ADRIAN yang sedang memasukkan sebiji kek ke dalam oven,terkejut apabila pintu dapurnya tiba-tiba sahaja dibuka dari luar.Sebaik sahaja dia menoleh,ternyata Marlyana sedang memandangnya dengan sebuah pandangan yang dia sendiri tidak pasti.
Sudah agak lama dia tidak berjumpa dengan Marlyana.Jika tidak silap,
sudah hampir tiga minggu jugalah.
Rindu betul dia dengan wajah comel itu."Hm.. awak nak apa datang sini? Dah nak pukul lima petang,cafe saya ni pun dah nak tutup", ujar Adrian dingin.Dia meletakkan sebiji kek yang baru sahaja dikeluarkan dari dalam oven tadi,di atas meja.
" Memang saya tengah tunggu cafe awak ni tutup", tegas Marlyana.Dia masih setia berdiri di hadapan muka pintu.
Wajah Marlyana dipandang sekilas."Maksud awak?",
"Saya dah bersedia nak sempurnakan syarat yang awak bagi pada saya haritu",
" Syarat?", soal Adrian hairan.Dia ada letak apa-apa syarat ke sebelum ni?
"Ye.. awak tak ingat? Awak cakap kalau saya dapat buat sebiji kek dan makan kek tu depan awak,awak akan terima saya.Jadi saya datang sini sebab nak tunaikan permintaan awak",
Adrian berfikir seketika.Kemudian dia tertawa sinis."Ohh,ya.. Awak ingat lagi ye? Jadi awak datang sini,awak betul-betul dah bersedia ke nak buat sebiji kek?",
"Saya bukan setakat dah bersedia untuk buat sebiji kek,tapi juga dah bersedia untuk menerima cinta awak", kata Marlyana selamba dan membuatkan Adrian terhenti dan terus memandangnya.
Lelaki itu berdeham seketika.
"Okay,we'll see", ujarnya dan terus menyambung kerja.Setelah semua pekerja-pekerjanya di cafe itu pulang,Marlyana memulakan tujuan utama dia ke sini.Bahan-bahan untuk membuat kek coklat yang telah diajar oleh Raudhah,semua sudah tersedia di hadapan matanya sekarang ini.Nasib baiklah sewaktu dia mencari bahan yang diperlukan,dia tidak melakukan kesilapan.
Adrian masih memerhati gerak geri Marlyana dari kerusi di hadapan meja itu.Setiap perlakuan Marlyana diperhati tajam.Jika ada walaupun satu kesalahan yang dilakukan oleh gadis itu,maka dia akan menang!
Tetapi malangnya,gadis itu masih lagi tidak melakukan sebarang kesilapan.Dia mula menjadi resah.
Nampak sangat yang Marlyana betul-betul berusaha untuk menyempurnakan syarat yang dia ciptakan itu.Tapi tak apa,dia yakin walaupun Marlyana berjaya membuat sebiji kek,belum tentu rasanya sedap.Paling penting,belum tentu gadis itu dapat makan kek tersebut.
Adrian menarik senyum sinis.Dia semakin tenang sekarang ini bila memikirkan tentang hal itu.
Ketika Marlyana sedang sibuk mencairkan coklat di dalam mangkuk yang di bawahnya terdapat periuk berisi air panas yang sedang mendidih,entah macam mana pula air panas tersebut boleh tertumpah ke tangannya.Dia menjerit kesakitan dan menyebabkan sudu yang digunakan untuk mengacau coklat tersebut jatuh ke atas lantai.
Marlyana memegang tangannya yang terasa pedih.Mungkin masih terkejut,jadi dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan sehinggalah pergelangan tangannya ditarik oleh Adrian.Tanpa banyak cakap,lelaki itu menariknya ke sinki dan terus menjirus tangannya yang terkena air panas tadi dengan air.
Di kesempatan itu,Marlyana mencuri pandang Adrian.
Begitu indah ciptaan Allah di hadapannya sekarang ini.Luaran Adrian nampak begitu sempurna.
Lelaki itu mempunyai hidung yang mancung,bibir kemerahan,bulu mata yang lebat tetapi tidak melentik dan mata yang bersaiz kecil.Cukup sempurna di matanya."Kenapa tak hati-hati tadi? Dah tahu air tu mendidih,kenapa tak pakai glove? Ni nasib baik kena sikit je", ujar Adrian sambil mengelap kering tangan Marlyana dengan kain yang bersih.
KAMU SEDANG MEMBACA
Crush Untuk Mamat 'O.K.U'✔
Teen FictionNur Marlyana Umaira,seorang perancang perkahwinan dan juga seorang yang benci pada makanan pastri terpaksa bekerjasama dengan seorang lelaki a.k.a pemilik cafe Je T'aime demi melayan kerenah pelanggan cerewetnya,Datin Maimun.Pertemuan pertama yang d...