Bab 18

3.2K 118 0
                                    

Putri yang duduk di dalam kerusi khas di tengah antara aku dengan Faqeh. Putri ni tak banyak kacau macam kanan-kanan yang lain. Cara pemikirannya pula macam orang besar, tak menyusahkan orang lagaknya. Kalau dia nak baru dia berbunyi. 'Mashed potato' yang kami beli tadi ku suapkan sikit demi sedikit ke dalam mulut Putri, sebagai makanan tengah harinya. Aku tak tahu budak-budak makan apa, jadi bagi main tu jelah. Perbuatan ku diselang-selikan dengan Faqeh. Dia juga turut melayan baik Putri.

Memang patut aku perlu percayakan Faqeh. Selama aku kenal dia, dia terlalu baik. Bila aku marah, dia pujuk. Bila aku bosan, dia temankan. Setiap kata-kata yang dikeluarkan membuatkan hati ku berdegup kencang. Apa yang dah jadi dengan diriku? Aku suka dia ke? Kalau aku suka, tak patut aku mainkan perasaannya. Di dalam al-Quran juga telah dinyatakan, 'Sebuah perkahwinan perlulah di percepatkan'. Aku faham maksudnya. Bukan sengaja aku mengelak dari perkahwinan, tapi aku belum bersedia lagi memikul tanggungjawab menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak-anak ku.

Cara perlakuan Faqeh terhadap Putri amat mengenangkan. Dia melayani Putri seperti seorang ayah yang sebenar. Sedari tadi sudah ku sering dengar dia berkata 'Sayang Putri'. Dia juga membelai lembut Putri. Tak kasar. Semua tingkah lakunya menambat hati ku. Semakin hari, aku semakin tertarik dengan cara layanan nya terhadapku. Tak pernah sekali dia berkasar dengan ku. Kalau dia merajuk pun, aku juga yang pergi pujuk. Sebab aku tahu, itu salah ku.

"Sayang, kenapa pandang I lama macam tu?"

"Huh?" Aku pandang dia ke?

"Angan-angan eh?"

"Hm.. Tetiba terfikir, kenapa you baik sangat.."

"Kan I dah kata, I baik sebab I nak jaga you. I suka you. I cintakan you. I nak jaga you macam I sayangkan diri sendiri. Tak baik kalau nak berburuk sangka"

Aku terdiam seketika mendengar setiap bait perkataan nya. 'I cintakan you'. Kalau boleh aku nak menangis sekarang ni. Tapi terlambat, air mataku sudah laju menuruni pipi ku. Akibat terkejut, Faqeh sendiri yang memujuk ku.

"Eh. Kenapa you nangis? I tak kata lain pun" tangiskan ku semakin reda. Tak baik menangis lama-lama. Nasib baik kat tingkat atas ni cuma kami sahaja yang ada. Tak malu aku. Setelah dia membersihkan tangannya di sinki, dia mula berpindah duduk disebelahku.

"Kenapa you nangis tetiba? You tak buat salah pun" cuba nya memujuk.

"I rasa.. Bersalah... Sebab.. Mainkan.. Perasaan you" tersedu-sedan ku menuturkan. Rasa sebak ku terpaksa ku kawal. Mahunya aku menangis banjir pula nanti.

"Lah. Itu je ke? Tak perlu lah nak rasa bersalah. I akan tunggu keputusan you. Apa-apa yang terjadi I terima, ya"

Air mata ku jatuh buat kali kedua. Kenapa aku emosi sangat harini? Kalau aku terima dia, mungkin aku boleh bahagia. Kalau aku tolak permintaannya, aku juga yang rasa bersalah. Kenapa perasaan ni muncul semula? Baik aku bawa sembahyang istikharah nanti. Minta petunjuk lagi, apa sebenarnya yang ku rasa.

"Dah, berhenti menangis. Tak cantik kalau you menangis lama-lama" kata nya sambil memeluk tubuh ku. Tanpa tak sedar, ku relakan perbuatannya. Tangisan ku pun semakin reda.

"I love you dear..." Bisik nya lagi di telinga ku. Sesuatu perasaan yang terjentik dihati, mampu mengubah sikap ku.

I love you too...

Hanya mampu di dengar di dalam hatiku.

***************

Persekitaran yang penuh dengan orang ramai. Menghantar anak ke luar negeri dengan perasaan yang bangga. Mulai saat ini, aku akan mulakan hidup baru. Ya, hidup sebagai remaja yang berpendidikan dan berkualiti. Aku bersyukur sangat mendapat biasiswa kerajaan menghantar ku ke United Kingdom bagi melanjutkan impian ku. Perkara yang ku idam-idamkan sedari dulu, kini telah berada di tangan ku. Sebentar lagi aku akan berlepas.

Seriously? Boyfriend contract! ✅1️⃣Where stories live. Discover now