Zura Arisha.
Cis! Aku kena lari lagi ke malam ni?! Benci nya! Kalaulah aku tahu perkara ni akan berlaku, aku takkan pernah berjumpa dengan dia ni, aku takkan pernah bertunang dengan dia dan aku takkan pernah anggap semua ni berlaku.
Kenapa disaat aku ingin mencapai kebahagian, selalu sahaja ada dugaan yang datang. Ya Allah, ini kah dugaan yang ku hadapi? Aku tak tak sangka semua ni akan berlaku, betul kah perhubungan ku dengan Faqeh ini adalah yang telah ditetapkan?
Aku semakin meragui dengan hati ku, aku tak tahu kenapa aku ego sangat, sedangkan perkara ni boleh dibawa berbincang.
Alarm set iPhone ku berdering sekali lagi menandakan masuk jam 3:35 pagi. Bangun ku dari baringan terus ku keluar bilik, masuk ke tandas. Kemudian, ku ketuk pintu abang Iz menyuruhnya bangun tidur. "Pakai tudung dik!" Jerit abang Iz dari dalam.
Kenapa mesti pakai tudung? Selalu kalau dirumah sini elok je aku tak pakai tudung. Aku ikut jelah apa yang dia kata pakai tudung. Pakai tudung simple je, hajra. "Abang! Cepat turun!" Jerit ku kembali semasa ku menuruni anak tangga.
"Maa.." Panggil ku apabila mama sedang memanaskan masakan lebihan sungkai tadi. Nasi, daging rendang, gulai sayur dan udang rebus, serta air putih dan jus oren dan kurma. "Banyak nya lauk maa. Kita makan berempat je pun" dalih ku.
"Jangan banyak tanya! Sediakan lima pinggan sudu juga cawan. Jangan lupa!"
"Kenapa lim-"
"Cepat! Nanti kita lewat makan pula"
"Yelah.." Mama ni kan, kalau aku tak habis bercakap memang tak sah. Ada saja nak potong ayat aku. Seusai ku menyediakan kesemuanya, termasuk lauk terhidang di meja, lalu ku pergi ke muka pintu dapur memanggil ke semuanya untuk makan.
Macam biasa, aku duduk di tempat ku. Mama dan papa juga sudah duduk di tempat masing-masing. Abang Iz... What?! Lantas ku berdiri untuk meninggalkan meja makan, malangnya papa terlebih awal menegah ku. Cis! Buat apa dia kat sini?!
Dengan rasa marah ku yang masih tersisa, ku gagah kan juga diri ku untuk duduk semula di kerusi ku. Abang Iz pula memberi ruang untuk faqeh duduk bersebelahan dengan ku, manakala dia duduk disisi papa.
"Abang minta maaf" bisik nya pantas di telinga ku. Minta maaf? Ingat maaf ni boleh mengubah semula ke?
"Papa tak tahu apa masalah kamu berdua-" Betul! Sepanjang makan kami semua, keadaan sangat sunyi dan tegang. Semua nya kerana aku bermasam muka. Wajarlah kan kalau aku nak marah, sebab dia ada perempuan lain! "Zura... Mind to share?" Soal papa pula. Entah lah aku nak buka cerita ke tak?
"Sorry pa, Zura takde mood" dengan itu aku berdiri tapi terduduk semula setelah ditarik duduk! "Sakit lah!" Marah ku, dah dia yang tarik tangan aku, memang lah sakit.
"Habis kan makan, nanti sakit" jawabnya, Faqeh. Oh! Bila sakit baru lah nak ambil peduli, aku sakit hati bukannya dia nak tahu pun! Cis! Benci nya!
Katanya ku abaikan, sebalik nya aku berdiri semula dan mengambil pinggan ku ditangan dan terus menuju ke sinki. Aku makan pun tak habis, tak berselera rasanya, cukup ku makan kurma dan minum air pun dah memadai bagiku. Biarlah aku makan sedikit, yang penting aku masih bertenaga.
"I said sorry" cuba nya lagi, yang kini ku sedang membasuh pinggan ku. Aku nak lari masuk ke bilik awal, kalau boleh, nak masuk kerja juga awal pagi ni.
Mama papa juga abang Iz hanya memerhatikan perlakuan ku. Bukan mereka tak tahu perangai ku macam mana, setiap kali aku marah atau merajuk, lepas tiga hari baru aku okay. Ini kan lagi, masalah kami. Susah aku nak tangani.
YOU ARE READING
Seriously? Boyfriend contract! ✅1️⃣
Teen FictionNama : Nur Zura Arisha bte Hj Zulkarnain Umur : 26 tahun Status: Bujang Kes : "Aku nak cari juga lelaki yang sanggup jadi boyfriend aku! Suka tak suka, aku tetap paksa, sebagai bukti yang aku mahu menolak pinangan terakhir mama!" - Zura Arisha. A...