"OKAY,beb.Aku kena gerak sekarang.Aku terus balik rumah tau nanti", ujar Aqish yang sudah berkemas untuk pergi dari butiknya.
" Eh,kau nak ke mana ni?", soal Marlyana hairan.
"Isy kau ni.. semalam kau yang suruh aku pergi hotel untuk tengok budak-budak tu buat kerja kan? Lupa? Banyak makan semut ke kerengga?", usik Aqish.Tahu sangat dah perangai kawannya seorang ni yang memang pelupa.
Marlyana hanya mengangguk sambil tersengih.
" Hah.. eh nanti kalau kau pergi sana,pesan dekat Lisa suruh dia kunci butik ni tau bila dia balik sini.Aku nak balik awal lah hari ni.Lagipun bukannya ada staf lain dekat butik ni.Make sure suruh dia kunci pintu butik,then dia boleh terus balik.Tak payah stay", pesan Marlyana.Pesanan ini memang hari-hari akan meniti di bibirnya.
"Iya lah.. aku tahu.Okaylah.Aku pergi dulu.Assalamualaikum",
" Waalaikumussalam",
Setelah Aqish pergi,Marlyana menyiapkan segala kerjanya di dalam butik itu sementara menunggu kedatangan Datin Maimun bersama bakal menantunya.Hari ni butiknya tiada pekerja kerana kebanyakan berada di Hotel Hilton.Jadi ada dia seorang sajalah di dalam butik itu.
Jam menunjukkan pukul 10:56 pagi.
Tak lama lagi mungkin Datin Maimun akan datang.
Beep!
Ada pesanan ringkas yang baru sahaja masuk ke dalam telefon bimbitnya.Marlyana segera mencapai telefonnya yang diletakkan di atas meja.
From : Datin Maimun
Slm,Yana.. maaf ye? Saya tak boleh datanglah bari ni.Ada hal mustahak sangat ni.Kita jumpa nnt lah ye? Maaf sekali lagi
"Lah.. tak jadi rupanya.Hm.. tak apalah",
Marlyana meletakkan kembali telefon bimbitnya.Kemudian dia kembali membelek stok-stok tudung yang baru saja sampai semalam.Tudung-tudung itu masih berada di dalam kotak.Setelah memeriksa dan mencatit semua jumlahnya,dia mengangkat kotak tersebut masuk ke dalam stor yang berada agak jauh di dalam butiknya.
Entah bagaimana ketika dia melangkah,boleh pula kakinya tersadung pada kotak-kotak yang berada di dalam stor itu.Mujur dia tidak terjatuh namun kuat jugalah dia menjerit tadi sampai terjatuh kotak di tangannya.
"Aduhh.. kotak ni pun! Kau buat apa dekat depan-depan pintu ni?", rungutnya.Kotak tersebut dibawa masuk ke dalam stor itu tadi.
"Kenapa ni?",
Tiba-tiba ada satu suara ganjil di dalam stor itu.Marlyana segera menoleh ke belakang dan bukan main terkejut lagi dia apabila melihat Adrian turut sama berada di dalam stor itu.
" Eh? Bila awak sampai? Macam mana awak tahu saya ada dekat sini?", soalnya berdas-das.
"Saya baru je sampai.Saya tengok tak ada orang dekat butik ni lepastu tiba-tiba saya dengar awak menjerit.Itu yang saya ke sini.Kenapa awak menjerit tadi?", soal Adrian yang sedikit cemas.Terkejut dia tadi apabila mendengar gadis itu menjerit kuat.Ingatkan ada perompak yang sudah memecah masuk ke dalam butik ini.
"Oh,tak.Saya okay je cuma saya tersadung kotak ni hah.Tu yang terjerit", Marlyana tersengih.Dia kemudiannya mengangkat beberapa buah kotak yang berada di hadapan pintu stor itu ke masuk ke dalam.
KAMU SEDANG MEMBACA
Crush Untuk Mamat 'O.K.U'✔
Teen FictionNur Marlyana Umaira,seorang perancang perkahwinan dan juga seorang yang benci pada makanan pastri terpaksa bekerjasama dengan seorang lelaki a.k.a pemilik cafe Je T'aime demi melayan kerenah pelanggan cerewetnya,Datin Maimun.Pertemuan pertama yang d...