Hm... Nak buat apa pagi ni eh? Bosan lah pulak. Ibu dan yang lain belum keluar bilik lagi ni. Takpe lah, aku letak dulu tuala ni kat bilik dan keluar semula dengan iPhone ku. Nak cari service di keliling sudut, mana tahu nasib aku pagi-pagi ni.
Dah dapat, aku check whatapps memang banyak yang text aku. Minta maaf lah tak dapat nak layan semua sebab service takde. Jadi aku mengambil masa ku cepat-cepat membalas kesemua text ku.
Pintu rumah ku buka supaya udara segar dapat masuk dan ku berdiri sekejap di beranda luar. Tapi hairan lah, ada sebuah kereta yang tidak ku kenali tersedia terparkir di halaman rumah. Aku intai-intai sedikit memang ada orang didalam nya, dan ianya lelaki. Opps! Dia tengok aku balik. Macam kenal, ye ke?
Perlahan pintu kereta tersebut berbuka dan keluar pemandu tersebut. Aku masih memerhatikannya, apabila kaca matanya di alihkan, dia memandang ku dengan senyuman. Aku masih ingat lagi dengan senyuman itu. Perlahan dia menghampiri ku dan menyapa ku.
"Assalamualaikum" salamnya ditujukan ke arah ku. Dan aku mula gugup. Tak tentu arah.
"Waalaikumsalam" jawap ku sekilas.
"Zura kan?" Tanya nya pula.
"Ya" pandangan mata ku alihkan, tak selesa aku dengan renungan matanya.
"Awak buat apa kat sini?" Soalnya lagi.
"Saya... Er..."
"Dia ikut aku" jawab Faqeh pula bagi diri ku.
Ku lihat ke arahnya dan dia sudah pun berpakaian dan sama warna dengan ku. Sengaja lah tu! Baju kami berwarna kelabu. Aku berbaju tshirt tangan panjang, manakala dia tshirt biasa bagi lelaki.
"Hey bro! Lama tak jumpa" tegur nya pula.
"Ya, dah lama kita tak jumpa. Kau apa khabar Riz?"
Ya, namanya adalah Fariz. Aku masih ingat lagi. Dia lelaki pertama yang ku idamkan sewaktu di tingkatan enam dahulu. Pemuda yang kacak diantara sepuluh yang terbaik di sekolah, peramah, bijak, baik hati, atlet, pengawas, tinggi, kesemua ciri-ciri lelaki idaman ada pada dirinya. Kalau di ingatkan balik kisah lama ku, memang erm... Malas nak ungkit balik.
"Aku baik-baik jelah. By the way, Zura ni apa kau?"
"Eh! Kau kenal dia ni?" Pandangan nya dialihkan kepada ku dan aku membalas balik pandangan nya. Aku tak tahu apa yang dia fikirkan.
"Kenal, dia ni.." Kata Fariz.
"Takde pape" pintas ku pula. Taknak ungkit balik kisah lama.
"Sayang..." Tegur Faqeh. Hurm.. Meremang bulu roma aku dia panggil macam tu. Depan Fariz lah juga dia nak kata macam ni kan!
"Sayang? Ada sesuatu yang aku tak tahu ke?" Tanya Fariz lagi.
"Dia ni bakal isteri aku, InshaAllah kalau ada jodoh" dan sebuah senyuman diberi kepada ku.
"Erm.. Er.. Masuk dulu lah" kata ku pula. Masih nak mengelak. Biarlah diorang bersembang di luar tu.
Setiba ku didalam rumah, ibu dan abah sudah pun berada di meja makan. Kelibat atok nenek belum pula kelihatan, tak lama lagi bangun lah tu agaknya.
YOU ARE READING
Seriously? Boyfriend contract! ✅1️⃣
Teen FictionNama : Nur Zura Arisha bte Hj Zulkarnain Umur : 26 tahun Status: Bujang Kes : "Aku nak cari juga lelaki yang sanggup jadi boyfriend aku! Suka tak suka, aku tetap paksa, sebagai bukti yang aku mahu menolak pinangan terakhir mama!" - Zura Arisha. A...