"HAH.. awak pula? Awak ni single ke dah berpunya?", giliran Adrian pula menyoal.
Marlyana hanya tersenyum.Single atau taken?
"Saya..",
" Saya masih single", jawabnya perlahan.
Adrian pula hanya memandang wajah Marlyana dengan muka seakan tidak percaya."Iya lah tu single? Habistu lelaki yang saya nampak dekat restoran hari tu,bukan ke dia boyfriend awak? Takkan jiran awak punya anak pula?", soalnya dengan sebelah kening terangkat tinggi.Dia masih ingat lagi lelaki yang dia nampak bersama dengan Marlyana di restoran tempoh hari.Mustahil lelaki itu bukan sesiapa.
Dahi Marlyana berkerut buat seketika.Dia cuba mengingat kembali lelaki yang dimaksudkan oleh Adrian tempoh hari.
Lelaki....
"Oh! Itu bukan boyfriend sayalah.Jiran saya punya anak pun bukan.Dia cuma.. kawan biasa je.Saya baru kenal dia beberapa hari lepas", terang Marlyana.
"Alah.. tak nak mengaku pula.Awak ni bagi jawapan cliche macam artis tau tak? Kata kawan je lah kononnya tapi tahu-tahu nanti kahwin", Adrian ketawa kecil.Dah selalu dah dia dengar benda sebegitu.Kononnya nak rahsiakan hubungan,lepastu bagi jawapan sekadar berkawan.Tapi akhirnya kahwin juga.Cliche bukan?
" Hei.. mana ada.Kalau saya cakap saya dengan Razif tu sekadar berkawan,maksudnya saya dengan dia memang berkawan je lah.
Lagipun,saya single tapi tak available", jujur Marlyana bersuara.Tiba-tiba pula teringat sewaktu zaman persekolahannya yang pada mulanya sangat membosankan.Tapi tidak selepas dia menemui lelaki idamannya di situ.Cinta pandang pertama,mungkin?"Tak available? Maksud awak?",
Senyum sipu terhias di wajah Marlyana bila Adrian menyoal sebegitu.
" Sebenarnya.. saya pun macam awak juga",
"Hah? Macam saya? Kenapa? Awak ada halkum juga?", soal Adrian dengan mata membesar.Arghh... ni lain macam ni.Tiba-tiba sahaja dalam stor itu terasa seram sejuk.
Marlyana pula tidak dapat menyambung kata-katanya.
Senyuman sipu yang terhias di wajahnya sebentar tadi seakan telah dibawa pergi.Apa ke bangang sangat lelaki ni? Takkanlah dia ada halkum? Muka dia yang comel ni nampak macam dua alam ke apa?"Awak,benda tak kelakar tahu tak?",
" Bila pula saya gelak?",
Marlyana mengeluh.Dah nasiblah dia terkurung dengan lelaki ni.
"Maksud saya,saya pun dah lama menunggu seseorang.Sama macam awak.Tak ada kena mengena dengan halkumlah",
Adrian mengangguk faham.Agaknya pemikiran dia jauh sangat kut.Sampai ke halkumlah bagai.Kau buat malu je lah,bro!
"Dah berapa lama awak menunggu orang tu?", soal Adrian yang mula serius.
" Enam tahun juga",
Adrian mengangguk tanda faham.Tak sangka ada orang lain yang sama juga sepertinya,menunggu seseorang yang belum tentu dicipta untuk dirinya tanpa pernah mengenal erti putus asa.Tak semua orang mampu berbuat sedemikian.Tambahan lagi dalam tempoh masa yang agak lama.Enam tahun tu macam-macam boleh jadi.
"Awak pernah luahkan yang awak cintakan dia?",
Soalan Adrian membuatkan dia ketawa kecil sebelum dia menggeleng perlahan." Saya ni dah lah perempuan.Awak ingat saya tak malu ke nak luahkan dekat dia tentang perasaan saya masa tu?",
Adrian menjuih bibir dengan muka menyampah."Orang macam awak ni ada perasaan malu ke?", sindirnya perlahan.
"Hah apa? Cakap kuat sikit,saya macam kurang dengar", Marlyana bersuara kuat.Dia dengar sebenarnya apa yang Adrian cakap tadi.Cuma malas dia nak layan.Kang takut tak pasal-pasal dia jadi pembunuh pula hari ni.
![](https://img.wattpad.com/cover/89507153-288-k258900.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
Crush Untuk Mamat 'O.K.U'✔
Teen FictionNur Marlyana Umaira,seorang perancang perkahwinan dan juga seorang yang benci pada makanan pastri terpaksa bekerjasama dengan seorang lelaki a.k.a pemilik cafe Je T'aime demi melayan kerenah pelanggan cerewetnya,Datin Maimun.Pertemuan pertama yang d...