SATU keluhan panjang dilepaskan.Dia tak tahu lagi nak buat apa dalam bilik ni.Nak tidur,tapi matanya ni liat sangat nak pejam walaupun sekarang sudah berganjak ke angka 12 pagi.Mungkin kerana dia sudah tidur selama dua jam petang tadi sebabtu lah matanya liat sangat nak tidur malam ini.
Marlyana berfikir seketika.
Hmm.. Kalau pergi lepak dekat lobby pun bagus juga ni.Duduk situ sampai mata dah mengantuk.
Yahh.. Idea yang bagus!
Cardigon dan shawl chiffon yang tergantung di dalam almarinya terus dicapai dan dipakai.
Sampai sahaja di lobby,dia melabuhkan punggungnya di atas sebuah sofa.Tak berapa nak ramai sangat orang di lobi itu.Mungkin kerana sekarang ini sudah lewat malam.
Sebuah majalah yang diletakkan di atas meja kopi di hadapannya diambil dan dibaca.Leka dia membaca majalah Wanita tersebut sehingga tidak sedar sudah 15 minit masa berlalu sehinggalah tempat duduk di hadapannya diduduki orang.
Dia hanya memandang sekilas susuk tubuh tersebut dan apa yang dia pasti,
dihadapannya itu seorang lelaki.Tanpa mengendahkan lelaki tersebut,dia menyambung kembali bacaannya sehinggalah lelaki itu menegurnya secara tiba-tiba.
"Sorry,could you pass me the newspaper?",
" Oh,sure..", suratkhabar di sebelahnya dicapai dan diserahkan kepada lelaki itu.
"Thank you",
" Most welcome", Marlyana mengangkat wajahnya dan majalah ditangannya terus terjatuh di atas lantai.Terlopong mulutnya memandang lelaki di hadapannya sekarang ini.
Lelaki itu juga turut sama memandang Marlyana.Mereka sama-sama membalas pandangan buat seketika.
Marlyana memejam mata seketika.Tak tak.. ni pasti mimpi!
Kemudian dibuka semula matanya dan ternyata lelaki itu masih berada di hadapannya.Malah sedang melihat ke arahnya.
Tak mungkin ini..
"Kenapa awak tengok saya macam tu?", soal Adrian hairan.Apa pelik sangat perempuan tu pandang dia? Macam tak pernah jumpa pula.
Marlyana tidak mampu bersuara.Kelu lidahnya.
" Hello.. Cik Marlyana? Kenapa pandang saya macam tu?", soal Adrian lagi bila gadis itu memandangnya tidak berkelip.
"Aw.. awak Adrian kan?",
" Iya lah.. habis siapa lagi?", jawab Adrian kehairanan.
Mahu gugur jantung Marlyana dibuatnya.Betul lah lelaki ini Adrian tapi kenapa...
"Ma.. mana cermin mata awak?",
Adrian terkelu.Tangannya terus naik memegang wajah.
Alamak!! Baru dia tersedar yang dia tidak memakai cermin mata ketika dia datang ke lobby ini.
" Err.. Saya.. saya tertinggal dalam bilik.Tak apalah,saya masuk bilik dulu", Adrian terus bangun dari duduknya cepat-cepat ingin melangkah pergi sebelum semuanya terlambat.Namun malangnya dia dihalang oleh Marlyana.
"Nanti!",
Langkah Adrian terhenti.Jantungnya berdegup pantas secara tiba-tiba.
" Awak... awak ni... siapa sebenarnya?",
Adrian menelan air liurnya yang tiba-tiba berubah kelat.
"Saya.. Saya Adrian lah.Takkan awak tak kenal?", dia memaksa dirinya untuk ketawa kecil.Suaranya sedaya upaya cuba dikawal agar tidak terlalu jelas debaran yang dirasai ketika ini.
KAMU SEDANG MEMBACA
Crush Untuk Mamat 'O.K.U'✔
Genç KurguNur Marlyana Umaira,seorang perancang perkahwinan dan juga seorang yang benci pada makanan pastri terpaksa bekerjasama dengan seorang lelaki a.k.a pemilik cafe Je T'aime demi melayan kerenah pelanggan cerewetnya,Datin Maimun.Pertemuan pertama yang d...