BAB 24

3.4K 176 0
                                    

MUZAFFAR mendekati adiknya yang sedang yang sedang sibuk menyediakan sarapan pagi buat mereka berdua di dapur.Memang sejak dia tinggal satu rumah dengan Marlyana,setiap kali waktu makan pasti gadis itu yang masak.Bila dia nak tolong,ada saja alasannya.Takut rentunglah,takut rumah terbakar lah,takut gas habislah.Apa ingat dia ni teruk sangat ke bab-bab memasak?

"Yana,masak apa tu?", soalnya yang sudah pun mengambil tempat di meja makan.Air kopi dituang sendiri ke dalam cawan.Ye lah Marlyana tu adik kandungnya je.Bukan berpangkat isteri sampai nak tunggu air kopi tu dicuang ke dalam cawan.

Marlyana yang sedang mengisi nasi goreng kampung yang baru saja dimasak tadi ke dalam mangkuk,
menoleh memandang abangnya buat seketika.

"Yana masak Ayam Hitam Masak Merah", usik Marlyana berserta tawa kecil.Ni angkara pengaruh Oh My English Road to Jogja semalamlah ni.Kan tak pasal-pasal menu pagi ni jadi Ayam Hitam Masak Merah.Nasib baik tak keluar Kari Menangis.

Muzaffar juga turut sama tertawa mendengar gurauan adiknya.Dia tahu benar yang Marlyana memang suka menonton Oh My English.Macam budak-budak betul.

"Yana ni tak habis-habis lagi dengan Oh My English semalam,kan? Rindu dekat SYS ke apa?",

Meja makan itu didekati dan semangkuk nasi goreng kampung dihidangkan di hadapan Muzaffar.

" Eh,mestilah! SYS tu kan intan payung mutiara delima permata hati Yana.Mestilah rindu.Itulah,ingatkan nak dating dengan dia petang ni.Tu pun kalau dia free", Marlyana tersengih.Masih dengan angan-angan Mak Jeninnya tu.Ada hati konon nak dating dengan Roax Tan a.k.a SYS! Porrahh.. kau pun dia tak pandang!

"Isy.. tinggi betul angan-angan adik abang seorang ni.Lupakan je lah untuk Yana dapat dating dengan dia.Takkan dapat punya", secawan kopi di hadapannya dihirup beberapa kali.

" Eh,siapa cakap tak dapat? Boleh je kalau Yana nak dating juga dengan SYS tu",

"Really? How?", wajah adiknya dipandang dengan muka tidak percaya.Ye lah adiknya ni kan seorang wedding planner dan pemilik butik terkenal,manalah tahu kut-kut pernah terjumpa dengan Roax Tan sebagai pelanggan ke apa.

Mustahil?

Yelah,manalah tahu KUT-KUT

"On je tv,lepastu buka saluran Astro TV IQ.Mesti ada punya cerita Oh My English.Hah,ada geng senang belajar! Eh,tu Geng UPSR", Marlyana terhembur tawa.Boleh pula dia tertukar Oh My English dengan Geng UPSR.Hah.. kau tengok dah sejauh mana kemerepekan dia di pagi hari begini?

Jujur dia katakan,walaupun dua hari lepas dia baru sahaja dikecewakan oleh Adrian,tapi bila dia bersama dengan Muzaffar,segala kesakitan dan kepedihan yang dialaminya beberapa hari lepas seakan hilang seketika.

Muzaffar tersenyum seraya menggeleng.Kalau dah namanya Marlyana Umaira,memang tak pernah buat harinya bosan dengan gurauan dari gadis itu.

" Oh,ya.Yana.. ayong nak cakap sikit", Marlyana yang baru saja selesai mengunyah nasi goreng kampung dalam mulutnya,terus memandang Muzaffar yang sudah bermuka serius.

"Ye?",

" Makngah dah tanya ayong pasal cadangan dia nak carikan bakal suami untuk Yana.So.. macam mana? Yana satuju ke? Kalau Yana dah ada boyfriend,ayong boleh berbincang balik dengan Makngah",

Terus hilang selera makan Marlyana bila mendengar kata-kata Muzaffar.
Dia tak fikir apa-apa pun lagi tentang cadangan Makngah nya tu.Tak tahulah sama ada dia nak terima atau tak.Tapi dulu dia tak terima sebab hatinya milik Adrian.

Sekarang?

Sekarang ini lelaki itu sedang cuba diusir dari hidupnya.

Mungkin jika dia terima saja cadangan Makngah,dia dapat lupakan Adrian.Tak kisahlah dia kenal atau tak,cinta atau tak pada lelaki yang menjadi pilihan Makngahnya itu.Rasa cinta tu boleh berputik dengan sendirinya nanti.

Crush Untuk Mamat 'O.K.U'✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang