SELEPAS makan malam,Makngah dan Marlyana sedang sibuk membersihkan meja makan di dapur.Makngah sedang mencuci pinggan mangkuk manakala Marlyana sedang mengelap meja.Muzaffar dan Adrian pula terus ke ruang tamu sebaik sahaja selesai makan malam.
"Yana dah lama ke kenal dengan Adrian?", soal Makngah memecahkan kesunyian pada malam itu.
" Hmm.. ye lah kut", jawab Marlyana acuh tak acuh.Sesekali dia mengerling pada Adrian dan abangnya yang sedang galak berbual di ruang tamu.Entah apa yang dibualkannya sampai kedua-dua mereka bergelak sakan.Kadang-kadang Adrian tersenyum sipu apabila Muzaffar membuka mulut.Mungkin saja abangnya sedang mengusik lelaki itu.
"Dari zaman sekolah?",
"Hmph,tapi dia tak layan Yana pun masa sekolah dulu.Punyalah Yana ambil berat pasal dia tapi dia buat Yana ni macam tunggul kayu je masa tu", luah Marlyana sambil tangannya semakin laju mengelap permukaan meja dengan kain lembap.
" Oh iya? Dia tahu ke Yana suka dia masa tu?", Makngah semakin tertarik dengan kisah cinta anak buahnya.
"Entahlah.. tapi takkanlah dia tu blur sangat sampai tak tahu yang Yana ni simpan perasaan dekat dia,kan? Jadi Yana rasa dia tahu yang Yana sukakan dia cuma dia tak balas",
Makngah mengangguk faham.Setelah selesai mencuci pinggan mangkuk di dalam sinki,dia menarik kerusi di meja makan dan punggungnya dilabuhkan di situ.
" Makngah bukan apa,tapi Yana ada cakap semalam yang Adrian tu dari kelas Pendidikan Khas,betul tak?", soal Makngah dengan nada suara perlahan.Takut juga dia kalau Adrian terdengar dan mungkin akan mengecilkan hati lelaki itu.
Marlyana mengangguk.Dia juga turut menarik kerusi di hadapan Makngah.
"Tapi Makngah tengok Adrian tu okay je.Tak nampak macam dari kelas Pendidikan Khas pun? Cuba Yana tengok,luaran dia dah macam lelaki normal.Lepastu cara dia layan orang tua pun okay,dia baik dan berbudi bahasa.Senang cerita,tak ada langsung ciri-ciri Adrian tu dari kelas Pendidikan Khas", ujar Makngah dengan segaris senyuman sambil matanya memerhati Adrian dari dapur.
" Luaran dia memanglah macam lelaki normal.Cara dia bercakap pun memang okay.Boleh dikatakan dari segi fizikal,dia memang macam seorang lelaki biasa",
"Habis kenapa dia masuk kelas Pendidikan Khas pula?",
"Sebab Adrian tu ada masalah pembelajaran.Masa dia kecil dia ada autisme tapi nasib baiklah bila dah besar,penyakit dia semakin pulih.Tapi kesannya,dia jadi seorang yang lemah sikit dari segi akademik.Dia susah nak faham apa yang diajar dan ingatan dia tak berapa kuat",
Makngah mengangguk faham.Tak sangka lelaki yang sekacak Adrian itu ternyata ada kekurangan.Betul lah,tak semua orang sempurna.Walaupun fizikal Adrian begitu sempurna,
namun dari segi pemikiran lelaki itu,masih ada kekurangannya." Kasihan dia..",
Marlyana mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Makngah.
"Hah! Yana dah tahu segalanya tentang Adrian,kan? Jadi Yana dah bersedia ke nak terima segala kekurangan dia?",
" Huh?", Marlyana kurang mengerti soalan yang diajukan Makngah.
"Iyalah,kan Yana ni teman wanita Adrian.Takkanlah sampai bila-bila nak jadi girlfriend je,takkan tak nak naik pangkat jadi isteri pula? Kalau nak jadi isteri,Yana mestilah kena terima segala kekurangan yang ada pada dia",
Kata-kata Makngah membuatkan Marlyana tersentak.Betul juga.. Dia sudah bersediakah?
Okay,kalau setakat kekurangan Adrian,dia tiada masalah untuk menerima dengan hati yang terbuka.Lagipun dia sendiri ada kekurangan.Namun masalahnya sekarang,Adrian mahu ke menjadikannya sebagai seorang isteri?
KAMU SEDANG MEMBACA
Crush Untuk Mamat 'O.K.U'✔
Teen FictionNur Marlyana Umaira,seorang perancang perkahwinan dan juga seorang yang benci pada makanan pastri terpaksa bekerjasama dengan seorang lelaki a.k.a pemilik cafe Je T'aime demi melayan kerenah pelanggan cerewetnya,Datin Maimun.Pertemuan pertama yang d...