BAB 3

4.9K 219 0
                                    

LIMA TAHUN KEMUDIAN..

MARLYANA menolak pintu kaca butik pakaian pengantin miliknya.Butik ini sudah hampir tiga tahun beroperasi dan pelanggannya semakin bertambah pada setiap hari.

Nur Marlyana Umaira,siapa sahaja yang tidak kenal dengan usahawan wanita muda yang berusia 22 tahun ini? Sejak dari pembukaan butik pengantinnya,namanya dikenali di kalangan bakal-bakal pengantin di sekitar kawasan itu.Selain dari memiliki sebuah butik baju pengantin,Marlyana juga merupakan seorang perancang perkahwinan.Dia mengambil tempahan pelamin untuk majlis akad nikah,
perkahwinan,pertunangan ataupun majlis hari lahir.

"Assalamualaikum", sapa Marlyana pada Aqish,rakan baiknya dari sekolah rendah dan merangkap assistant nya di dalam butik itu.

Aqish yang sedang menyusun gaun pengantin ke dalam almari segera menoleh.Dia melemparkan senyuman buat sahabatnya.

"Aihh.. awal pula kau sampai hari ni?",

Marlyana tersenyum sambil menuju ke mejanya yang terletak di suatu sudut."Hari ni aku semangat sikit nak datang butik.Entah apa lah yang rasuk aku malam tadi", katanya sambil membelek penampilan diri di cermin besar di tepi dinding.Sebagai seorang perancang perkahwinan,dia perlu menjaga penampilannya.
Tambah lagi kebanyakan pelanggannya datang daripada keluarga yang berpangkat Dato dan Datin.

"Kena rasuk dengan hantu raya agaknya.Selama ni tak pernah-pernah pula kau datang awal.Selagi tak terpacak matahari atas kepala,selagi tu batang hidung kau tu ghaib", Aqish duduk di kerusi hadapan meja Marlyana.

"Alah kau ni.. sesekali aku nak datang awal,apa salahnya?",

Aqish hanya mencebik bibir sebelum dia bangun dari duduknya dan bergerak ke arah ruang santai.

"Oh ya,hari ni kau ada meeting dengan 'mak angkat' kau tau",

Marlyana yang mendengar Aqish berkata begitu segera mengangkat mukanya."Alah wehh.. aku ada meeting dengan dia ke hari ni?",

Aqish mengangguk sambil tersenyum mengejek manakala Marlyana pula mengeluh panjang.Habislah.. baru dia nak rasa aman tadi.Kalau tahu macam ni,lebih baik dia datang lewat.

DATIN MAIMUN dipandang dengan senyuman kecil.Datin Maimun merupakan pelanggannya.Tak tahulah nak cakap pelanggan tetap atau tidak tapi wanita lingkungan pertengahan 50 an itu seringkali datang ke butiknya untuk membuat tempahan.Tiga bulan lepas,dia membuat tempahan untuk majlis hari lahir cucu sulungnya dan kali ini katanya untuk majlis perkahwinan anak bongsunya pula.

"Anak bongsu Datin tak datang sekali ke?", soal Marlyana lembut.

" Tak.. busy katanya.Maklumlah dah nak kahwin kan.Design haritu saya dah bincang dengan Yana kan?",

Marlyana segera mengangguk sambil mencatit sesuatu di atas buku notanya.

"Oh ya,Datin order kek dari Yana kan?",

"Hah,iya.. pasal kek tu.Saya tak kisah nak buat kek macam mana sekalipun tapi yang penting kek tu mesti Chef Adrian yang buat",

Marlyana berhenti menulis.Wajahnya hairan memandang Datin Maimun.

"Chef Adrian? Siapa tu?",

" Yana tak kenal? Chef popular macam tu pun tak kenal?",

Marlyana segera menggeleng.Tak pula dia kenal mana-mana Chef lelaki yang bernama Adrian.Chef lelaki yang dia kenal pun cuma Chef Wan,Chef Ismail dan Chef Adu.Itu je lah.

"Chef Adrian tu memang popular dekat kawasan ni.Kek dia memang sedap gila.Semua masakan pastri dia memang tak pernah mengecewakan pelanggan.Jadi saya nak Yana tempah kek kahwin anak saya dekat Chef Adrian.Kalau kek lain saya tak nak",

Crush Untuk Mamat 'O.K.U'✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang