BAB 20

3.6K 195 3
                                    

DUA minggu sudah berlalu dan dalam tempoh itu jugalah dia tidak pernah berjumpa dengan Adrian lagi selepas kejadian di cafe milik lelaki itu.
Biarlah.. dia akan berjumpa dengan Adrian bila sudah tiba masanya nanti.

Sekarang ini yang bermain di fikirannya cuma bagaimana dia nak belajar membuat kek sedangkan seumur hidupnya dia tidak pernah langsung membeli oven.Apatah lagi membuat kek.Dia pula tiada sesiapa unuk bertanyakan tentang hal ini.

Kalau Abang Muz,lelaki itu hanya tahu masak makanan berat saja.Manisan memang ke laut juga.

Aqish?

Aqish tu lagi parah.Masak maggie je yang dia tahu.Masakan lain,hm.. tak payahlah.Takut meletup Selangor je nanti.

Habis siapa lagi yang dia ada?

"Hah!!", sergah seseorang dari arah. belakangnya.

Terhenjut bahu Marlyana kerana terkejut dengan sergahan tiba-tiba itu.Dia menoleh segera ke belakang dan ternyata Razif sedang memandangnya dengan sengihan di wajah.

" Sejak bila awak pandai main sergah saya ni?",

Razif tertawa halus.Dia mengambil tempat di hadapan Marlyana.

"Saya tengok awak jauh sangat termenung,itu yang saya sergah sebab kalau saya panggil pun belun tentu awak sedar", jawab Razif.

" Awak fikir apa ni? Macam ada masalah je saya tengok",

Marlyana diam.Kemudian dia terfikir sesuatu.Apa kata kalau dia minta tolong Razif saja?

"Saya nak tanya awak sikit boleh tak?",

" Tanya je lah.Apa dia?", soal Razif.Sekarang ini mereka berada di sebuah restoran western di Sunway Pyramid.

"Awak pandai buat kek tak? atau awak ada kenal sesiapa yang pandai buat kek?",

Razif berkerut hairan.Aihh.. rasanya ni kali pertama ada orang bertanya soalan seperti ini kepadanya."Kenapa awak tiba-tiba tanya ni?",

"Alah.. awak jawab je lah soalan saya dulu",

"Hm.. saya memang tak pandai buat kek tapi kalau kakak saya tu pandailah.Dia memang ada buka online business,dia jual kek.Kenapa ye?", soal Razif sekali lagi.Tiba-tiba je Marlyana tanya.Dia pun hairan.

Marlyana menarik senyum ke telinga.Bingo!!!

" Kalau macam tu,boleh tak saya nak minta tolong kakak awak ajarkan saya buat kek? Satu jenis kek pun jadilah.Asalkan saya tahu macam mana nak buat kek",

Dahi Razif semakin bertambah kerutan."Boleh tu boleh cuma.. kenapa awak nak belajar buat kek pula? Awak nak masuk pertandingan apa-apa ke?",

Marlyana menggeleng.

"Habistu?",

Nafas panjang ditarik sebelum dia membuka cerita yang sebenar pada Razif.Lelaki itu setia mendengar luahan hati Marlyana.

" Ohh.. jadi awak terimalah syarat dia tu?", soal Razif sebaik sahaja Marlyana selesai bercerita.

"Saya tak ada pilihan.Saya memang cintakan dia jadi saya nak buktikan pada dia",

" Tapi awak sedar tak yang awak kena paksa diri awak buat perkara yang awak tak suka?", Bukan Razif tidak setuju dengan keputusan Marlyana,
cuma takkanlah sampai macam tu sekali? Tiada cara lain ke?

"Saya sedar tapi setakat makan manisan macam kek atau tart atau sebagainya,bagi saya tu tak ada masalah.Lagipun takkanlah saya nak habiskan hayat hidup saya tanpa makan manisan langsung,betul tak?",

Razif mengeluh perlahan.Kalau itu yang dikatakan oleh Marlyana,apa yang boleh dia buat? Lagipun dia siapa je.

"Awak betul-betul cintakan dia?",

Crush Untuk Mamat 'O.K.U'✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang