah tu!"
"Yang benar maa..."
"Bagus! Nanti papa dengar siap kau!"
"Ah! Bagus juga tu ma, boleh papa jadi wali Zura malam tuu"
"Ish. Mama halau kamu keluar dari rumah ni karang baru kau tahu!".
Eh? Diam. Baik aku diam. Kalau aku dihalau, kat mana aku nak merempat? Walaupun duit aku banyak, tak semestinya aku nak membazir hanya sehari menumpang kat hotel! Tak kut kat rumah kawan. Kalau ada yang sudi nak tumpangkan.
Bunyi mama macam dah terdesak jee nak aku kahwin. Tapi kenapa? Kan yang nak kahwin tu nanti aku, bukannya mama. Macam-macam lah mama ni! Dah ramai sebenarnya yang cuba masuk meminang aku, dan setiap pinangan itulah aku tolak. Maaf, aku tak sedia lagi.
Aku nak enjoy kehidupan membujang aku dulu. Nanti, sekiranya aku dah berkahwin, mana aku dapat nak jalan sorang-sorang lagi. Manfaatkanlah masa yang aku ada sekarang ni, sekurang-kurangnya bagi lah aku masa sehingga jodoh aku datang.
Daripada tadi aku asyik tercegat kat depan tv ni, baik aku naik ke atas masuk bilik. Kalau aku buat kerja dari tadi, dah siap dah semua kerja aku. Ini tak, asyik nak jadi mangsa je kalau aku ada kat bawah. Ni yang aku tak suka nya! Asyik-asyik aku jee yang kena.
Tu! Tengok abang Iz, tua setahun pun dari aku, tak juga dibebel oleh mama! Kan sepatutnya dia yang kahwin dulu dari aku, ni tak. Aku juga! Itu dah kira langkah bendul nama nya tuu.. Kalau aku kahwin dulu. Entah-entah ini rancangan abang Iz! Tak ubah perangai nak sakat orang je. Sekejap baik, sekejap baran. Tak fahamlah.
Mungkin orang rumah ni dah tak sayangkan aku kot! Diorang suruh aku kahwin dahtu blah dari sini, baru puas hati diorang. Baik. Kalau macam tu diorang nak, aku keluar dari rumah ni, aku sedia. Sedia nak hidup berdikari. Biar nampak yang aku pun mampu nak tanggung kehidupan aku sendiri, tanpa jagaan mama dan ayah.
Cepat-cepat aku naik ke atas masuk ke bilik ku. Aku nak jalankan misiku. Ya, Misi! Misi nak lari rumah. Dengan itu, aku membuka laptop dan cari kat carian Google flat tumpangan yang ada di kawasan Sengkurong. Senang cerita, aku nak rumah aku dekat dengan tempat kerja. Tak payah lah aku tiap-tiap hari nak bangun pagi membuta bersiap nak pergi kerja awal. Rumah utama ni dah lah terletak kat Kg Serasa, jauh pula nak ke Sengkurong tiap-tiap hari kerja. Hai nasib laa badan...
Hah! Dah dapat. Flat Sengkurong, tingkat 5, kunci nombor 45. Bagus! Tuan milik flat ni kata nak kasi kunci rumah aku hari ni juga kalau tak sibuk. Memandangkan hari ni hari minggu, memang aku takde kerja nak buat. Tengok-tengok gambar tadi pun, memang cantik rumah aku. Rasa nak cepat-cepat jee tinggal kat sana.
Ni kalau mama tau, memang melenting dah. Macam mana aku nak kasi tahu mama nanti, apa kan jadi, jadilah. Biar tunjuk sikit aksi anak dara merajuk lari tinggalkan rumah. Anak dara? Aku anak dara lagi ke? Atau 'andartu'? (Anak dara tua) Cop! Aku taknak dengar dah. Biarlah aku jadi andartu ke apa ke, jodoh tu semua ditangan Tuhan.
Mana tahu, kot-kot aku pindah rumah nanti jodoh sebelah rumah, terjumpa mamat handsome yang matang! Yang tua sikit dari aku. Aku nak pakej sekali termasuk bujang dan ada ciri-ciri 'lelaki mithali'. Esewahh... Berangan nampak. Belum apa terjadi, pipi aku dah memerah.
Hah! Dahtu orang masuk meminang ditolak, lelaki juga kan diorang tu. Tapi, ni fikir pasal lelaki boleh pula tersengih-sengih macam kerang busuk. Kan sama tu lelaki. Hello? Kau ni Zura ikut nafsu ke tengok iman? What!! Tengok iman lah. Aku nak Laki aku nanti ada ciri-ciri 'suami mithali'. Dah tukar suami ok, kalau aku dah berkahwin. Tadi tu yang sebelum kahwin nama masih lagi 'lelaki mithali'.
Aku tengok jam dah menunjukkan pukul 10 pagi. Kalau aku asyik terperap kat rumah ni, tak jalan misi aku. Tak lama lepas tu, aku menukar pakaian ku ke seluar jeans hitam, baru puplem cream disarungkan ke badan dan shawl putih ku lilit di kepala ku dengan bergaya kan tudung hijab, ala-ala fesyen terkini dan disapukan sedikit make-up dan memakai kanta lekap berwarna kebiru-biruan air.
Tangan kiri ku lantas mengambil kunci kereta diatas meja, sekali gus dengan tangan kanan ku mencapai beg tangan sederhana besar untuk memuatkan beberapa barang keperluan ku, seperti make-up, iPhone, tisu, kunci, apa-apa jelah.
Dengan berhati-hati aku menuruni anak tangga dan terserempak dengan mama.
"Ma.. Zura nak keluar, jalan kejap"
"Hah! Dengan siapa? Boyfriend? Pergi mana?", berdas tembakan aku kena.
"Zura jalan sorang je ma.. Takde boyfriend pun sebenarnya, hidup membujang. Ah! Zura dah lambat ni, nak jalan dulu..."
"Pergi mana dulu?"
"Pergi tengok rumah..." Biar jujur sikit, lambat laun tahu juga diorang nanti.
"Rumah? Rumah siapa?"
"Nanti laa Zura kasi tahu, nak keluar dah ni. Assalamualaikum. Nanti Zura belikan sedikit barang dapur juga. Ok".
Lantas tangan mama ku salam, dan mencapai kasut wedges ku bertumitkan 4inch. Lalu, keluar rumah tanpa menghiraukan soalan terakhir mama. Biar berteka-teki dulu.
*************
Votes
Read
Comments
YOU ARE READING
Seriously? Boyfriend contract! ✅1️⃣
Roman pour AdolescentsNama : Nur Zura Arisha bte Hj Zulkarnain Umur : 26 tahun Status: Bujang Kes : "Aku nak cari juga lelaki yang sanggup jadi boyfriend aku! Suka tak suka, aku tetap paksa, sebagai bukti yang aku mahu menolak pinangan terakhir mama!" - Zura Arisha. A...