TELEFON bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.Campur kali ini,sudah masuk kali yang ke 34 dia mendapat panggilan dari nombor yang sama.Aina mendengus sebelum panggilan tersebut dijawab.
"Hello! Kau nak apa lagi?!", tengking nya pada si pemanggil di luar talian.
" Oii bodoh! Kau tak payah nak marah sangat,boleh tak? Sekarang ni,aku nak hak aku!", suara garau itu menaikkan oktaf suaranya.
"Hak apa?! Aku dah bagi kau seratus ribu haritu,jadi apa lagi yang kau nak? Bodoh!", Aina semakin marah dengan pemanggil lelaki yang dia cukup kenal itu.
"Aku nak kau! Aku nak kau kahwin dengan aku!",
Aina tergelak sinis."Kahwin? Kau cermin diri dulu boleh tak? Kau tu dahlah bapak ayam! Pastu bekas banduan! Kau ingat aku nak kahwin dengan kau?!", Aina memeluk tubuh.
" Herh! Kau ni perempuan jenis apa ye? Masa kau hampir-hampir kena tangkap dengan polis sebab kes langgar lari tu,kau merayu minta tolong aku! Sekarang kau layan aku macam sampah! Macam sial tahu perangai kau!",
"Itu bukan salah aku! Kau tu yang bodoh sangat sebab percayakan aku! Kau ingat aku hadap sangat nak minta tolong kau kalau bukan sebab aku terdesak? Herh! Jantan tak malu! Sedar diri kau tu sikit!", talian dimatikan.Telefon bimbitnya dicampak di atas katil.
Sungguhpun dia berani menengking lelaki itu,tapi hakikatnya dia sendiri gerun untuk berhadapan dengan Adi,lelaki yang menelefonnya seketika tadi.Adi merupakan bekas teman lelakinya suatu ketika dulu.Kira-kira setahun sebelum dia bertemu dengan Adrian.
Mereka saling cinta pada awalnya tapi bila dia dapat tahu Adi mencari pendapatan dari hasil yang haram dan merupakan seorang bekas banduan,terus dia memutuskan hubungan dengan lelaki itu.Bertahun-tahun mereka terpisah tapi selepas dua tahun kematian Adrian yang berpunca daripadanya,pihak polis dapat mengesyaki perbuatannya oleh kerana ada beberapa orang pekerja di cafe Adrian yang merupakan saksi di atas perbuatan membunuhnya.Jadi disebabkan terdesak,dia meminta bantuan Adi kerana lelaki itu memang mahir bab-bab menipu pihak berkuasa.
Beberapa perkara dilakukan dan kes ditutup.Sangkanya dia akan bebas begitu saja tapi Adi menuntut wang seratus ribu ringgit sebagai upah dan satu lagi,Adi mahu mengahwininya pula.Gila sungguh! Siapa nak kahwin dengan lelaki macam tu?
Beep!
Telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas pula masuk.Dia mengambil semula telefon bimbitnya yang ducampak di atas katil tadi.
From : Adi
Kau akan tahu balasannya,Aina!
Aina mengigit bibir bawah.Apa yang perlu dia lakukan sekarang? Adi ada banyak konco-konco jadi sudah pasti dia tidak dapat lari ke mana-mana.Nak buat report? Nanti silap-silap dia pula yang dimasukkan ke dalam penjara kerana kesalahannya.
Jadi apa perlu dia buat? Kahwin dengan lelaki tu?
Herh! Mati hidup balik pun dia tidak akan berbuat demikian.
KAMU SEDANG MEMBACA
Crush Untuk Mamat 'O.K.U'✔
Novela JuvenilNur Marlyana Umaira,seorang perancang perkahwinan dan juga seorang yang benci pada makanan pastri terpaksa bekerjasama dengan seorang lelaki a.k.a pemilik cafe Je T'aime demi melayan kerenah pelanggan cerewetnya,Datin Maimun.Pertemuan pertama yang d...