BAB 26

3.6K 198 3
                                    

PETANG itu di rumah Makngah,
Marlyana mendekati Muzaffar dan ibu saudaranya yang sedang duduk berbual di atas pangkin di luar rumah.

"Amboi.. galaknya bersembang.Tak ajak Yana pula tu", dia mengambil tempat di sebelah Muzaffar.Suaranya disayukan.Dia berada di dalam bilik seketika tadi,keluar je dari bilik tu dia tengok tak ada orang dekat dalam rumah.Tahu-tahu je tengah makan jambu air dekat luar ni.

" Bukan tak ajak,Makngah ingatkan Yana tidur dekat dalam bilik,itu yang Makngah biarkan je", kata Makngah yang berumur akhir 50 an.

"Entah.. Yana ni kalau tidur,cukup punya susah nak kejutkan", celah Muzaffar dengan mulut yang penuh dengan jambu air.Dahlah dia gigit banyak,lepastu bila bercakap tersembur-sembur.Isyy...

" Isy.. Apa ayong ni makan sembur-sembur? Cubalah makan elok-elok sikit.Kalau nak bercakap,telan dulu.Faham?", omel Marlyana sambil tangannya mengutil peha abangnya sehinggakan lelaki itu hampir sahaja tercekik buah jambu air di dalam mulutnya.

"Apa main cubit-cubit ni? Hah.. bagitahu Makngah nanti",

" Bagitahulah!", Marlyana menjelir lidah pada abangnya.

"Okay,Mak..", belum sempat Muzaffar menghabiskan ayatnya,tiga pasang mata mendarat pada sebuah kereta Mazda warna merah yang memasuki kawasan perkarangan rumah kayu itu.Masing-masing tidak bersuara melihat kereta ganjil yang berhenti betul-betul di hadapan rumah Makngah.

" Makngah,siapa tu? Bakal Pakngah kitorang ke?", soal Marlyana selamba sambil matanya masih melekat pada kereta tersebut.Dia masih menunggu pemandu kereta itu menunjukkan diri.

"Hah? Iya ke,Makngah?", Muzaffar percaya usikan tak berasas Marlyana tadi.Beria-ria dia memandang Makngah dengan mata yang membesar.

" Isyy.. dua beradik ni kan.Tak ada maknanyalah Makngah nak cari pengganti arwah Pakngah kamu.
Makngah ni pun dah tua",

"Tapi siapa pula yang datang ni?", soal Makngah yang juga turut hairan dengan kedatangan tetamu tersebut.Siapa eh? Atau kereta ni tersalah rumah?

Bila pintu kereta pemandu itu dibuka,seorang lelaki tinggi dan berkaca mata hitam mendekati mereka.Reaksi Makngah dan Muzaffar masih sama,berkerut hairan memandang figura yang sedang berjalan ke arah mereka namun Marlyana sudah ternganga mulut.

Matanya dipejam dan dibuka beberapa kali,mengharapkan ini sekadar ilusi namun lelaki itu masih sama.Tidak pula Adrian berubah wajah jika ini sekadar kesalahan matanya sendiri.

Mengapa Adrian datang ke sini? Apa yang dicari?

"Assalamualaikum", Adrian memberi salam lalu dia berjabat tangan dengan Muzaffar.Cermin mata hitamnya dibuka dan dimasukkan ke dalam saku pada kemeja putih yang dipakai.

" Waalaikumussalam", jawab Muzaffar dan Makngah serentak.

"Anak ni siapa ye? Ada apa datang ke mari?", soal Makngah berbudi bahasa.Marlyana menundukkan wajah,berpura-pura tidak terkesan dengan kehadiran lelaki di hadapannya ini walaupun jantungnya sudah mahu gugur.Tanpa sedar,sudah hampir lima biji jambu air masuk ke dalam perutnya.Nak cover punya pasal.

" Isyy.. kut ye pun lapar,cover lah sikit.Kenapa lahap sangat ni? Kan ada tetamu depan ni", bisik Muzaffar di telinga Marlyana.Tiba-tiba pula adiknya tu makan dengan rakus pula sedangkan tadi macam perempuan melayu terakhir.

"Saya Adrian Harfiey,saya ni..", Adrian menoktahkan ayatnya.Wajah Marlyana yang masih menunduk itu dipandang seketika.

"Teman lelaki Yana", lancar dan tenang Adrian bersuara.

Uhuk!! uhuk!!

Punyalah tenang sampai tercekik Marlyana dibuatnya.Dia menepuk dadanya beberapa kali sambil lengan Muzaffar ditarik menandakan dia perlukan bantuan dari lelaki itu.

Crush Untuk Mamat 'O.K.U'✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang