KAKINYA melangkah masuk ke dalam cafe Adrian.Bau makanan pastri di dalam cafe itu tidak lagi menganggu dirinya.Memanglah rasa loya tu ad tapi tak kisahlah! Dia datang ke sini sebab ada lagi masalah yang lebih besar dari melayan sikap mengadanya tu.
"Cik Yana cari Chef Ad ke?", soal Sharmila tanpa sempat Marlyana berkata apa-apa.Dah banyak kali dia datang ke cafe Adrian sampai Sharmila pun sudah naik jemu dengan tujuan dia datang ke mari.
Marlyana pantas mengangguk.
" Dia ada dekat sini?",
"Ada.Tapi Chef Ad...", belum sempat Sharmila menghabiskan kata-katanya,Marlyana terus meluru masuk ke dalam dapur Adrian.
Tujuannya hanya satu,dia cuma minta sebab kenapa Adrian menyuruh dia melupakan lelaki itu!Namun,sebaik sahaja pintu dapur itu dibuka,alangkah terkejutnya dia bila melihat Adrian sedang berdua-duaan dengan seorang gadis bertudung.
Marlyana berubah menjadi patung cendana buat seketika.Terkejut dia dengan apa yang telah 'disajikan' di hadapan matanya sekarang ini.Ye,memanglah Adrian dengan gadis itu tidak melakukan perkara yang tidak senonoh,malah mereka berdua pun duduk sebatu antara satu sama lain.Tapi tetap membuatkan Marlyana tergamam.
Bukankah Adrian kata belum ada pernah perempuan lain yang masuk dalam dapurnya selain dia seorang? Sekarang ini,apa jadi?
Tiba-tiba dia terfikir sesuatu.
Mungkinkah disebabkan perempuan ini yang membuatkan Adrian meminta dilupakan,begitu?" Yana? Awak buat apa dekat sini?",
Adrian yang juga terkejut dengan kehadiran Marlyana di dapur itu,memandang gadis itu hairan.Tiba-tiba saja gadis itu muncul di hadapannya sekarang ini.
Marlyana mengawal riak wajahnya di hadapan Adrian.
"Saya nak jumpa dengan Chef Adrian sekejap", ujarnya sambil melirik pandangan pada gadis yang berhadapan dengan Adrian.
Melihatkan wajah serius gadis itu membuatkan Adrian berkalih pandang memandang Aina.
"Erm.. Aina,boleh awak keluar sekejap?",
Aina tersenyum buat Adrian.Beg tangan di kabinet dapur itu dicapai lalu dia segera melangkah keluar dari dapur iu dengan beribu persoalan yang meluru masuk ke dalam fikirannya tentang gadis yang tiba-tiba sahaja muncul seketika tadi.
Siapa gadis itu? Pelanggan? Jika sekadar pelanggan,dia masih boleh terima lagi.Tapi kenapa melalui mata perempuan itu,dia nampak sesuatu yang lain dari sekadar pelanggan? Riak wajah Adrian juga berubah ketika gadis itu membuka pintu dapur.Siapa agaknya dia?
" Awak nak apa?", soal Adrian tanpa perasaan.Dia sibuk mengemas dapurnya yang agak sedikit berselerak.
"Saya nak berbincang dengan awak sikit",
" Bincang apa lagi? Majlis perkahwinan anak Datin Maimun tu dah selesai,kan? Jadi antara saya dengan awak dah tak ada apa-apa urusan lagi.Jadi,awak boleh balik", ujar Adrian tanpa sedikit pun memandang Marlyana.
Memang Marlyana terasa hati dengan kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu.Namun,takkanlah disebabkan itu dia perlu berputus asa?
Adrian didekati.Kini mereka berhadapan dan dipisahkan dengan meja panjang yang berada di tengah-tengah dapur itu.
"Saya ke sini bukan sebagai seorang wedding planner yang nak berurusan dengan seorang chef pastri",
Adrian yang sedang menuang tepung gandum ke dalam mangkuk,terhenti dari terus melakukan kerjanya.Dia akhirnya mengangkat muka memandang Marlyana.
" Maksud awak?",
"Saya datang sini sebagai seorang perempuan yang datang mencari lelaki dari kelas Pendidikan Khas yang dicintai selama enam tahun ni",
KAMU SEDANG MEMBACA
Crush Untuk Mamat 'O.K.U'✔
Novela JuvenilNur Marlyana Umaira,seorang perancang perkahwinan dan juga seorang yang benci pada makanan pastri terpaksa bekerjasama dengan seorang lelaki a.k.a pemilik cafe Je T'aime demi melayan kerenah pelanggan cerewetnya,Datin Maimun.Pertemuan pertama yang d...