SEPERTI yang dirancang oleh Marlyana,dia dan Adrian akan bertemu dengan Datin Maimun untuk membincangkan tentang majlis perkahwinan anak bongsunya di cafe Adrian.Mereka berdua menyambut baik kedatangan Datin Maimun dengan sebuah senyuman manis dan buat pertama kalinya Marlyana melihat Adrian tersenyum.Hmm.. manis saja senyumannya.
"Saya rasa lebih baik kalau Datin ambil design ni untuk tema garden", Adrian mencadangkan ideanya apabila diberitahu oleh wanita itu tentang tema perkahwinan anaknya.
Datin Maimun menyambut sehelai kertas lakaran yang diserahkan oleh Adrian.Dia meneliti kertas tersebut.
"Hm.. not bad at all tapi.. saya tak berapa nak berkenanlah dengan bunga yang kat atas tu.Nampak crowded",
" Ohh.. okay.Kalau macam tu saya tak letak bungalah dekat tingkat atas tu ye?",
"Emm.. tapi kalau tak letak bunga langsung,tak nampak macam tema garden lah pula", kata Datin Maimun.
"Kalau macam tu saya letak satu kuntum bunga.Bunga tu akan jadi penarik bagi kek ni", Adrian masih mengusulkan ideanya.
" Hah boleh juga",
"Eh tapi.. kalau satu kuntum bunga tak nampak romantik lah pula.Chef Ad letak tiga kuntum bungalah atas kek tu.Orang katakan tiga tu bermaksud 'I love you' ",
Adrian memgangguk lalu dia mencatit sesuatu di atas buku notanya.
"Kejap.. tapi kalau letak tiga kuntum je,kek dekat atas tu nampak simple sangatlah pula", kata Datin Maimun lagi.Adrian yang sedang menulis seketika tadi terus mengangkat wajah.Dia memandang Marlyana di sebelah dengan pandangan 'Apa yang sedang berlaku sekarang ni?'.Gadis itu hanya tersenyum sambil menjongket bahu.
"Apa kata kalau Chef Ad letak gambar anak dan bakal menantu saya? Hah.. saya rasa lagi elok kalau macam tu", katanya dalam teruja.
Sekali lagi Adrian mengangguk.Dia memangkah maklumat yang ditulis di dalam buku notanya seketika tadi lalu ditukar mengikut permintaan Datin Maimun.
" Eh.. tak payahlah.Takut tak jadi pula gambar diorang macam yang sebenarnya.Kang tak pasal-pasal orang ingat muka anak dan menantu saya tu buruk",
Maklumat yang ditulis di dalam buku notanya tadi dipangkah buat kali kedua.
"Saya rasa untuk kek dekat atas tu Chef Ad letak tiga kuntum bunga je lah",
" Baiklah.. saya akan..",
"Hah kalau letak bentuk love pun mesti cantik.Saya nak Chef Ad letak bentuk love besar dekat atas tu.Pacakkan elok-elok.Tapi kalau boleh janganlah besar sangat.Nanti menyemak je",
Adrian memaksa dirinya untuk tersenyum.Dah tak mampu nak tersenyum manis lagi dah.
"Tu saja?", soalnya.
" Hah tu je lah buat masa ni",
Dalam hati,Adrian memanjat kesyukuran.Akhirnya berhenti juga Datin Maimun itu membuat permintaan.Namun kelegaannya hanya buat seketika apabila gadis di sebelahnya mula bersuara.
"Eh Datin,dekat keliling kek lima tingkat tu nak letak apa ye? takkanlah kosong je? Sudahlah kek tu warna putih.Tak nampak macam membosankan ke?", ujar Marlyana tiba-tiba dengan sengihan.Dia mencuri pandang Adrian yang sedang memandangnya tajam.
Perempuan ni... sanggup dia buat aku macam ni? Sengaja je dia nak aku layan perangai Datin ni lama-lama,kan?
" Oh iya lah.. macam mana saya boleh terlupa.Terima kasihlah sebab ingatkan ye,Yana? Hah Chef Ad,dekat keliling kek-kek tu apa kata kalau Chef Add letak design renda.Macam kek kahwin artis.. siapa nama eh? Hah.. Amyra Rosli dengan Amar Baharin tu",
KAMU SEDANG MEMBACA
Crush Untuk Mamat 'O.K.U'✔
Teen FictionNur Marlyana Umaira,seorang perancang perkahwinan dan juga seorang yang benci pada makanan pastri terpaksa bekerjasama dengan seorang lelaki a.k.a pemilik cafe Je T'aime demi melayan kerenah pelanggan cerewetnya,Datin Maimun.Pertemuan pertama yang d...