ENAM TAHUN LEPAS..
(Hari terakhir persekolahan bagi pelajar tingkatan lima)
Matanya bergerak ke kiri dan kanan,namun susuk tubuh yang dicari masih belum dijumpai.Sudah hampir 15 minit loceng sekolah bagi sesi pagi berbunyi namun masih tiada tanda yang menunjukkan orang yang dicarinya itu akan melalui kawasan ini.
"Yana,kau cari siapa ni? Dari tadi aku nampak mata kau ke sana ke mari.
Kau ada nak jumpa sesiapa ke?", soal Aqish yang sedari tadi hanya memerhati gerak-geri Marlyana yang seakan kucing hilang anak.Marlyana menggeleng perlahan.
Takkan dia nak bagitahu Aqish pula yang dia sekarang ini sedang mencari seseorang walaupun memang jelas dari riak wajahnya."Tak adalah..", jawabnya hampa.
"Kalau tak ada jomlah balik.Aku dah tak sabar dah ni nak memerdekakan diri", ujar Aqish teruja.Pagar sekolah berada depan matanya saja sekarang ini.Bila dia dah keluar,sesungguhnya dia sudah merdeka!!
Maklumlah,SPM dah lepas.Apa lagi yang lebih menggembirakan hati pelajar sekolah selain dari tidak lagi bergelar pelajar sekolah,betul tak?
" Err..", Marlyana berkira untuk mengikut Aqish pulang.
"Kenapa kau ni? Jomlah balik cepat",
Marlyana tidak berganjak dari tempat dia berdiri.Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang ini.Balik sahaja ke rumah atau..
"Qish,kau balik dululah.Aku.. aku nak jumpa.. eh maksud aku,aku ada nak ambil barang dekat bilik guru.Nanti aku balik sendiri,tak apa", ujarnya.
Belum sempat Aqish hendak memberi jawapan,Marlyana terus berlalu dari situ dan meninggalkannya seorang diri.Aqish tersenyum sendiri."Aku tahu kau nak jumpa siapa,Yana", ujarnya perlahan sebelum dia melangkah keluar dari pagar sekolah.
Marlyana berlari masuk ke kawasan sekolah.Tempat utama yang dia terus tuju sudah semestinya di kelas Pendidikan Khas.Dilihat di dalam kelas itu,namun semua pelajar-pelajar Pendidikan Khas sudah pun pulang.Malah kelas mereka sudah dikunci.
Tapi.. tadi dia tak nampak pula Mamat O.K.U nya tu lalu bila dia berada di kawasan pagar tadi.
Atau... dia masih belum pulang lagi?
Kalau macam tu,dia ada dekat mana sekarang?
Walaupun tidak tahu dimana lelaki itu berada sekarang ini,Marlyana terus mencari di satu kawasan sekolah namun masih tidak ditemui sehinggalah dia tiba di kawasan padang.Di situ dia nampak seorang lelaki yang sedang memakai pakaian sukan sedang duduk di atas bangku di bawah sepohon pokok.Tempat itulah kali pertama dia lihat Mamat O.K.U nya dulu.
Terus dia berlari mendekati lelaki itu.Dari jauh dia sudah tahu bahawa itulah lelaki yang dicari sedari tadi.
"Awak..", panggilnya dalam nafas yang tercungap-cungap.Mahu tak tercungap kalau dah dia berlari macam tak ingat dunia saja tadi.
Adrian yang terkejut dengan kehadiran gadis itu secara tiba-tiba,terus bangun dari duduknya.
" Ehh.. kenapa ni? Awak okay tak?", soalnya sedikit cemas.
Marlyana mengangkat tangannya tanda 'sekejap' pada Adrian.Dia kemudiannya menarik nafas dalam,kemudian dilepaskan perlahan-lahan.
"Okay,saya dah okay",
" Hm.. Kenapa awak berlari sampai ke sini? Bukan ke last paper awak hari ni? Awak sepatutnya dah balik kan?",
Marlyana mengangguk.
KAMU SEDANG MEMBACA
Crush Untuk Mamat 'O.K.U'✔
JugendliteraturNur Marlyana Umaira,seorang perancang perkahwinan dan juga seorang yang benci pada makanan pastri terpaksa bekerjasama dengan seorang lelaki a.k.a pemilik cafe Je T'aime demi melayan kerenah pelanggan cerewetnya,Datin Maimun.Pertemuan pertama yang d...