HARI ini bermulalah tugas Adrian Harfiey sebagai seorang chef pastri untuk merealisasikan permintaan dari Datin Maimun.Dia masih belum memulakan apa-apa lagi kerana sengaja dia menunggu semua kakitangan di cafe nya pulang.Bukan dia tak suka tapi Datin Maimun mahukan kek dari hasil tangannya seorang saja.Mahu atau tidak terpaksalah juga dia mengikut walaupun bukan senang untuk melakukan.kek lima tingkat seorang diri.Kalau dia tak ikut,hmm.. tahu-tahu je lah perangai Datin Maimun tu macam mana.Mujur majlis itu lama lagi jadi dia ada masa yang banyak untuk menyiapkannya.
Tepat jam lima petang,semua pekerjanya sudah pulang.Dia mengunci pintu kaca di hadapan cafe dan bersedia untuk memulakan tugasnya.Baru saja dia melangkah masuk ke dalam dapur,telefonnya tiba-tiba saja berdering.Dikeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket apron yang sedang dipakai dan bila nama 'Wedding Planner' terpapar pada skrin itu,dia mengeluh.
Apa lagilah minah ni?
"Hmm.. nak apa?", soalnya apabila panggilan dari Marlyana diangkat.
"Amboi.. assalamualaikum,Chef Adrian", sindir Marlyana.Dah angkat phone tu bukannya nak bagi salam ke apa dulu.Dahlah suara pun macam tak ikhlas!
"Waalaikumussalam.Hah.. nak apa ni?",
"Chef Adrian,boleh tak tolong ikhlaskan sikit suara awak tu walaupun hati awak memang tak ikhlas?",
Adrian menarik nafas dalam.Layan je lah minah ni..
"Ye,Cik Yana.Ada apa ye awak call saya di petang hari begini?",
" Hah.. macam ni baru sedap sikit telinga saya dengar.Okay macam ni,buka pintu cafe awak ni sekarang",
"Hah? Lah.. nak buat apa? Saya baru je kunci",
"Hah siapa suruh awak kunci?",
"Ehh.. suka hati sayalah ni cafe saya", getus Adrian tidak puas hati.
"Eleh.. berlagak pula.Buka je lah cepat.Saya ada dekat depan cafe awak ni.Saya dah hampir mati kepanasan tau dekat sini", kata Marlyana.
Tangannya masih lagi setia mengipas wajahnya yang sudah kemerahan di bawah sinaran matahari."Hah.. ada ke saya suruh awak tercegat depan cafe saya ni?",
Marlyana mengetap gigi.Mamat seorang ni memang spesis yang main cakap lepas je! Tak pandai langsung nak jaga hati orang.Ni pun dia fikir pasal kerja je,kalau tak jangan haraplah dia nak layan chef kurang gula ni!
"Memanglah awak tak suruh saya berdiri depan cafe awak ni tapi masalahnya sekarang saya dah pun berdiri depan cafe awak.So buka je lah pintu ni!", geram Marlyana dibuatnya.Banyak pula songeh lelaki ni! Buka je pintu tu! Tak payah nak banyak tanya sangat.
" Malas..", talian dimatikan.
Membesar biji mata Marlyana bila mendengar jawapan yang diberikan oleh Adrian.Kurang ajaran betul mamat ni! Macam tu je jawapan dia? Hah ni rasa macam nak pecahkan je pintu kaca cafe Adrian ni!!
![](https://img.wattpad.com/cover/89507153-288-k258900.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
Crush Untuk Mamat 'O.K.U'✔
Teen FictionNur Marlyana Umaira,seorang perancang perkahwinan dan juga seorang yang benci pada makanan pastri terpaksa bekerjasama dengan seorang lelaki a.k.a pemilik cafe Je T'aime demi melayan kerenah pelanggan cerewetnya,Datin Maimun.Pertemuan pertama yang d...