Prolog

4.5K 420 10
                                    

" Roseanne Park " Seulas bibir itu tersenyum. Senyuman yang cukup pahit. Jarinya meliar ke wajah pemilik nama itu.

Rose hanya diam. Matanya meliar ke seluruh wajah Jimin. Cukup indah. Ciptaan yang cukup sempurna dan indah untuk dia.

"Ma..maafkan saya Jimin" Air matanya tumpah untuk sekian kali.

Senyuman Jimin mati. Jarinya berhenti mengusap pipi Rose.

"Jangan sesekali kau cakap yang kau akan tinggalkan aku" Tegasnya.

Rose tergeleng laju. Air matanya semakin laju mengalir. Sungguh perpisahan itu menyakitkan.

"Aku dah banyak berkorban untuk kau Rose. Malah aku sanggup mati untuk kau" Suaranya berubah dingin. Angin malam yang sejuk mencengkam diri mereka.

Jimin menanggalkan windbreaker miliknya dan menyarungkan pada tubuh genit Rose. Bahu Rose terhinjut-hinjut kerana menangis. Jimin mengeluh berat.

"Tolong Rose , jangan tinggalkan aku" Ucapnya sayu. Langkahnya diatur ke dalam ruang apartmen itu. Sliding door ditutup rapat.

"Maafkan saya Jimin.. Sa..saya cuma nak awak bahagia" Rose terduduk di depan cermin sliding. Keluhan terbit dari bibirnya.

Di dalam apartmen itu , Jimin turut duduk menyandar pada cermin sliding. Dia hanya diam.

Kesunyian semakin mencengkam. Kegelapan yang hinggap semakin cerah. Akan tetapi kegelapan yang lebih menakutkan menanti.

fixation "parkjimin"Where stories live. Discover now