Bab 46

2.1K 75 0
                                    

Izkandar pov. (Abang Iz)

"Sayang.." Panggil ku ke arah Erin, tunangku.

"Ya?" Jawabnya yang kini sibuk dengan melipat baju ku yang terbiar di dalam bakul. Bagus, ada ciri-ciri isteri idaman. Beruntung aku.

"Abang tanya sayang kena jawab dengan jujur eh.."

"Depends on the questions.."

"Main-main pulak dia ni-"

"Manada sayang main-main" pintasnya. "Apa dia?"

"Zura hari tu tinggal rumah sayang kan?"

"Ya. Kenapa?" Baik.. Masih dengan kerjanya. Tengok aku pun tak. Bukan selalu nak dating macam ni.

"Kenapa sayang tak bagi tahu abang?"

"Erm.. Dia yang mintak" berahsia pula dia ni. Aku tanya betul-betul, boleh pula dia nak berahsia lagi tadi suruh jawab dengan jujur, depends katanya.

"Diorang-"

"Diorang putus bertunang ke?" Soalnya lagi seraya menghentikan ku. Memang itu soalan yang akan ku tujukan.

"Itu yang abang nak tanya tu" curiga punya pasal aku nak tanya juga. Hari tu Zura tetiba balik malam kat sini, diikuti Faqeh yang tetiba datang juga tapi berlainan kereta.

Waktu sahur tu lah yang aku tak faham sebenarnya, nampak macam bergaduh, seorang pun tak buka mulut nak bagi tahu. Alang-alang tunang aku pun rapat dengan Zura, adik aku yang kuat merajuk ni, lebih baik aku tanya dia direct. Tapi ni pun macam masalah juga!

"Dia ada cerita apa-apa ke?" Soalku. Mustahil dia tak cerita apa-apa. Aku kenal perangai dua orang ni. Baru acah sedikit, terus bagi tahu. Taknak simpan rahsia sorang-sorang.

"Entah" jawabnya sepatah. See? Betul kan kata aku. Dengan tunang sendiri pun nak berahsia. "Abang nak tahu sebab apa? Sayang tak tahu sangat pasal dia. Dia pun tak banyak bagi tahu. Yang sayang tahu, dia nak tenangkan diri dulu" ujarnya.

"Abang tak faham sebenarnya apa yang diorang dua tu nak. Sekejap okay, sekejap tak. Takkan lah sayang tak tanya dia juga?"

"Kalau sayang paksa dia cerita, nanti keluar marah dia. Gaduh pula kami jadinya" what? Dia sendiri pun takut dengan adik aku ni? Kuat betul laa panangan adik aku ni! "Dah lah. Sayang dah habis lipatkan baju abang ni, pemalas!"

"Ai! Manada pemalas, nasib sayang lah datang sini terus lipatkan, siapa suruh" perli ku.

"Eleh!! Itu kira nasib lah. Kalau tak-"

"Apa?"

"Ahh?"

"Sayang.. Jom dating" pinta ku seraya menukar topik. Kalau dibiarkan dia melenting, aku pula yang tak dapat.

"Taknak. Kurang pahala"

"Alah... Dating sekejap jee.." Pujuk ku lagi. Bukan apa, kami bukannya selalu keluar kot! Baru kali ni kami berkesempatan untuk berjumpa tanpa sengaja.

"Dating nak buat apa? Bukan ada apa-apa pun. Kurang pahala adalah!" Cebik nya lantas bangun dari katil ku.

"Wei! Sayang stop. Okay" berhenti pun, "kita bincang pasal barang kahwin nak?" Cadang ku. Daripada aku buang masa nak layan buat Pickupline kat dia, baik fikirkan pasal kahwin ni.

Maklum laa, selepas raya majlis kami pula berlangsung. Bukannya senang nak dikerjakan, tempah ini lah, itulah. Rumah pun belum ku kerjakan. Apatah lagi raya yang lagi seminggu ni, tak tahu aku apa yang jadi.

Seriously? Boyfriend contract! ✅1️⃣Where stories live. Discover now