Bab 7

4.4K 163 0
                                    

Faqeh pov.

"Arisha... Risha" aku cuba untuk menepuk-nepuk tangannya. Lebih malang lagi, dia langsung tidak sedarkan diri. Pengsan. Melihat keadaan keliling, aku mula menjadi cemas. Mujur kawan kerja Arisha datang menyelamatkan keadaan.

"Wei. Zura kenapa ni? Pengsan. Kau buat apa kat dia hah sampai macam ni!?"

"Manada aku buat apa-apa. Tetiba dia menyerang sakit, dah tu rebah"

"Dah, papah dia naik kereta. Kita bawa pergi hospital, sakit dia dah datang balik"

"Ok". Aku mengangkat Arisha ke dakapan ku, menuju ke kereta. Diikuti dengan kawan nya, setelah meminta izin keluar membawa Arisa ke hospital. Aku rasa macam bersalah, disebabkan aku dia jadi macam ni. Kalaulah, 'kalau' aku tak sengaja tak telefon dia semalam, tak kan jadi benda ni. Ni semua salah aku. Ya, salah aku.

Sebaik sahaja tiba di rumah sakit, terus Risha dibawa ke wad emergency, kawan nya yang beriak tenang lebih menakutkan aku. Walhal, ini semua aku punya pasal.

"Awak. Sape nama?", pertanyaanku ditujukan ke rakan sekerja Arisha, a.k.a Zura.

"Erin. Dan kau?"

"Aku Faqeh. Kenal dengan Risha? I mean Zura"

"Zura sakit gastrik. Tadi kata nak ajak aku makan tengah hari. Lepas je aku tunjuk kau lebih berhak, sebab aku perhatikan kau lama menunggu Zura habis bekerja, naik rimas aku. Zura pula naik melenting. Kau ni boyfriend dia ke? First time aku tengok, Zura dengan lelaki"

"Sorry, kalau disebabkan ni, Zura masuk hospital. Aku lebih kenal siapa Zura sebenarnya. Biarlah aku sendiri yang cakap nanti, tolong rahsiakan. Dah berapa kali Zura masuk hospital?"

"Adalah juga 4/5 kali tahun ni termasuk harini. Sakit dia tu teruk. Tak makan sikit boleh jatuh sakit, tapi badan langsing. Pandai dia jaga badan", hmm.. Aku sedar itu.

"Tunggu kejap, aku nak call mama Risha. Inform diorang, Zura masuk hospital"

"Kau ni kejap panggil Risha kejap panggil Zura. Pening aku"

"Risha is only for me. While Zura, inform of you guys". Kena ingat tu.. Dua perbezaan yang ketara.

Lalu, aku mencapai beg tangan Risha yang ku pegang sedari tadi. Ku buka isinya untuk mendapatkan telefon bimbit nya. iPhone 7, kaya dia ni. Mahal beb nak beli! Terus sahaja aku menekan punatnya dan mencari nombor telefon mama nya. Nasib baik dia tak lock telefon, senang kerja aku.

"Assalamualaikum, ma"

"Waalaikumsalam. Aik? Kenapa suara anak mama ni jadi lelaki?"

"Sorry ma, ni Faqeh. Zura masuk hospital. Datang sini cepat. Dia di wad emergency sekarang, kalau boleh bawa sekali baju salinan Zura nanti. Mana tahu dia kena tahan. Kawan Zura si Erin kata, dia gastrik. Mama cepat datang ye. Hospital Ripas"

"Alah Zura ni. Mesti ada yang tak kena ni. Yelah mama cepat datang".

Talian ku matikan. Aku fikir, lebih baik aku yang jaga Risha malam ni kalau dia kena tahan. Sebagai ganti aku telah memainkannya. Sebab telefon pun dia boleh jadi macam ni.

Sejam lebih kemudian, mama papa Zura tiba di hospital. Zura ditempatkan di dalam bilik wad persendirian, ini aku yang minta agar Risha a.k.a Zura senang nak berehat, tak bising macam diluar. Doktor dah tahan dia disini, tengok sampai keadaannya sihat nanti baru boleh keluar. Cuti laa dia, aku pun cuti. Cuti ku nak kena jaga dia lah ni.

Erin dah lama balik ke tempat kerja, dibiarkannya aku yang menjaga. Kata nya, lebih baik aku yang jaga. Perkara ni pun terjadi pun sebab aku. Garang.

Seriously? Boyfriend contract! ✅1️⃣Where stories live. Discover now