ENAM TAHUN LEPAS..
Dari kantin,Marlyana berjalan menuju ke arah dewan terbuka.Aqish ada urusan dengan guru kelas mereka jadi dia berseorangan sahaja waktu rehat ini.Ketika dia sampai sahaja di dewan terbuka,dia lihat ada ramai pelajar perempuan yang sedang berkumpul dan berbisik sesama sendiri.Dia mendekati kumpulan tersebut dengan rasa ingin tahu yang mendalam.
"Kenapa kau orang berkumpul dekat sini?", soalnya hairan pada seorang pelajar perempuan di hadapannya.
Pelajar itu merupakan rakan sekelasnya juga." Ohh.. Kalau dah dapat peluang nak tengok pelajar hot buat persembahan,
mahu tak kitorang semua berkumpul kat sini", ujar pelajar perempuan itu dengan tawa kecil."Pelajar hot?",
" Alah.. kau tak kenal ke? Budak lelaki dari kelas Pendidikan Khas tu lah",
Siapa? Lelaki dari kelas Pendidikan Khas? Takkanlah.. Mamat 'O.K.U' nya pula?!
Marlyana terus berjalan ke hadapan untuk melihat pelajar lelaki yang dimaksudkan oleh rakan sekelasnya tadi.Baru dia tersedsr yang telinganya sedang menangkap bunyi satu suara merdu yang sedang menyanyikan sebuah lagu.Apa lagi,semakin laju kakinya melangkah ke hadapan.
Bila dia sudah berada di barisan hadapan,dia mengangkat wajahnya memandang ke arah pentas.
Ye.. betul lah! Mamat 'O.K.U' nya yang disebut-sebut oleh pelajar perempuan tadi.Dan lelaki itu sekarang ini sedang menyanyi? Tapi untuk apa?
Alah.. tak kisahlah..
Diperhati lama lelaki yang sedang berdiri di atas pentas bersama dengan microphone di tangannya.Tak tahulah kenapa tapi lelaki itu nampak lebih kacak dan yang pasti memang dah buat hatinya cair.Patutlah ramai perempuan beratur di sini.
"Berat bebanku
Meninggalkanmu,
Separuh nafas jiwaku,
Sirna..Bukan salahmu,
Apa dayaku,
Mungkin benar cinta sejati,
Tak berpihak pada kita,Kasihku,
Sampai di sini kisah kita,
Jangan tangisi keadaannya,
Bukan kerana kita berbeda,Dengarkan,
Dengarkan lagu.. lagu ini,
Melodi rintihan hati ini,
Kisah kita berakhir di Januari,
Selamat tinggal kisah sejatiku..","Wohoo.. sedapnya!!", Marlyana terus menepuk kedua belah tangannya sebaik sahaja lelaki itu selesai menyanyikan lagu Januari.
Tindakannya itu telah membuatkan beberapa orang pelajar perempuan yang lain memandang ke arahnya.Ada yang berbisik sesama sendiri dan ada yang mempamerkan wajah menyampah.Namun dia hanya buat tidak endah.Suka hatilah orang lain nak kata dia apa pun.Apa dia kisah?
Setelah beberapa minit,semua pelajar-pelajar yang berkumpul di dewan itu tadi beransur pergi.Kini yang tinggal hanyalah Marlyana seorang saja.Sengaja dia menunggu semua orang di dewan itu pergi sebab dia ada niat lain sebenarnya.
KAMU SEDANG MEMBACA
Crush Untuk Mamat 'O.K.U'✔
أدب المراهقينNur Marlyana Umaira,seorang perancang perkahwinan dan juga seorang yang benci pada makanan pastri terpaksa bekerjasama dengan seorang lelaki a.k.a pemilik cafe Je T'aime demi melayan kerenah pelanggan cerewetnya,Datin Maimun.Pertemuan pertama yang d...