BAB 10

3.5K 187 0
                                    

TINGGAL beberapa hari sahaja lagi sebelum majlis perkahwinan anak bongsu Datin Maimun akan dilangsungkan.Di waktu ini,perancang perkahwinan seperti Marlyana pasti sibuk menguruskan segala hal yang telah diamanahkan oleh pelanggannya.

Pada hari ini,dia perlu pergi ke Hotel Hilton Kuala Lumpur yang menjadi tempat untuk majlis resepsi anak bongsu Datin Maimun dijalankan.Di situ dia perlu memeriksa segala kelengkapan yang kebanyakannya sudah tersedia di ballroom hotel tersebut seperti pelamin dan beberapa buah meja untuk para tetamu.

Dia memerhati setiap pekerjanya yang sedang melakukan kerja.Jika ada kekurangan,dia akan tegur terutama di bahagian menghias pelamin yang akan menjadi penarik utama dalam setiap majlis persandingan.Dia mahu semua pelanggannya berpuas hati dengan hasil kerja mereka.Dia mahu semuanya kelihatan sempurna seperti apa yang diimpikan oleh Datin Maimun dan semua pelanggannya.

"Cik Yana,bunga ni nak letak dekat mana ye?", soal salah seorang daripada pekerjanya sambil memegang beberapa jambak bunga di tangannya.

"Letak je dekat depan tu.Tapi jangan terlampau penuh dengan bunga ye? Saya tak nak nampak semak depan tu", tegas Marlyana.Dia seorang yang tidak pernah serius tetapi dalam kerjayanya sebagai seorang perancang perkahwinan,dia akan menjadi seorang sangat serius.Dia bersyukur kerama semua pekerjanya dapat melakukan tugasan dengan begitu baik sekali.

"Rul,lampu dekat atas tu dah cuba on?", soal Marlyana pada salah seorang pekerjanya yang bertanggungjawab untuk menguruskan segala kerja pemasangan elektrik.

" Belum lagi",

"Belum? Cuba pergi on sekarang.Sepatutnya awak kemaon lampu tu dari awal pemasangan lagi.Kalau tak boleh on nanti sempatlah nak tukar baru", tegas Marlyana.

Erul segera berlari ke suis mentol lampu yang terletak di tepi dinding.Beberapa biji mentol lampu telah digantung di sekeliling pelamin tersebut dan lampu-lampu itu merupakan penarik utama pada pelamin itu nanti selain dari bunga-bunga segar yang berada di sekelilingnya.

Mujur sahaja mentol itu bernyala apabila susi ditekan.Jika tidak,mahu Erul sudah kena pelangkung dengan majikannya nanti.Semasa sedang bekerja,jarang mereka dapat lihat Cik Marlyana Umaira ini tersenyum.Tapi sebaik sahaja segala kerja ini selesai,senyuman Marlyana itu sampai ke telinga.

"Okay,bagus.Erul,ingat tau awak kena sentiasa buat double check.Saya tak nampak masa majlis nanti ada mana-mana lampu yang rosak walaupun sebiji mentol.Faham?",

Erul hanya mengangguk beberapa kali.Setelah Marlyana berlalu,dia menarik nafas lega.Fuhh.. nasib baiklah lampu tu tak buat hal tadi.Kalau tak,kena gantung kerjalah dia hari ni.

Marlyana masih lagi memerhati sekeliling ballroom itu.Dari kiri,dia kenan.Dari depan,dia ke belakang.Dia mahu pastikan semuanya sedang berjalan dengan lancar.Mujur tidak ramai sangat orang di situ.Hanya pekerjanya dan beberapa orang kakitangan hotel sahaja.Jadi dia boleh meninjau segala sudut di ballroom itu.Ada yang sudah siap dan ada lagi yang masih dalam proses pernyempurnaan.

Buat seketika,matanya melihat ada meja yang bersaiz agak besar yang berada di tepi pelamin.Dahinya berkerut hairan.Entah bila pula meja itu berada di situ dan untuk apa?

"Mr Lee,kenapa ada meja besar dekat sini ye?", soalnya kepada pengurus ballroom hotel itu.

" Ohh,meja ni untuk kek",

"Kek?",

" Iya lah.. kek kahwin untuk majlis ni nanti",

Dahi Marlyana lagi bertambah kerutan.

"Eh,tapi kek tu sepatutnya kena letak dekat meja sana tu.Bukan yang ni", jarinya ditunding ke arah sebuah meja kecil yang sudah dihias di atas pelamin tersebut.

Crush Untuk Mamat 'O.K.U'✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang