Two

2.5K 291 20
                                    

"Takkk... tak... aku salah cakap. Tolong , lepaskan aku" Jungkook merayu-rayu. Nafasnya tersekat-sekat. Janganlah riwayat Jungkook tamat dekat chapter dua. Dia masih ingin hidup lebih lama. Sesungguh ramai peminatnya yang menanti kemunculan dia.

"Maaf , aku tak sengaja. Erm... boleh kita bincang dalam kelas je?" Rose melepaskan cengkamannya. Serentak itu tubuh Jungkook terkulai jatuh. Dia termengah-mengah menarik nafas. Oksigen sangat penting saat ini.

"Ala , kenapa ni? Kuat sangat ke aku buat? Sorry eh?" Rose meninggung di hadapan Jungkook , bibirnya tersenyum manis. Habis terbang segala kemarahannya. Rose comel. Sangat comel. Tetapi pada masa yang sama dia sangat menakutkan.

'Takpelah! Asalkan aku dapat jadi boyfriend Rose' Jungkook menarik nafas sedalam mungkin , dia perlukan persediaan mental dan fizikal untuk jadi boyfriend Rose.

Rose menghulur tangannya. Jungkook menyambutnya dan Rose menariknya sehingga dia betul-betul berdiri di hadapan Rose. Mereka begitu dekat sehingga Jungkook dapat rasakan nafas hangat Rose menyapa lehernya. Muka Rose bertukar warna. Dia mengundur beberapa tapak ke belakang.

"Ma..maaf" Rose tertunduk malu.

Mahu saja Jungkook tarik dia supaya lebih dekat dengannya tetapi apabila berfikir untuk kedua kalinya dia takut.

"Erm.. Jom masuk kelas" Ajak Jungkook. Dia menggosok lehernya. Telinganya sudah berwarna merah. Nampaknya dia memang sukakan Rose!

"Jom" Rose tersenyum lagi sebelum menggenggam tangan Jungkook. Jungkook terkejut tapi dia hanya diam. Dalam hati sudah bersorak suka. Mereka beriringan ke kelas.

Semua mata memandang mereka kecuali Jimin. Antara mereka , dia paling dingin , dia paling suka menyendiri. Entah kenapa Rose boleh terpikat dengan si ais itu.

"Wo! Wo! Wo!" Hampir semua bersorak melihat Rose dan Jungkook berpegangan tangan. Wajah Rose merona merah lagi. "Apa? Aku dengan dia bukan ada apa-apa pun" Rose tertunduk malu. Jungkook pula tersengih-sengih suka. Eleh. Tahulah suka sangat.

"Weh , korang dah couple ke?"
"Ke mana tadi? Em em ke?"
"Haaaaa , ni mesti ada apa apa ni"

Bertalu-talu soalan menimpa Jungkook dan Rose. Tiba-tiba kedengaran bunyi kerusi jatuh. Rupa-rupanya Jimin yang menolaknya sehingga jatuh. Satu kelas senyap dan pandang Jimin. Muka dia merah. Seperti menahan marah. Dia bingkas bangun dan meluru ke pintu belakang.

Rose dan Jungkook duduk di tempat mereka. Rose menghendap-hendap Jimin di pintu belakang. Rupanya-nya Jisoo yang menemuinya. Tubir mata Rose bertakung.

"Sampai hati"

fixation "parkjimin"Where stories live. Discover now