SPC CHAP (PENCERAHAN)

3.2K 144 1
                                    

*spc chap yg first ni utk pencerahan ataupun senang cite moment yg wani terpaksa skip sbb nk habiskan cite ni cpt².. So,dkt sini wani cite balik.. kiranya ni mcm flashback ataupun moment Adrian dgn Yana..

Bwh ni moment Adrian propose Yana

                                    *
SELEPAS dia membatalkan pertunangannya dikhalayak ramai di rumah keluarga Aina semalam,Puan Jasmin tidak lagi menegurnya.Jika terserempak sekali pun,wanita itu hanya buat tidak tahu seakan-akan kewujudannya ghaib di rumah itu.Pernah juga dia cuba untuk menegur dan menerangkan hal yang sebenar pada Puan Jasmin tapi pelbagai alasan keluar dari bibir ibunya untuk mengelak.

Sungguhpun begitu,setiap hari mulutnya tidak pernah lekang untuk memohon maaf atas segala kesalahannya.Dia tahu walaupun Puan Jasmin hanya buat-buat tak dengar,tapi satu hari hati wanita itu pasti terbuka juga untuk memaafkannya.

Malam keempat selepas dia tidak menegur Puan Jasmin,Adrian mendekati ibunya yang sedang duduk di ruang tamu.Dia kena berbincang dengan wanita itu tentang Marlyana.Dia mahu mengahwini Marlyana jadi dia memerlukan restu dari orang tua.

"Mama..", panggilnya lembut.Belum sempat punggungnya cecah di atas permukaan sofa,Puan Jasmin bingkas bangun untuk meninggalkannya namun dia segera menahan ibunya dari terus melangkah.

" Mama,Ad nak cakap sikit ni.Pleasee", rayu Adrian dengan muka merayu.

"Hmm.. cakap je lah", Puan Jasmin akhirnya akur.Tak sampai hati pula dia lihat wajah simpati Adrian.Lagipun sudah agak lama dia tidak berbual dengan anak sulungnya ni.

" Duduklah dulu", suara Adrian masih lembut.Nak ambil hatilah katakan.

Puan Jasmin akur.Namun wajahnya masih lagi masam.Konon masih kecil hati dengan sikap Adrian empat hari lepas.

"Mama..", tangan Puan Jasmin diraih ke dalam genggamannya.

" Mama,Ad nak minta maaf sebab Ad batalkan pertunangan tu.Ad tahu mama nak sangat Aina tu jadi menantu mama tapi Ad tak cintakan dia.Dah banyak kali Ad cuba buka hati Ad untuk terima dia tapi Ad tetap tak boleh.Ad minta maaf ye,ma?", mata Puan Jasmin direnung dalam-dalam.

"Hmm,ye lah.Mama maafkan", ujar Puan Jasmin.Apa lagi dia boleh buat? Nak marah Adrian? Sampai bila? Benda dah jadi dah pun dan keluarga Aina pun sudah dapat terima keputusan Adrian.Jadi kenapa dia perlu memperbesarkan hal kecil ni?

Adrian tersenyum puas.Syukur,tiada lagi suasana dingin antara dia dan Puan Jasmin.

" Hah,haritu Ad cakap Ad batalkan pertunangan dengan Aina sebab Ad cintakan perempuan lain kan? Habis mana perempuan tu? Kenapa tak bawa jumpa mama?",

Crush Untuk Mamat 'O.K.U'✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang