BAB 25

3.6K 184 11
                                    

"AD,mama dengan parents Aina ni nak berbincang sikit,Ad bolehlah ajak Aina lepak dekat luar.Bawa dia pusing-pusing luar rumah tu pun tak apa", ujar Puan Jasmin dengan senyuman manis di wajahnya.

Mahu atau tidak,Adrian terpaksa tersenyum dan mengangguk di hadapan keluarga Aina.Dia buat semua tu sebab ada keluarga Aina je,kalau tak jangan haraplah dia nak jadi bakal menantu mithali tiba-tiba.

" Jomlah cepat", arah Adrian dengan nada perlahan pada Aina yang tersenyum padanya.Tersenyum-senyum mengalahkan kambing gurun dah ku tengok!

"Awak..", panggil Aina sebaik sahaja mereka duduk di sebuah bangku yang menghadap laman rumah Puan Jasmin.

"Apa lagi?", soal Adrian acuh tak acuh.Semakin dekat tarikh majlis perkahwinannya dengan Aina,
semakin dia jadi geram pula dengan gadis itu.

" Awak suka saya tak?", soal Aina selamba.Dia kisah apa? Lelaki kacak yang berdiri di hadapannya ini bukannya sesiapa pun,bakal suaminya juga.Tak lama lagi mereka akan mengikat tali pertunangan pula.Jadi tak salah kalau dia tanya soalan tu.

"Kalau saya cakap saya tak suka awak?", keningnya dijongketkan ke atas.Sengaja Adrian mahu menyedarkan gadis itu bahawa cintanya tidak berbalas.

Aina terdiam.Tak disangka yang Adrian ni jujur juga orangnya ye? Dah tak suka tu,terus kena setempek dekat mukanya.Aduhh.. tak reti nak berlapik betul lah dia ni.

" Tak apalah.Saya akan buat awak suka dekat saya nanti",

Adrian memutarkan bola matanya ke atas sebelum dia menyambung semula gerakan jarinya pada skrin telefon bimbit.

"Kalau macam tu buat apalah pergi tanya tadi", gumamnya perlahan.

" Hah? Awak ada cakap sesuatu ke?",

"Tak ada apa",

Aina mengangguk.Suasana di laman rumah itu berubah menjadi sunyi seketika sebelum Adrian teringat sesuatu.Terus dia memusingkan tubuhnya menghadap gadis itu dengan raut wajah serius.

"Listen,pertama.. saya tahu kita akan bertunang tak lama lagi lepastu kita akan berkahwin.Tapi saya nak awak tahu yang saya terima semua ni disebabkan permintaan mama.Bukan sebab saya sukakan awak atau yang sama waktu dengannya.Kalau bukan sebab dia,jangan harap awak akan ada dekat sini", Adrian berhenti seketika sebelum dia menyambung kembali.

"Kedua,lepas beberapa bulan kita berkahwin,saya akan..", kata-katanya mati.Dia memandang Aina seketika dan gadis itu masih menanti dia menyambung kata.

Perlu ke dia sambung?

Alah.. sambung sajalah.

" Saya akan ceraikan awak.Saya rasa cukuplah dengan keputusan saya untuk berkahwin dengan awak demi puaskan hati family kita.Get it?",

Aina terlopong.Hah.. apa yang Adrian merepek? Dah kahwin lepastu bercerai dengan sengaja? Sesuka hati macam tu? Dia fikir hal kahwin ni boleh dibuat main ke apa?

"Tapi kenapa?",

" The answer is easy.Cause I don't love you,for now and forever", tegasnya lalu dia meninggalkan Aina yang terpisat-pisat di tempat itu.

Apa guna dia berkahwin dengan lelaki itu sekiranya rumah tangga mereka akan berakhir juga?

"AWAK nak kahwin?",

Marlyana mengangguk bagi pertanyaan Razif.

Razif tidak mampu bersuara.Terkebil-kebil matanya memandang Marlyana di hadapan.Sekali lagi dia dikecewakan.Baru saja dia nak gembira kerana Marlyana akan melupakan Adrian tapi dia dikejutkan pula dengan berita gadis idamannya itu bakal berkahwin.Apa jenis cerita ni berbelit-belit?

Crush Untuk Mamat 'O.K.U'✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang