BAB 28

3.8K 181 0
                                    

MARLYANA yang sedang duduk termenung di atas sebuah batu sambil merendamkan kakinya di aliran sungai yang sedang mengalir,
diperhati dari belakang sebelum dia mendekati gadis tersebut.

"Puas saya cari awak", ujar Adrian.Dia mengambil tempat di sebuah lagi batu besar yang bertentangan dengan kedudukan Marlyana.Kaki seluar slack yang dipakai dilipat sehingga ke paras betis dan turut merendamkan kakinya.

" Buat apa dekat sini? Bukan awak nak balik dah ke?", soal Marlyana.Dia dengar tadi Adrian bagitahu Muzaffar yang dia akan pulang pagi ini ketika mereka bersarapan.Tapi alih-alih,Adrian masih lagi di sini.

"Hmm,awak dah tahu pun yang saya nak balik,tapi duduk sini buat apa? Tak nak tengok saya balik ke?", soal Adrian dengan nada suara yang seakan berkecil hati.

" Elehh.. awak nak balik pun sampai saya nak kena tengok ke?",

"Ehh,mestilah.Kalau awak tengok,silap-silap saya tambah lagi satu malam untuk tidur dekat rumah Makngah awak tu",

"Isyy.. suka hati je.Ingat rumah Makngah saya tu hotel?", soal Marlyana tidak puas hati.Tapi dia tahu yang Adrian sekadar ingin bergurau dengannya.

"Ehh,taklah macam tu tapi rumah Makngah awak tu akan jadi rumah Makngah saya juga,kan?", Adrian tersenyum mengusik untuk melihat reaksi Marlyana tetapi gadis itu hanya membuang pandang ke tempat lain.

"Habis awak balik bila ni?", soal Marlyana sekali lagi bila soalannya tadi tidak dijawab oleh Adrian.

" Makngah awak suruh saya balik lepas makan tengah hari nanti",

Marlyana mengangguk faham.Lepas makan tengah hari? Aduhh,kenapa Makngah tak suruh Adrian balik lepas makan malam je? Tak pun lepas sarapan pagi esok?

Ehh,amboii.. demand sungguh!

"Awak..", panggil Adrian dengan suara yang dileretkan.

" Apa dia?", soal Marlyana sambil memandang Adrian yang sedang tersengih-sengih.

"Awak comel lah hari ni", Adrian melemparkan senyuman ikhlas.

Marlyana hanya menjuih bibir sedangkan lubang hidungnya sudah kembang kempis ni.

" Awak..", panggil Adrian sekali lagi.

"Apa?",

"I love you..", tiga perkataan keramat itu keluar dari mulut Adrian buat kali kedua.Tenang saja Adrian mengucapkannya berbanding dengan kali pertama.

Marlyana terus menjatuhkan pandangannya pada air sungai yang sedang mengalir.Aduhaii.. Adrian ni memang lelaki yang tak terduga betul lah.Suka hati dia je nak cakap 'i love you' tak kira masa.Mulai saat ini dia kena bersiap sedia!

" Awak..", panggil Adrian buat kesekian kali.

"Apa lagi awak ni?",

" Awak nak kahwin dengan saya tak?",

Soalan itu membuatkan Marlyana terus memandangnya dengan riak wajah berubah.Betulkah apa yang dia dengar? Adrian sedang melamarnya ke sekarang ini?

Dilihat dalam-dalam mata Adrian.Dia nampak ada sinar kejujuran tapi hatinya masih ragu-ragu.Ni kira lamaran atau gurauan? Kalau lamaran,dia nak jawab 'ya' ni! Aduhh.. lain kali kalau nak melamar,boleh tak bagitahu dulu.'Awak,saya nak melamar awak ni',hah kan senang nak bagi jawapan!

"Awak nak tak?", soal Adrian sekali lagi.

" Err.. ha ha ha.Tak kelakarlah! Tolonglah jangan bergurau bab-bab kahwin ni.Langsung tak kelakar", tegas Marlyana.Adrian dijeling tajam.Dia tiada niat pun nak berkasar dengan lelaki itu namun dia keliru.Kalau kau orang ada di situasi macam ni,nak ke kau orang terima lamaran tu? Mesti kau orang pun keliru lamaran ni betul atau sekadar gurauan,kan?

Crush Untuk Mamat 'O.K.U'✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang