KERETA Audi yang dipandu diberhentikan di hadapan sebuah taman yang sering menjadi tempat pertemuannya dengan Marlyana.
Sampai sahaja dia di situ,dia terus mencari kelibat seseorang.Tidak sampai beberapa minit,dia lihat gadis yang dicari tadi sedang duduk di sebuah bangku yang menghadap sebuah tasik.Terus gadis itu didekati."Assalamualaikum", sapanya terlebih dahulu.
" Waalaikumussalam.Duduklah", lawa Marlyana tanpa mengangkat muka.
Dia tahu siapa yang datang.Lagipun dia yang mengajak Razif untuk bertemu dengannya petang itu.Razif terus mengambil tempat di sebelah Marlyana.Tadi Marlyana menelefonnya dengan suara serak seperti baru sahaja menangis.Risau dia jadinya.Bila gadis itu mahu bertemunya,laju sahaja dia bersetuju.Takut juga dia kalau sesuatu terjadi pada gadis itu.
"Awak ada masalah ke?", soalnya lembut.Walaupun dia tidak tanya,tapi dia tahu yang gadis itu sedang menghadapi masalah sekarang ini.
Marlyana tidak menjawab.Dia menundukkan wajah.
Razif juga mengunci mulutnya sehinggalah dia nampak kesan melecur di tangan Marlyana.Matanya serta merta membulat besar.
"Awak,ni kenapa tangan awak melecur ni?", soalnya yang mula cemas.Memanglah kesan melecur di tangan Marlyana tidak sebegitu teruk tapi tetap dia risau.Bagaimana pula boleh ada kesan lecuran pada tangan gadis itu?
Sekali lagi Marlyana tidak menjawab.
Dia menundukkan wajahnya dan dengan itu,air matanya gugur satu persatu.Razif hanya mampu melihat gadis itu menangis di sebelahnya.
Nasib baiklah bukan muhrim,kalau tidak sudah lama dia peluk gadis itu." Awak tak nak share dengan saya ke?",
Marlyana menyeka air matanya.Betul juga.. Dia ajak Razif datang ke sini kerana mahu meluahkan masalahnya.Bukan mahu bagi lelaki itu melihat dia nangis.
"Adrian..",
Razif mengeluh."Pasal lelaki tu? Apa lagi yang dia buat kali ni?",
"Awak tahukan yang saya sanggup belajar buat kek dan saya paksa diri saya telan semua manisan tu semata-mata saya nak Adrian terima saya?", Marlyana mula membuka cerita.Dia tiada niat nak membuka aib Adrian tapi dia sekadar meluahkan apa yang dia rasa pada Razif.
"Saya tahu yang itu.Jadi kenapa?",
" Saya dah bersusah payah buat semuanya depan dia haritu,tapi.. dia langsung tak terima saya.Dia cuma mempermainkan saya je.Dia cakap dia tak pernah paksa saya untuk buat semua tu tapi saya yang beria", ujar Marlyana yang semakin sebak.
Razif yang menjadi pendengar pula mula panas hatinya.Kurang ajar betul lelaki itu! Langsung tak pandai nak hargai hati perempuan ke? Aihh.. hilang sabar pula dia macam ni.
"Jadi dia tak terima awak sedangkan awak dah bersusah payah sempurnakan syarat dia?",
Perlahan-lahan Marlyana mengangguk.
Razif mengigit bibir bawahnya sambil mengepal penumbuk.Dia memang tengah berapi sekarang ini disebabkan oleh Adrian!
"Habis kesan melecur dekat tangan awak tu sebab awak buat kek untuk dia lah?",
Sekali lagi Marlyana mengangguk.
"Awak ada cakap tak yang awak cintakan dia?",
"Dah puas saya cakap dekat dia.Tapi dia tetap berkeras dengan keputusan dia",
Razif ketawa sinis.Dia sudah tidak tahan lagi."Saya kena settle kan lelaki tak guna tu!", dia bingkas bangun dari duduknya namun belum sempat dia pergi,hujung bajunya ditarik Marlyana.
KAMU SEDANG MEMBACA
Crush Untuk Mamat 'O.K.U'✔
Roman pour AdolescentsNur Marlyana Umaira,seorang perancang perkahwinan dan juga seorang yang benci pada makanan pastri terpaksa bekerjasama dengan seorang lelaki a.k.a pemilik cafe Je T'aime demi melayan kerenah pelanggan cerewetnya,Datin Maimun.Pertemuan pertama yang d...